...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Saturday, April 22, 2017

GrabHitch Balik Kampung

Al salam alaykum

Dapat penumpang GrabHitch, menuju ke Kuantan. Yeayyy! Tambang RM 57.00, diorg bertiga. Jadilah boleh tampung duit minyak. Dari TBS ke TSK. Tapi nak ke TBS tu jauh sgt, aku minta diorg datang ke Setiawangsa naik LRT. 

Budak-budak ni student asasi UIAM. Nak ke Kuantan, tersalah beli tiket. Sbb lecturer tak beritahu petang Jumaat kelas batal ke tidak. 

 

Tapi yg nak jadi ceritanya, abang dia tepon aku. Siap minta ID Grab. Dia kata, "Manalah tahu apa terjadi kat adik dia senang nak cari." Dah mana plak aku nak cari ID. IOS takde tunjuk ID. Sbb memahami kebimbangannya, aku printscreeen je gambor depan Grab aku yg ada no kereta. Yelah, adik aku pun sebaya budak-budak ni, jadi aku paham la. 

Pastu pulak abang dia hairan kenapa tambang RM 57.00, sedangkan kat Grab Rider, tambang RM 300.00. Printscreen plak GrabHitch nak tunjuk tambang. 

Kemudian, mak dia pulak tepon. Adik-adik ni buat pasal dgn famili ke. Susah benar nak dapat kepercayaan famili ni. Mak dia pesan, pastikan kawan diorg dah sampai TSK utk amik diorang. Aku iyakan aje. 

Perjalanan dari Setiawangsa ke TSK pada hari ini mengambil masa 4 jam lebih. Sejarah jugak la utk setahun dua ni. Samada jalan betul jem, atau aku yg bawak pelan. Mak aku tepon dua kali dok tanya kenapa aku tak sampai lagi. Dah biasanya mmg sampai 2 jam lebih, kali ni 4 jam lebih baru nak sampai. 

 

Adik-adik semua, semoga lulus cemerlang dalam kelas asasi dan dapat ke tahun pertama utk Ijazah Sarjana Muda korang. Seronok plak sembang dgn budak baru masuk U. 

GrabHitch dari Kuantan ke KL takde lagi. Sob sob sob. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

2 comments:

tiga lalat said...

laa, knape x soh rider byr rm57 sorang? dorg sendiri ckp grab rider apps tunjuk rm300 kann? mmg nak keje amal jariah ke ape., huhu2

Kay said...

Mana boleh. Kita offer grab hitch. Kena ikut harga hitch la. Budak sekolah lagi. Total sekali tol RM 80. Share 3 org dapat la lebih kurang tambang bas.