...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Sunday, March 05, 2017

GBS

Al salam alaykum

Hari tu aku menggoogle kenapa bayi baru lahir ada jangkitan kuman. Aku google jangkitan kuman dalam air kencing bayi baru lahir. 

Semua hasil carian google menjurus kepada GBS. Takkan GBS kot! Dah macam-macam pulak aku pikir. 

Tapi, apabila adik aku nak bawak balik anak selepas 48 jam disahkan tiada kuman, doktor masih tidak benarkan. Misi siap suruh adik aku google pasal GBS. Betapa ngerinya hal ini! Maka sahlah bayi kecil itu ada GBS. 

Punca sebenar, adik aku demam ketika bersalin. Dugaan. 

Hari ini, berharap anak kecil itu dapat pulang ke rumah. Tapi, kalau dapat pulang pun jam 11.00 malam nanti, selepas cukup jam yang ditetapkan. Abg Ammar dah mengeluh. Pergi hospital tak dapat tengok adik. Adik balik, dia dah tido la nanti sebab pagi esok kena sekolah. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

No comments: