...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Friday, March 31, 2017

Omputis di Ofis

Al salam alaykum

Dulu, semasa di Tambatan Pelampung Tunggal Malaysia Sdn Bhd, aku suka berurusan dgn sorang Pengurus Projek berbangsa Perancis.

Nama dia ialah Sewa Rendah Loceng Sikat Lembah Kecil. Kami panggil Mat Sikat. Tapi dia perasan org panggil Mat Sikat. Ada aku ceritakan kisah dia di sini.

Dan sekarang, ada lagi sorg yg menarik perhatian aku. Tinggi juga macam Mat Sikat. Suara dia tegas, lantang. Ada juga datang borak dgn aku sbb aku takleh bukak server lagi. Pastu dia terus e-mail kat bos aku kat Thailand. Hahaha... nampak sangat tegas di situ. Dan yg paling menarik, dia datang keja naik bas wehhh! Bas rapid tu, bas no 300. Macam tak percaya pun ada. Sbb omputis kat sini ramai naik Grab/Uber biasanya.

Nama dia ialah Dee Gemar Akan Anak Sanak Saudara. 

Hahahahaa... 


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, March 30, 2017

Lintas Terbang di KLCC

Al salam alaykum

Tengok berita NTV7 semalam, cakap hari ni ada Lintasan Jet Pejuang Republik Korea di KLCC... Aaa padan laaa, kang kena serang kang... Terus letak reminder dalam telefon.

Pagi tadi, aku borak dgn kakak cleaner, dia ckp anak dia pun cakap menda yg sama. Terus berjanji utk menyaksikannya bersama-sama dalam bilik meeting. Sebab tingkap org lain aku segan la plak. Tapi, meeting la plak berjam-jam... Aku turun ke bawah dgn kakak cleaner. Beriya sungguh

!
Pesawat pertama




  
Meluncur laju membelah KLCC



 
Dapat amik gambor sisi

Lintas terbang oleh pasukan akrobatik Black Eagles dari Korea Selatan, yg telah membuat persembahan di LIMA 2017 minggu lepas. Tak dapat tengok kat LIMA, tengok kat sini pun ok la... Dulu ada jugak tgk kat TUDM Subang, tapi macam dah lama je takde persembahan udara. Aku mmg minat dgn burung besi ni. 


Aku tunggu dari jam 10.30 pagi, katanya jam 10.30 pagi akan melalui KLCC. Tapi 10.45 pagi baru lalu di celah menara berkembar tu. Sempat tengok 7 lintasan terbang, jam 11.00 pagi aku naik. Tapi, kawan-kawan update diorg dapat tengok persembahan asap sekali. Takpe la, lama-lama kang orang cari susah plak. 

Boleh baca dan lihat video dan gambar di sini:


Pilot yg bertugas, hensem la jugak ada la iras Sarjan Major So Dae Young. Heheehe

 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Wednesday, March 29, 2017

Musim haji bakal tiba lagi

Al salam alaykum

Aku beramali di Masjid Jamek Batu 8 Kuantan dgn mak aku. Ayah aku tak dapat pergi sbb ada kerja KRT plak. Terjumpa dengan Herny dan mak dia. Herny dapat panggilan haji tahun ni. Alhamdulillah. Herny dapat pergi dgn suami dan juga mak ayah dia sekali. Maziah pun sama, dan suami dia pun dah dapat kelulusan rayuan haji. Muda-muda lagi dah dapat pergi haji, alhamdulillah.



Cuaca mmg panas betul pagi Ahad tu. Ustaz kata, tak apa, sbb musim haji tahun ni mmg musim panas. Jadi kita praktis dulu kat Malaysia. Amali pada hari ini ialah tawaf, saie dan juga melontar di Jamrah.

Lain tempat kita kursus haji, berbeza sedikit penyampaiannya. Kalau di KL sini, Ustaz dan Ustazah mmg menyarankan utk bawa botol spray utk wuduk. Tetapi Ustaz di Kuantan pula, tak perlu sangat botol spray utk wuduk tu, sbb ada yg tak faham, air titisan tu mesti mengalir juga di tangan. Maka Ustaz kata, tempat wuduk banyak di sana, batal wuduk terus keluar utk ambil wuduk. Jangan risau, Doa banyak-banyak semoga Allah mudahkan perjalanan haji kita. 

Selain dari itu, apabila wukuf di Padang Arafah, berdoalah banyak-banyak semasa waktu wukuf tu. Jangan bila dah habis waktu wukuf, baru rasa terkilan. Ustaz pesan, senaraikan siap-siap hajat kita, doa kita semasa di Malaysia, tulis la dalam buku catatan ataupun dalam telefon kita, utk kita mohon nanti di dalam waktu doa mustajab.

Semoga kita semua mendapat rezeki dijemput utk menunaikan Rukun Islam kelima ini dalam usia muda, masih sihat bertenaga. Tiada istilah muda lagi utk kita, setiap tahun meningkat usia. Tabung Haji pun dah mengumumkan waktu menunggu giliran skrg 89 tahun, berbanding 103 tahun selepas kerajaan Arab Saudi menambah kuota haji Malaysia.

 
Budak debab tido. Adam penat la, sbb ikut sama tawaf, saie dan melontar di Jamrah. Suka sgt dia kutip batu pastu baling batu. Adam kenyang lepas makan nasi dia sepinggan, nasi Tokma sepinggan.

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, March 28, 2017

Cahaya Selatan Aurora Australis

Al salam alaykum

Aku ikut group ni kat FB: Aurora Australis Tasmania.

Impian nak tengok Aurora tu makin membuak-buak. Sbb dekat je nak pergi, kat negeri ke bawah di bawah je. Tapi, bila masa sesuai tu tak tahu bila. Bila ikut group tu, ada satu website utk cek kebarangkalian utk mendapat rezeki Aurora Australis.


Sejak semalam, ramai sungguh yg upload gambo Aurora Australis. Rupanya, minggu ni adalah minggu yg menjanjikan rezeki yg baik utk Southern Light ni.


https://www.facebook.com/groups/auroraaustralis/permalink/1594399203928290/



Boleh klik link tu, sbb aku cari link videonya di vimeo tak jumpa.

Dan, juga boleh dilihat di Melbourne!

Klik link ni: https://www.flickr.com/photos/thom_astro/33529174092/



Impianku setinggi Aurora!



::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::



Monday, March 27, 2017

Dengar, faham dan taat

Al salam alaykum

Pagi ni dapat pesanan seperti biasa "Jangan bawak laju sangat, pagi-pagi gelap ni". Aku kena sampai ke Setiawangsa sebelum jam 8.00 pagi, kalau tak, lewat la masuk ofis pagi ni.

Untuk mengatasi perasaan mengantuk, aku cuba utk tekan pedal minyak supaya cecah 140km/j. Tapi, tiba-tiba teringat. Kalau org tanya kenapa ko tak kawen lg, selain dr berat jodoh, ko jawab takpe ada hikmahnya, dapat berbakti kepada kedua ibu bapa ko. Tapi kenapa, pesanan ini supaya tak bawak laju ko takleh nak faham dan taat? Nak jugak tekan minyak sampai 140km/j. Bukan susah pun nak ikut pesanan. Maka, harung la jugak jem kat MRR2. Alhamdulillah, aku tetap sampai ofis 8.59 am.

Hari Sabtu baru ni, saja cakap kat mak aku, "Kaklong ada tiket nak gi Padang ni, nak naik Gunung Kerinci. Lepas turun, boleh la kaklong beli kain pasang, buat baju raya tahun ni" Mak aku jawab, "Tak tgk tv ke, tak baca berita ke, ada org hilang org mati daki gunung." Aku jawab, nak mati kat mana-mana pun sampai ajal boleh mati. Mak aku sambung lagi, "Memang la kat mana-mana boleh mati, tapi dh kalu mati kat luar negara jauh dari keluarga tu, tak ke susah namanya?" Tukar topik, tukar topik.

Dengar mereka cakap, fahamkan dan taatlah jika tidak memudaratkan. Sudah cukup utk buat hati mereka gembira.

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::




Sunday, March 26, 2017

Tiba-tiba ada pesanan melintas...

Al salam alaykum

Pernah tak kadang-kadang korang rasa nak marah, geram, sedih, atau ada buat salah, lepas tu tiba-tiba terjumpa perkara-perkara yg berkaitan dgn situasi semasa itu? Contoh perkaranya macam sedang baca Al-Quran pastu jumpa terjemahan, kata-kata hikmah, artikel di suratkhabar, atau rancangan di tv, dan kadang-kadang di blog-blog, juga lintasan hormat di FB dan twitter.

Aku selalu juga macam tu. Dan sekarang, melintas di feed aku berkenaaan Ikhtilat.

Terus tersentak dan juga sentap. 



Link yg melintas feed aku 2-3 hari lepas. 

Pastilah aku juga berperang dengan diri sendiri. Tak buat apa pun, borak je... Itu kata yg kiri. Yang kanan pula? Hoiiii... dosa hoiiii! Bukan ko tak tahu... 

Jadinya, apa kata hati? Apa kata minda? Apa kata iman?

::: Hidup indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Saturday, March 25, 2017

Nasi kunyit

Al salam alaykum

Plan balik kampung bulan 4 nanti. Tapi bila bos kampeni lama bayar sikit gaji tertunggak petang Khamis semalam, mak cakap balik la. Takyah tunggu lama-lama. 

Tunai janji nasi kunyit utk jiran setaman. Sempena dapat gaji tertunggak (walaupun tak dapat penuh) dan juga dapat kerja lain. 

Orang ganu panggil nasi kunyit. Org pahang panggil pulut kuning. 

 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, March 24, 2017

Cerita tentang pemandu Grab

Al salam alaykum

Ini bukan kisah aku, ini kisah mereka...

Aku amik Grab skrg ni sbb ada promo GrabShare... Jimatlah sikit masa dan wang utk ke tempat kerja. Kebiasaan naik bas dan naik LRT pergi balik RM 5.20, dgn promo Grabshare (ShareCard @ ShareCash), sehari kadang RM 0.50, kadang RM 1.00, kadang RM 2.00, bergantung kepada tambang yg aku dapat la. Tapi mmg aku kira, mesti takleh lebih dari tambang bas dan LRT. Tapi pagi ni, takleh guna dah, sbb dah habis kuota utk aku.

Ada kisah seorang pemandu Grab, aku fikir kisah dia macam kisah ex-bos aku kampeni sebelum ni. Dia tak mampu nak bayar gaji pekerja dia. Jadi, dia memandu Grab utk bayar gaji pekerja-pekerja dia. Alhamdulillah, selesai. Mungkin amik masa, tapi dia cuba. Dia cerita, semua yg berlaku pada dia ni, semua dugaan. Allah nak uji dia. Dia sebagai hamba, cuba cari jalan utk keluar dari kemelut dugaan tu. Dan, paling penting, redha. Redha dgn hati yg sungguh-sungguh.

Dapat pulak aku sbg rider dia, yg mmg dalam masalah. Alhamdulillah, sejuk hati pagi-pagi dengar tazkirah.

Driver lain pula. Sebab nak kejar insentif, online dari jam 10.00 malam semalamnya, semasa amik aku, nampak macam dia tak sehat. Pelik pulak. Dia cakap dia tak rehat lagi. Selesema, batuk. Kemudian di traffic light, dia tak selesa, tergaru sana sini. Sampai je ke bangunan ofis aku, rider yg sekali share ride dgn aku turun sama, padahal destinasi dia jauh lagi. Tak berani katanya. AKu bagi komen jugak la kat Grab. Bahaya tu utk keselamatan semua.

Ada juga driver yg aku jumpa ajak rider join macam-macam. Saham, hartanah, takaful, beli kereta, dan terbaru MFace. Yang AC Mizal tu... Bersungguh dia terangkan kat aku, dan ajak aku jumpa upline dia, tapi aku mmg tak minat. Jual air liur tak minat kalau takde barang/item depan mata.

Ada sorg driver ni, dia heran kenapa orang tak percaya bila ada org post kat FB group ada dapat RM 1500 hingga RM 3000 seminggu. Sebab, dia memang dapat. Tak mustahil dia kata. Dan, dia tunjuk total pendapatan dia utk seminggu. Untuk insentif dia dapat RM 1600, untuk tambang dia dapat RM 1700. Total utk seminggu ialah RM 3000 lebih! Paling busuk pun dia dapat insentif RM 1000 seminggu. Dia memandu bermula jam 6.00 pg - 10.00 pg dan 4.00 ptg - 9.00 mlm, Dia buat kadang-kadang 4 hari, kadang-kadang 6 hari.  Tapi dia cakap, kalau perempuan dia tak galakkan sangat, sbb macam-macam orang pelik dia dapat. Hehehe

Masing-masing, dgn kemahiran utk hidup masing-masing.


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Thursday, March 23, 2017

Hadiah nanti-nanti la boleh beli jugak...

Al salam alaykum

Hari Rabu, ada jualan besar-besaran di Lazada. Lama sungguh tak jenguk Lazada.

Saja tengok semula periuk tekanan yg menjadi idaman senantiasa. Harga RM 299.00!

Biasa RM 309.00, RM 315.00 dengan kos penghantaran antara RM 3.70 - RM 5.00. Tapi kali ni, kos penghantaran percuma.

Tapi, tak boleh nak beli lagi... Huuuuuu.... Jamu mata je la dulu. Aku nak kena susun buku hutang dulu.





 

Nanti-nanti ada rezeki, insyaAllah

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, March 22, 2017

Keep In View

Al salam alaykum

"We will have to KIV her at this moment as the hiring manager would like to meet another batch of candidates. Reason being she might be too soft when dealing with our internal staff on procurement area."

Begitulah jawapan yg aku terima utk temuduga di Petaling Jaya bulan lepas.

Hmmm... too soft la sangat! Bertentangan sungguh. Utk kepastian, boleh merujuk kepada rujukan yg aku sertakan di dalam borang permohonan kerja. Hehehe


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Tuesday, March 21, 2017

Peta yg berusia 9 tahun

Al salam alaykum

Mengemas barang di dalam bilik, terjumpa peta ke Shah Alam dari Tol Gombak.

Ayah aku yg lukis utk rujukan aku. Pada tahun 2008 itu, bulan Oktober selepas raya, aku memandu Encik Hitam Legam berseorangan menuju ke Shah Alam. Tak silap aku, ada kelas pastu nak masuk rumah sewa baru. Hari Isnin 13/10/2008, aku akan mula bekerja di Tambatan Pelambung Tunggal Malaysia Sdn Bhd.

Tahun itu, aku masih menggunakan telefon Sony Ericsson K800i. Internet pun takde, apatah lagi GPS. Maka peta inilah menjadi rujukan aku.

Tapi, aku sesat jugak. Kat dgn PWTC, aku salah masuk simpang. Gelabah ayam masa tu. Tepon ayah aku, ayah aku dah pening tak boleh nak bayang dah. Jalan kat KL ni kan berubah je kerjanya. Peta tu berdasarkan ingatan ayah aku yg sering berulang alik ke Pelabuhan Klang semasa menjadi pemandu trailer 40 kaki Felda Angkut. 



 

Peta tu betul dah menunjukkan ke jalan yg benar, tapi aku tetap aku. Sesat nombor satu. Ayah aku tak dapat membantu, aku tepon member-member. Diorang pun penin. 

Masa tu, aku ikut je keta sesapa yg menurut firasat aku akan membawa aku ke jalan yg benar. Sampai ke Langgak Tunku ke apa ntah. Rumah besar-besar jugak situ. Salah ikut kereta, ikut kereta mahal kenapa. Akhirnya, aku jumpa bangunan kerajaan, bangunan MITI. Suatu masa dulu, aku juga sering ke MITI nak follow up AP kampeni lama kat Kuantan yg susah sangat nak dapat approval. Tapi dulu pergi MITI pun company driver yg hantarkan hahaha...

Tapi yg penting, aku tahu bangunan kerajaan Jalan Duta tu, mmg dekat dah dgn tol Jalan Duta. Aku ingat sangat tol Jalan Duta ntah kenapa. Alhamdulillah, sampai jua aku ke Batu Tiga, Shah Alam dgn selamatnya dan dapat pergi ke kelas dgn jayanya.

Peta tu aku simpan lg sampai skrg. Ia tanda kasih sayang seorang ayah utk anaknya. Ia tanda permulaan kehidupan aku di Kuala Lumpur/Shah Alam. Dan sampai skrg, aku selesa menggunakan LRT/Komuter jika keadaan tak mendesak.

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Monday, March 20, 2017

Dah Ku Faham

Al salam alaykum

Drama Dia Bidadariku ni agak kelakar jugak. Pelakon semua muka lama. Ada muka Gerak Khas. Ada muka Gila-gila Pengantin. Tengok pengarah, Aziz M. Osman rupanya. Patut la ada bonda beliau. 

Drama ni tak habis lagi. Tapi jalan cerita boleh agak. Cuma kalau dapat twist Suri kahwin dgn Khalif best jugak dari kahwin dgn Ammar. Hehe

Aku pun banyak gak tinggal episod. Kebetulan semalam boleh tengok tu pun sangkut-sangkut sbb hujan petang. 

Lagu Spider ni yg best. Lama juga tak dengar lagu Spider yg terbaharu dikeudarakan di radio. Ataupun, aku yang tak dengar radio sangat?

Lirik Lagu Dah Ku Faham – Spider

Ada rasa terpendam, ada kata terhalang
Dalam mimpi pun tak tenang
Cintamu ku dambakan, b
erikanlah petanda
Bagaimana nak mula, ku menjadi sang pencinta
Kau terima seadanya

Jalan hidupku begini
Berdendangkan Lagu sepi
Hanya muzik dalam hati
Yang mahu kau ku miliki

Mahukah kau berteman, mampukah ku melayan
Segala dugaan, d
an ku faham segala
Bulan juga gerhana, matahari redup cahaya
Terhalang awan lara

Pastikan ku miliki dia, pastikan jiwaku sempurna
Dengan sebuah cintamu bertakhta
Dengan sebuah cintamu bertakhta
Dengan sebuah cintamu bertakhta

Jalan hidupku begini, berdendangkan lagu sepi
Hanya muzik dalam hati, yang mahu kau ku miliki
Mahukah kau berteman, mampukah ku melayan
Segala dugaan

Jalan Hidupku begini, berdendangkan lagu sepi
Hanya muzik dalam hati, yang mahu kau ku miliki
Mahukah kau berteman, mampukah ku melayan
Segala dugaan


::: Hidup ini indah jika segalanya Kerana Yang Maha Esa :::

Sunday, March 19, 2017

Pabila musim dah tiba

Al salam alaykum

Anjang wasap kat kami, balik la kampung, rambutan dah masak.... Uwwaaaa!

Masa ni baru teringat ku ada kampung di Gelang Patah! Hehehehe

 
Jering pun ada

 
Seronok la diorang

  
Saja Anjang aku bakar kami

 
Dia mmg rajin bab panjat pokok...

 
Dan lagi

 
Keselamatan diri diutamakan jua...

Anjang, simpan la sikit utk kami...
Anjang jawab apa tau? Boleh... kita simpan gambar jadi kenangan....

Hampeh la Pak Anjang aku ni...

Durian takde, dah kena tebang habis... Kedondong tak masak lagi... Manggis pun belum lagi... Tunggu durian gugur la kat rumah Chik plak... 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Saturday, March 18, 2017

Sembunyi

Al salam alaykum

Perkongsian seorang sahabat di FB, dan membuatkan saya rasa bersalah tiba-tiba...

Utk semua sahabat saya yg membaca blog saya, ketahuilah, saya tidak pernah bersembunyi. Cuma, pada waktu itu saya perlu sedikit ruang utk mencari sesuatu... Saya tidak hilang, saya tetap ada di sini. Terima kasih, utk sahabat-sahabat yg bertanyakan khabar saya secara personal, datang kepada saya ketika saya merasa kekosongan, sebenar-benar kekosongan, yg menghulurkan bantuan, dan kata-kata semangat, sungguh saya hargai. Jika saya tidak dapat membalasnya ketika ini, saya yakin, hanya Allah yg memberikan sebaik-baik ganjaran, sebaik-baik balasan...

Saya memohon maaf jika ada tingkah laku saya sebelum ini semasa "persembunyian" yg membuatkan sahabat semua terasa hati dengan saya. Bukan dalam kemahuan fikiran saya, dan tidak disengajakan.

Saya masih di sini. Ubahsuai sikit kata-kata Rumi, "usah dicari kubur kita di mana di dunia ini, letaknya di hati orang-orang yg mengingati."

Kata Ustaz, 🍃

Kalau kamu cemburu pada sahabat kamu, cemburulah pada kebaikan yang sedang dia lakukan. 
Kerana kamu akan berusaha membuat kebaikan juga.

Kalau kamu terasa di sakiti sahabat kamu, sakitlah bila melihat sahabat kamu yang sedang berusaha memperbaiki ibadahnya. 
Kerana kamu juga akan terus memperbaiki ibadahmu.

Bila mana kamu menyembunyikan sesuatu kepentingan dirimu dari sahabat kamu, 
Fikirlah baik-baik kerana sahabat kamu sedang menyembunyikan kebaikan yang dia lakukan terhadapmu. 
Supaya kamu berfikir yang kamu sedang membuat kesilapan dalam penyembunyianmu.

Jika sahabat kamu menyentuh hak kamu, ketahuilah bahawa Allah sedang mengingati kamu bahawa hak segalanya milik Allah bukan kepunyaan kamu. 

Bila mana kamu mencurigai kebaikan sahabatmu, 
Muhasabahlah kerana Allah sedang menguji mu adakah hati kamu ikhlas atau sebaliknya.
Untuk kamu memperbaiki diri dan hatimu. 

Seandainya kamu benci sahabat kamu kerana kesilapan nya kepadamu, 
Berbaliklah diri kamu kerana kamu pun pernah melakukan kesilapan terhadapnya tetapi dia tetap memaafkan kamu. 

Mengenal sahabat bukan sahaja pada peribadi ahklak, perilaku dan ibadahnya tetapi pada selama keikhlasan nya terhadap kamu selagi dia tidak meminta sikit pun pada kamu balasannya. 

Ingatlah, selama mana kamu bersahabat dengan seseorang itu, lihatlah perjalanan dalam dia dan kamu. 
Dia menerima kamu bukan pada kejahilan atau kesilapan masa lalu mu, tetapi pada hari ini dalam sama-sama mengajak kamu memperbaiki diri dan menuju ke jalan Allah.

#CahayaIlahi tentang sahabat.
Bersahabat kerana Allah

::: Hidup ini indah jika seglaanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, March 17, 2017

Latihan itu perlu katanya

Al salam alaykum

Ada member kena suspend Grab. Terkejut jugak. Betul sodek pun kena suspend. 

Tapi rupanya, salah dia. Not pressing drop off after passenger leave vehicle. Alasan, sbb tanak amik rider kat kawasan dia drop off td. 

Mmg la salah. 

 

Tapi, kelakor plak tengok antara kesalahan lain yg boleh membawa kepada penggantungan sementara ialah topup sikit-sikit. Skrg ni minimum topup RM 10.00. 

Masa training online takde kabo pun menda2 gini. Kena pergi training kat Centre baru dapat tahu. 

Selain dari sekolahkan driver, Grab patut sekolahkan rider sekali. Kan?

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, March 16, 2017

SPM 2016 - Malam ni takde nego hadiah.

Al salam alaykum

SPM 2016 dah kuar. Alhamdulillah, keputusan dia ok walaupun ada aku nak marah. Hahaahaha. Sains dapat A, Math dapat D. Adoi laaaa!

Dia pun kecewa jugak. Target Bahasa Inggeris dapat A, tapi dapat C. Semasa trial dia dapat A. Tapi mmg bahasa Inggeris dia bagus. Bahasa Malaysia A. Yg lain-lain B. 


 

Nak isi borang UPU, pin dia tak beli. Dia cakap dah habis. Aikss! Cepat sangat. Aku saja galakkan isi borang UPU, kalau dapat diploma, takyah amik la. Terus je dgn STAM. Sbb STAM pun setaraf dgn diploma. Nanti kalau rezeki baik, lulus STAM baik, jom la kita gi Mesir. Kakak dia berangan tak habis. Dia tak dapat gi Mesir, hantar adik pun boleh laaa. 

Keputusannya, takde la dia sibuk tanya nak bagi hadiah apa kat dia. Kalau tak, dari zaman UPSR, PT3, SMA, asyik la sibuk nego hadiah. Tapi aku tak bagi pun. Hahahaaha. Aku bagi menda lain. 

Tahniah utk semua calon SPM 2016. Berjaya atau gagal, bukan pengakhiran total. Jalan masih panjang. Jauh di hadapan mungkin berliku, mungkin tiada halangan, mungkin banyak lampu isyarat, mungkin gelap tiada lampu jalan, atau melalui terowong panjang, tapi akhirnya, cahaya yg terang akan muncul jua. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, March 15, 2017

Bahasa Jiwa Bangsa - Sejarah Peradaban Dunia

Al salam alaykum

 

Gunakanlah bahasa yg betul, yg sopan, beradab apabila berbual tidak kira dengan sesiapa pun.

 

Bergurau juga ada batasnya. Lupakan pepatah moden “tak boleh bergurau masuk surau”. Jangan diusik sensitiviti yg perlu kita jaga.

 

Semaikan rasa hormat sesama kita. Tidak kira tua muda, miskin kaya, lelaki perempuan. Lelaki dan perempuan pula, letakkan sempadan dan had yg sepatutnya.

 

Kalau bukan kita yg memartabatkan bahasa, adab dan sopan dalam perbualan, dalam pergaulan, maka siapa lagi yg kita hendak harapkan?

 

 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

 

Tuesday, March 14, 2017

Terbang ke mana?

Al salam alaykum

 


Mampu tengok iklan. Tapi tak mampu nak bukak website dan app nak tengok harga untuk tahun hadapan.  Tidak teruja. 

Tahun ni ada tiga tiket. Yang telah dibeli setahun lamanya. 

Tiket pertama, takde tiket pulang. Tak mampu nak pikir dah. Memang tak dapat pergi. Babai Gunung Kerinchi. Gunung itu tetap gah di situ. Takkan lari. Cuma kalau tak dengan sahabat yg sama tujuan, mungkin takkan sampai. 

Tiket kedua, return ticket. Dalam negara. Tapi, pelancongan dalam negara mahal juga. Cuba la sedaya termampu, jika tiada halangan akan sampai jua akhirnya. 

Tiket ketiga, takde tiket balik. Jadinya, awal-awal aku tarik diri. Sepatutnya, mencari tiket balik sales kali ni. Ini pun rancangan sales tahun lepas. Sebelum krisis yg tak terjangka melanda. 

Cuti berjalan. Untuk setahun. Mak dah pesan, ayah dah bilang. Kalau jadi lagi, pandailah tanggung sendiri. 

Miza berkata: Takpe. Tak lari tempat-tempat tu. Ada je masa nanti nak pegi. 

Korang beli tiket dah?

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::




Monday, March 13, 2017

Mari makan

Al salam alaykum

Tak sangka petang ni episod akhir Let's Eat. Macam banyak yg tergantung. Tapi sbb tengok kat TV9, mungkin ada adegan yg dipotong. 

Episod akhir, semua berakhir dgn baik. Jin Yi dapat menerima oppanya mmg anggap dia adik je. Peguam Kim pun ok je dgn Setiausaha Lee berpacaran dgn Raja Insurans. 

 
Adegan yg paling meruntun perasaan adalah apabila Peguam Oh makan dgn berlinangan air mata. Aku pasti, kita semua pernah melalui saat macam ni. Sedih yg datang tiba-tiba. Dan kesedihan itu kita andaikan akan pergi dgn makan, makan, dan makan. 

Tengok cite ni, mengundang selera utk makan je. Kejam sungguh cite ni! Asyik la telan air liur. Aku bukan la gemar sangat masakan Korea. Ada la yg aku suka, tapi itu je la. Apa nama pun lupa. Hehehe. 

Yg paling menyentuh perasaan yg cepat sentap ni ialah puisi tentang Nasi. 

 

 “To you who eat a lot of rice because you’re lonely, 
to you who sleep a lot because you’re bored, 
to you who cry a lot because you are sad, 
I write this down. 

Chew on your feelings that are cornerned like you would chew on rice. 
Anyway, life is something that you need to digest.”

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Sunday, March 12, 2017

GrabMagnum

Al salam alaykum

Dua hari mencuba. Dari Setiawangsa hingga ke Ara Damansara. Sampai jam 6.00 petang tak dapat-dapat. 

Pagi ni jam 10.00 pagi di Shah Alam. Terus mencuba. Pun takde jugak. 

Pergi Mydin USJ. Cuba lagi takde. Sambil menunggu Kak Roza membayar, aku cuba lagi. Alhamdulillah, rezeki telah termaktub. 

Lama sangat rasanya tak makan aiskrim Magnum ni. Dapat RM 10.00 utk 4 batang aiskrim, alhamdulillah. Hadiah utk diri sendiri setelah sekian lama tak merasa. 

 

Gambar ni mesti tak kuar kat FB Grab, takpe kat blog aku menjadi kisah klasik utk masa depan. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, March 10, 2017

Cukup setahun

Al salam alaykum

Selepas setahun bercuti hari Jumaat, hari ni aku bekerja seperti orang lain. 

Mampu menghadapinya. Mungkin sbb aku sentiasa sibukkan diri pada hari Jumaat setahun yg lalu. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, March 07, 2017

Lagi 2 bulan cukup 5 tahun

Al salam alaykum

Tak sempat nak celebrate 5 tahun. Perjalanan mesti diteruskan. Kata putus dicapai selepas menimbangtara antara dua. Sakit dada sakit kepala follow up, akhirnya aku amik kata putus, yang mana dapat dulu aku setuju. Esok perjalanan buku baru. Semoga perjalanan terus disinari cahaya. 

Terima kasih utk kata-kata semangat dan buah fikiran semua. Terutama ma dan pa, adik-beradik dan famili. Juga sahabat-sahabat semua. 

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Sunday, March 05, 2017

GBS

Al salam alaykum

Hari tu aku menggoogle kenapa bayi baru lahir ada jangkitan kuman. Aku google jangkitan kuman dalam air kencing bayi baru lahir. 

Semua hasil carian google menjurus kepada GBS. Takkan GBS kot! Dah macam-macam pulak aku pikir. 

Tapi, apabila adik aku nak bawak balik anak selepas 48 jam disahkan tiada kuman, doktor masih tidak benarkan. Misi siap suruh adik aku google pasal GBS. Betapa ngerinya hal ini! Maka sahlah bayi kecil itu ada GBS. 

Punca sebenar, adik aku demam ketika bersalin. Dugaan. 

Hari ini, berharap anak kecil itu dapat pulang ke rumah. Tapi, kalau dapat pulang pun jam 11.00 malam nanti, selepas cukup jam yang ditetapkan. Abg Ammar dah mengeluh. Pergi hospital tak dapat tengok adik. Adik balik, dia dah tido la nanti sebab pagi esok kena sekolah. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, March 02, 2017

Dugaan

Al salam alaykum

Adik abg Ammar dan abg Ayyan kena tahan wad utk 5 hari. Jangkitan kuman pada air kencing. Tabahlah hati abah dan ibu mereka. 

Aku pula, dugaan berbeza. Selepas 5 bulan, diduga utk membuat pilihan yg baik di antara dua utk sekarang dan mungkin juga masa depan, dan menjadikan ia terbaik dalam hidup. Dugaan utk terus rasa selesa skrg, atau selesa pada tahun hadapan. 

Alhamdulillah utk dugaan-dugaan ini. Semoga kami baik-baik saja. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::