...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Tuesday, March 21, 2017

Peta yg berusia 9 tahun

Al salam alaykum

Mengemas barang di dalam bilik, terjumpa peta ke Shah Alam dari Tol Gombak.

Ayah aku yg lukis utk rujukan aku. Pada tahun 2008 itu, bulan Oktober selepas raya, aku memandu Encik Hitam Legam berseorangan menuju ke Shah Alam. Tak silap aku, ada kelas pastu nak masuk rumah sewa baru. Hari Isnin 13/10/2008, aku akan mula bekerja di Tambatan Pelambung Tunggal Malaysia Sdn Bhd.

Tahun itu, aku masih menggunakan telefon Sony Ericsson K800i. Internet pun takde, apatah lagi GPS. Maka peta inilah menjadi rujukan aku.

Tapi, aku sesat jugak. Kat dgn PWTC, aku salah masuk simpang. Gelabah ayam masa tu. Tepon ayah aku, ayah aku dah pening tak boleh nak bayang dah. Jalan kat KL ni kan berubah je kerjanya. Peta tu berdasarkan ingatan ayah aku yg sering berulang alik ke Pelabuhan Klang semasa menjadi pemandu trailer 40 kaki Felda Angkut. 



 

Peta tu betul dah menunjukkan ke jalan yg benar, tapi aku tetap aku. Sesat nombor satu. Ayah aku tak dapat membantu, aku tepon member-member. Diorang pun penin. 

Masa tu, aku ikut je keta sesapa yg menurut firasat aku akan membawa aku ke jalan yg benar. Sampai ke Langgak Tunku ke apa ntah. Rumah besar-besar jugak situ. Salah ikut kereta, ikut kereta mahal kenapa. Akhirnya, aku jumpa bangunan kerajaan, bangunan MITI. Suatu masa dulu, aku juga sering ke MITI nak follow up AP kampeni lama kat Kuantan yg susah sangat nak dapat approval. Tapi dulu pergi MITI pun company driver yg hantarkan hahaha...

Tapi yg penting, aku tahu bangunan kerajaan Jalan Duta tu, mmg dekat dah dgn tol Jalan Duta. Aku ingat sangat tol Jalan Duta ntah kenapa. Alhamdulillah, sampai jua aku ke Batu Tiga, Shah Alam dgn selamatnya dan dapat pergi ke kelas dgn jayanya.

Peta tu aku simpan lg sampai skrg. Ia tanda kasih sayang seorang ayah utk anaknya. Ia tanda permulaan kehidupan aku di Kuala Lumpur/Shah Alam. Dan sampai skrg, aku selesa menggunakan LRT/Komuter jika keadaan tak mendesak.

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

4 comments:

Dr Singa said...

heheheee..
ikut kereta mahal masuklah kawasan rumah mahal..

ada lagi sony ericsson tu?

Kay said...

Adik saya amik. Pastu ntah mana perginyaaa. Geram jekk

julie shahril said...

hebat ayah ko boleh ingat siap lukis peta jln kl

Kay said...

Jalan dulu2 dia ingt. Skrg ni sesat sokmo je. Ada sekali tu dr setiawangsa nak ke tol gombak ayah aku sesat sampai KLCC. Aku plak mmg tak reti nak bg landmark semua. Last2 suh adik ipar aku call ayah aku, alhamdulillah sampai pun tol gombak.