Kenduri
Al salam alaykum
Bulan depan kenduri adik aku.
Aku bagitau mak aku, aku balik khamis, jumaat aku WFH jadi boleh la tolong apa patut.
Tapi mak aku gi bilang sesiapa yg tak boleh menolong.
Aku dah geram, aku cakap takyah la bilang orang lain tu.
Aku dah bagitau sku nak balik khamis, tak payah la dok ungkit pasal orang lain. Aku yg boleh balik nak tolong ni tak sebut pun.
Ye aku geram. Dah mak aku cakap takkan nak sebut semua?
Ok, macam ni lah. Nak suruh kaklong balik awal ke dop?
Ye la balik la awal.
Ha ok. Itu je jawapan yg patut diberi. Bukannya pusing keliling tak tahu hujung pangkal, nak marah anak-anak lain aku yg kena dengar semua.
Mak aku pandai, anak-anak lain semua dah balik, dia pun luahkan semua marah kat aku. Aku rasa takde adik beradik aku tengok air mata mak aku sebanyak mana aku tengok.
Kami ambil package dan dewan utk mudahkan urusan. Sbb tamau mak ayah aku penat.
Eh tiba-tiba nak masak tambah lauk lagi. Dia cakap banyak lauk takde. Masa pergi cubarasa lauk pauk tu, bukan ke pergi sekali dgn adik?
Mak aku cakap tak. Adik aku pergi dgn tunang dia je dan bawak balik sampel lauk. Adoi! Ni pun mak aku nangis dah dia kecik hati sbb adik aku uruskan sendiri semua. Sedangkan niat adik aku tanak susahkan mak ayah dan tamau diorang penat.
Kalau Allah takdirkan aku berjodoh, aku rasa memang aku buat majlis akad nikah je la. Pastu ajak famili semua pergi makan kat kedai.