...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Saturday, March 18, 2017

Sembunyi

Al salam alaykum

Perkongsian seorang sahabat di FB, dan membuatkan saya rasa bersalah tiba-tiba...

Utk semua sahabat saya yg membaca blog saya, ketahuilah, saya tidak pernah bersembunyi. Cuma, pada waktu itu saya perlu sedikit ruang utk mencari sesuatu... Saya tidak hilang, saya tetap ada di sini. Terima kasih, utk sahabat-sahabat yg bertanyakan khabar saya secara personal, datang kepada saya ketika saya merasa kekosongan, sebenar-benar kekosongan, yg menghulurkan bantuan, dan kata-kata semangat, sungguh saya hargai. Jika saya tidak dapat membalasnya ketika ini, saya yakin, hanya Allah yg memberikan sebaik-baik ganjaran, sebaik-baik balasan...

Saya memohon maaf jika ada tingkah laku saya sebelum ini semasa "persembunyian" yg membuatkan sahabat semua terasa hati dengan saya. Bukan dalam kemahuan fikiran saya, dan tidak disengajakan.

Saya masih di sini. Ubahsuai sikit kata-kata Rumi, "usah dicari kubur kita di mana di dunia ini, letaknya di hati orang-orang yg mengingati."

Kata Ustaz, 🍃

Kalau kamu cemburu pada sahabat kamu, cemburulah pada kebaikan yang sedang dia lakukan. 
Kerana kamu akan berusaha membuat kebaikan juga.

Kalau kamu terasa di sakiti sahabat kamu, sakitlah bila melihat sahabat kamu yang sedang berusaha memperbaiki ibadahnya. 
Kerana kamu juga akan terus memperbaiki ibadahmu.

Bila mana kamu menyembunyikan sesuatu kepentingan dirimu dari sahabat kamu, 
Fikirlah baik-baik kerana sahabat kamu sedang menyembunyikan kebaikan yang dia lakukan terhadapmu. 
Supaya kamu berfikir yang kamu sedang membuat kesilapan dalam penyembunyianmu.

Jika sahabat kamu menyentuh hak kamu, ketahuilah bahawa Allah sedang mengingati kamu bahawa hak segalanya milik Allah bukan kepunyaan kamu. 

Bila mana kamu mencurigai kebaikan sahabatmu, 
Muhasabahlah kerana Allah sedang menguji mu adakah hati kamu ikhlas atau sebaliknya.
Untuk kamu memperbaiki diri dan hatimu. 

Seandainya kamu benci sahabat kamu kerana kesilapan nya kepadamu, 
Berbaliklah diri kamu kerana kamu pun pernah melakukan kesilapan terhadapnya tetapi dia tetap memaafkan kamu. 

Mengenal sahabat bukan sahaja pada peribadi ahklak, perilaku dan ibadahnya tetapi pada selama keikhlasan nya terhadap kamu selagi dia tidak meminta sikit pun pada kamu balasannya. 

Ingatlah, selama mana kamu bersahabat dengan seseorang itu, lihatlah perjalanan dalam dia dan kamu. 
Dia menerima kamu bukan pada kejahilan atau kesilapan masa lalu mu, tetapi pada hari ini dalam sama-sama mengajak kamu memperbaiki diri dan menuju ke jalan Allah.

#CahayaIlahi tentang sahabat.
Bersahabat kerana Allah

::: Hidup ini indah jika seglaanya kerana Yang Maha Esa :::

No comments: