...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Monday, April 03, 2017

Tugas-tugas Khas

Al salam alaykum

Semasa undergrad dulu, nasib rajin jugak menyertai setiap aktiviti yg dianjurkan oleh pihak persatuan, desasiswa dan jugak universiti. Jadi AJK je pun. Seronok! Paling banyak, jadi AJK TTK. Tugas-tugas Khas. Yg TTK ni mmg kena sedia la jadi apa pun. Takde skop kerja khusus. Kadang kena cat backdrop, kadang kena tolong AJK lain, kadang kena jadi runner, apa-apa je la yg bakal dikatakan Tugas-Tugas Khas. Pendek kata boleh dibawa ke tengah ke tepi belakang depan. 

Ada utk satu projek Kursus Pengurusan Jenazah, kekurangan peserta. Terus aku cari mangsa keadaan. Paksa bayar terus RM 5.00, korang tak datang kursus siap korang. Ramai la yg kena daftar bawah aku. Ada lagi, Konsert Rabbani, jualan tiker tidak memberangsangkan. Kami pusing taman perumahan sekitar Parit Buntar dan Nibong Tebal, dan aku hubungi sahabat-sahabat di kampus Induk, tolong sokong program kampus Kejuruteraan, alhamdulillah, berjaya Konsert Rabbani akhirnya. Pengalaman yg mahal. 

Alhamdulillah, pengalaman tu dapat digunakan di masa sekarang. 

Kalau ada kerja sambilan utk apa-apa acara, hubungilah saya. Serius! InsyaAllah, jika kena dgn acara dan masa, saya akan melakukannya. 

 
Tiga tahun bekerja sambilan utk simposium anjuran syarikat Huz. 


Terima kasih Huz dan bosnya untuk peluang yg diberikan selama 3 tahun ni. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

No comments: