...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Saturday, April 08, 2017

Happy Newly Wed

Al salam alaykum

Hari ni ke utara, kemudian ke selatan. Selangor je. 

Kenduri pertama, kawan sekelas aku kat Ehsan dulu, Azzam. 

 

Kenduri di Puncak Alam. Kenduri mula 11.30 pagi, aku sampai jam 12.00 tengahari. Gigih! 

Lama tak jumpa Azzam. Last jumpa lepas grad, aku keja basuh pinggan kat kedai makan, dia belajar kat UM cawangan kat Indera Mahkota, Kuantan, dia selalu makan kat area kedai makan aku keja tu. Sekarang dah habis PHD. Ko bila nak sambung ntah Kay wehh. 

 
Kakak Azzam, kak Azura. Kandungan dah 8 bulan. Mmg lama tak jumpa kak Azura ni. 

Kemudian, gagah menghala ke Saujana Impian. Geng yg dikenali semasa mendaki Rinjani. Kebetulan mmg nak ke Semenyih lagi sekali, jadi sehala je la. 

Sampai je pengantin nak keluar outdoor photography. Selfie la kejap. 

 
Wan cakap 30 minit je ni. Ye la sangat. 

Wan ni last jumpa kat Rinjani je la. Hahaaha. Alhamdulillah masih mengenali aku. 

Eh betul dia 30 minit je. Sbb hujan dah masa tu. Maka, dapatlah kami berpotret di pelamin nan indah. 

 

Tahniah kepada kedua-dua pasangan mempelai. Semoga bercinta hingga ke syurga. 

Alhamdulillah, lama aku tak pergi kenduri, hari ni dapat makan nasi lauk kenduri! Alhamdulillah. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


2 comments:

tiga lalat said...

Cik Kay,

Dua tiga kambing berlari,
Mana sama si kambing jinak;
Hajat nak kahwin bilalah lagi,
Kekasih lama dah ada anak.

erk..,

Kay said...

Encik Wak,

Mana sama si kambing jinak
Kambing gurun tetaplah di sana
Kekasih lama dah ada anak?
Siapa dia? Tak kenal la pula!