...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Thursday, March 16, 2017

SPM 2016 - Malam ni takde nego hadiah.

Al salam alaykum

SPM 2016 dah kuar. Alhamdulillah, keputusan dia ok walaupun ada aku nak marah. Hahaahaha. Sains dapat A, Math dapat D. Adoi laaaa!

Dia pun kecewa jugak. Target Bahasa Inggeris dapat A, tapi dapat C. Semasa trial dia dapat A. Tapi mmg bahasa Inggeris dia bagus. Bahasa Malaysia A. Yg lain-lain B. 


 

Nak isi borang UPU, pin dia tak beli. Dia cakap dah habis. Aikss! Cepat sangat. Aku saja galakkan isi borang UPU, kalau dapat diploma, takyah amik la. Terus je dgn STAM. Sbb STAM pun setaraf dgn diploma. Nanti kalau rezeki baik, lulus STAM baik, jom la kita gi Mesir. Kakak dia berangan tak habis. Dia tak dapat gi Mesir, hantar adik pun boleh laaa. 

Keputusannya, takde la dia sibuk tanya nak bagi hadiah apa kat dia. Kalau tak, dari zaman UPSR, PT3, SMA, asyik la sibuk nego hadiah. Tapi aku tak bagi pun. Hahahaaha. Aku bagi menda lain. 

Tahniah utk semua calon SPM 2016. Berjaya atau gagal, bukan pengakhiran total. Jalan masih panjang. Jauh di hadapan mungkin berliku, mungkin tiada halangan, mungkin banyak lampu isyarat, mungkin gelap tiada lampu jalan, atau melalui terowong panjang, tapi akhirnya, cahaya yg terang akan muncul jua. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

2 comments:

Dr Singa said...

aik..
habis pin?
baru je beli hari tu

Kay said...

saja dia kak... Malas nak pergi... nak suh kakak dia je... bkn kita tatau dia kena p bawak IC sendiri

p/s: Kalau Kak Izat yg komen mesti saya tak dpt noti email.. kenapa ek?