...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Monday, March 27, 2017

Dengar, faham dan taat

Al salam alaykum

Pagi ni dapat pesanan seperti biasa "Jangan bawak laju sangat, pagi-pagi gelap ni". Aku kena sampai ke Setiawangsa sebelum jam 8.00 pagi, kalau tak, lewat la masuk ofis pagi ni.

Untuk mengatasi perasaan mengantuk, aku cuba utk tekan pedal minyak supaya cecah 140km/j. Tapi, tiba-tiba teringat. Kalau org tanya kenapa ko tak kawen lg, selain dr berat jodoh, ko jawab takpe ada hikmahnya, dapat berbakti kepada kedua ibu bapa ko. Tapi kenapa, pesanan ini supaya tak bawak laju ko takleh nak faham dan taat? Nak jugak tekan minyak sampai 140km/j. Bukan susah pun nak ikut pesanan. Maka, harung la jugak jem kat MRR2. Alhamdulillah, aku tetap sampai ofis 8.59 am.

Hari Sabtu baru ni, saja cakap kat mak aku, "Kaklong ada tiket nak gi Padang ni, nak naik Gunung Kerinci. Lepas turun, boleh la kaklong beli kain pasang, buat baju raya tahun ni" Mak aku jawab, "Tak tgk tv ke, tak baca berita ke, ada org hilang org mati daki gunung." Aku jawab, nak mati kat mana-mana pun sampai ajal boleh mati. Mak aku sambung lagi, "Memang la kat mana-mana boleh mati, tapi dh kalu mati kat luar negara jauh dari keluarga tu, tak ke susah namanya?" Tukar topik, tukar topik.

Dengar mereka cakap, fahamkan dan taatlah jika tidak memudaratkan. Sudah cukup utk buat hati mereka gembira.

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::




2 comments:

julie shahril said...

maka terkubur la tiket kerinchi ko tu?

Kay said...

Dah lama aku kuburkan sendiri sejak tak dapat gaji dan takde berita bila nak gaji.
Skrg ni bila dah keja semula, kena utamakan apa yg wajin diutamakan dulu. Lagipun, status pekerja kontrak SETAHUN tu kena semat betul2 dalam fikiran.
Bukan sbb mak aku tak bagi. Haritu saja pancing mak aku kot dia bagi pergi dgn alasan boleh beli kain pasang. Mmg tak dapat jugak.