...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Wednesday, March 29, 2017

Musim haji bakal tiba lagi

Al salam alaykum

Aku beramali di Masjid Jamek Batu 8 Kuantan dgn mak aku. Ayah aku tak dapat pergi sbb ada kerja KRT plak. Terjumpa dengan Herny dan mak dia. Herny dapat panggilan haji tahun ni. Alhamdulillah. Herny dapat pergi dgn suami dan juga mak ayah dia sekali. Maziah pun sama, dan suami dia pun dah dapat kelulusan rayuan haji. Muda-muda lagi dah dapat pergi haji, alhamdulillah.



Cuaca mmg panas betul pagi Ahad tu. Ustaz kata, tak apa, sbb musim haji tahun ni mmg musim panas. Jadi kita praktis dulu kat Malaysia. Amali pada hari ini ialah tawaf, saie dan juga melontar di Jamrah.

Lain tempat kita kursus haji, berbeza sedikit penyampaiannya. Kalau di KL sini, Ustaz dan Ustazah mmg menyarankan utk bawa botol spray utk wuduk. Tetapi Ustaz di Kuantan pula, tak perlu sangat botol spray utk wuduk tu, sbb ada yg tak faham, air titisan tu mesti mengalir juga di tangan. Maka Ustaz kata, tempat wuduk banyak di sana, batal wuduk terus keluar utk ambil wuduk. Jangan risau, Doa banyak-banyak semoga Allah mudahkan perjalanan haji kita. 

Selain dari itu, apabila wukuf di Padang Arafah, berdoalah banyak-banyak semasa waktu wukuf tu. Jangan bila dah habis waktu wukuf, baru rasa terkilan. Ustaz pesan, senaraikan siap-siap hajat kita, doa kita semasa di Malaysia, tulis la dalam buku catatan ataupun dalam telefon kita, utk kita mohon nanti di dalam waktu doa mustajab.

Semoga kita semua mendapat rezeki dijemput utk menunaikan Rukun Islam kelima ini dalam usia muda, masih sihat bertenaga. Tiada istilah muda lagi utk kita, setiap tahun meningkat usia. Tabung Haji pun dah mengumumkan waktu menunggu giliran skrg 89 tahun, berbanding 103 tahun selepas kerajaan Arab Saudi menambah kuota haji Malaysia.

 
Budak debab tido. Adam penat la, sbb ikut sama tawaf, saie dan melontar di Jamrah. Suka sgt dia kutip batu pastu baling batu. Adam kenyang lepas makan nasi dia sepinggan, nasi Tokma sepinggan.

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

No comments: