...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Thursday, March 30, 2017

Lintas Terbang di KLCC

Al salam alaykum

Tengok berita NTV7 semalam, cakap hari ni ada Lintasan Jet Pejuang Republik Korea di KLCC... Aaa padan laaa, kang kena serang kang... Terus letak reminder dalam telefon.

Pagi tadi, aku borak dgn kakak cleaner, dia ckp anak dia pun cakap menda yg sama. Terus berjanji utk menyaksikannya bersama-sama dalam bilik meeting. Sebab tingkap org lain aku segan la plak. Tapi, meeting la plak berjam-jam... Aku turun ke bawah dgn kakak cleaner. Beriya sungguh

!
Pesawat pertama




  
Meluncur laju membelah KLCC



 
Dapat amik gambor sisi

Lintas terbang oleh pasukan akrobatik Black Eagles dari Korea Selatan, yg telah membuat persembahan di LIMA 2017 minggu lepas. Tak dapat tengok kat LIMA, tengok kat sini pun ok la... Dulu ada jugak tgk kat TUDM Subang, tapi macam dah lama je takde persembahan udara. Aku mmg minat dgn burung besi ni. 


Aku tunggu dari jam 10.30 pagi, katanya jam 10.30 pagi akan melalui KLCC. Tapi 10.45 pagi baru lalu di celah menara berkembar tu. Sempat tengok 7 lintasan terbang, jam 11.00 pagi aku naik. Tapi, kawan-kawan update diorg dapat tengok persembahan asap sekali. Takpe la, lama-lama kang orang cari susah plak. 

Boleh baca dan lihat video dan gambar di sini:


Pilot yg bertugas, hensem la jugak ada la iras Sarjan Major So Dae Young. Heheehe

 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


2 comments:

Nour Adieb said...

ada juga tengok gambar2 macam ni yg org duk post duk share d fb

Kay said...

Ramai org share di FB