...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Sunday, April 02, 2017

Nak tengok bunga berapi, dapat tengok bunga api je


Al salam alaykum

Lepas habis kerja sambilan di Sunway, Ciklong pergi Semenyih nak jumpa Tokpa, Tokma dan Adam yg sampai Jumaat semalam. Dah sebulan juga umur Adra Medeena. 

Alang-alang, Ciklong nak ajak Ammar, Ayyan dan Adam pergi tengok bunga-bunga bercahaya di Eco Majestic. Maklumlah, tak pernah jumpa, kena layan jakun. 


Sampai jam 9.01 malam, tak boleh masuk sbb takde reben pink. Nak amik reben pink, kena daftar di kaunter. Kaunter tutup jam 9.00 malam. Tak puas hati kat situ. Sebab Ciklong baca iklan takde pun cakap pasal kena register di kaunter yg tutup jam 9.00 malam. 

Adik-adik yg bertugas di pintu gerbang berkata, "Jumpa esok kak, esok ada lagi."

Layan bunga api je la pengubat hati. 

 
Sbb tgk dr jarak dekat, kecantikan percikan bunga api tu, mata sendiri la yg nampak. Dalam gambar bersepah. 

 
Kemuncak persembahan

 
Awal kemunculan


Budak-budak macam frust sbb takleh masuk, tapi Ciklong lagi frust. Tapi diorg ni mudah je terubat hati. Dapat belon, dapat naik kereta free tak tahu nama apa tu, Adam cakap Adam gembira sangat hari ni. Wekk!

Eco Majestic Illumination Flower Show ni ada sehingga 23/4/2017, setiap sabtu dan ahad je. Persembahan bunga api, Sabtu jam 9.00 malam. Tapi kalau nak amik gambar lawa, datanglah sebelum jam 6.00 petang katanya. Sbb malam gambo tak nampak sgt bunga-bungaan bercahaya tu. Mungkin sbb dia tengok aku bawak telefon tangan je. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


2 comments:

tiga lalat said...

1 menit pon dorg berkira erk? huhu2

tapi gmbr fireworks pakai tfon tgn je tu memey lawo perghhhh.,

Kay said...

Reason: pekerja pun nak rehat juga. Kalau bagi pas masuk selepas 9.00 malam, pukul berapa pengunjung nak balik.