...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Wednesday, March 15, 2017

Bahasa Jiwa Bangsa - Sejarah Peradaban Dunia

Al salam alaykum

 

Gunakanlah bahasa yg betul, yg sopan, beradab apabila berbual tidak kira dengan sesiapa pun.

 

Bergurau juga ada batasnya. Lupakan pepatah moden “tak boleh bergurau masuk surau”. Jangan diusik sensitiviti yg perlu kita jaga.

 

Semaikan rasa hormat sesama kita. Tidak kira tua muda, miskin kaya, lelaki perempuan. Lelaki dan perempuan pula, letakkan sempadan dan had yg sepatutnya.

 

Kalau bukan kita yg memartabatkan bahasa, adab dan sopan dalam perbualan, dalam pergaulan, maka siapa lagi yg kita hendak harapkan?

 

 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

 

No comments: