...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Monday, February 27, 2017

Yang ketujuh

Al salam alaykum

Adik abang Ammar. Sebab apa? Hidung sejibik macam abang Ammar. 

 

Sapa nama adik ni? Ammar nak nama Alia Kaisara. Ayyan nak bagi nama Amirah. Semua letak nama kengkawan sekolah diorang. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Saturday, February 25, 2017

Hacksaw Ridge

Al salam alaykum

Aku dapat 6 tiket percuma. 2 tiket tayar continental bagi. 4 lagi osmet ku bagi. Aku takde keinginan nak tengok wayang pun. Aku nak bg kat orang lain je. 2 tiket aku email kat Ilah. 4 lagi bg Kak Roza. Sekali, Aizah plak tak jadi tengok. Menurut la aku pergi. 

Cite apa yg best? Adik jaga kaunter suh tengok Hacksaw Ridge. Aku ready dah nak tido. Tak dapat tido rupanya. Awal2 tu macam lawak hambar. Tapi bila dah berada di medan perang, memang takleh tido langsung la. Mendebarkan!

 

Kisah benar seorang prajurit yg mahu bertempur di medan perang tanpa senjata. Kelako wehhh! Waima anggota paramedik pun pegang rifel, tapi Desmond ni tanak langsung. Dia yakin, tanpa senjata, dia akan menyelamatkan ramai manusia di medan perang. 

Tapi, dia berjaya di medan perang. Ramai anggota yg tercedera berjaya diselamatkan. Orang kata dia gila. Dia tak peduli. Pegangan teguh kepada agama, membuatkan dia yakin segalanya. 

Apabila ada keyakinan, itu bukan satu gurauan. 

 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, February 23, 2017

Kang saya bagi encik satu bintang je kang! Heheehe

Al salam alaykum


 


Hari isnin lepas, aku ada interview di Petaling Jaya dan juga di Jalan Ampang. Mula-mula, aku cadang nak drive je, tapi tiba-tiba dapat panggilan telefon untuk sesi temuduga di Jalan Ampang pada hari yg sama. Maka, cadangnya bertukar, kita naik LRT, dan juga GrabCar. Ada Zerofare promo kan?

Aku hanya mengeluarkan RM 6.80 utk tambang sehala dari Setiawangsa ke Asia Jaya, dan Taman Jaya ke KLCC. Yang lain-lain aku guna promo Zerofare GrabCar. Apabila waktu puncak, tambang pun tinggi, aku guna GrabShare dan juga Zerofare. 

Alhamdulillah, sebaik-baik rancangan perjalanan. 

Rumah ke LRT Setiawangsa: RM 6.00 - GrabCar
LRT Asia Jaya - Jaya One: RM 7.50 - GrabShare (high fare plak masa ni)
Jaya One - LRT Taman Jaya: RM 6.50 - GrabShare (high fare)
KLCC - Wisma Selangor Dredging: RM 7.00 - GrabCar (high fare). Biasanya aku jalan kaki je, tapi petang tu panas sangat! Sbb high fare, maka ok kot aku rasa utk 1.0 km. 
KLCC - Setiawangsa (masuk ofis jap): RM 6.50 - GrabShare
Office - Rumah: RM 3.00 - GrabCar

Jumlah: RM 36.50. 

Seronok rasa! 

Kemudian, hari Rabu semalam, aku ke Karnival SL1M di PWTC. Nak menyibuk sekali mencari kerja kosong. Cadang nak drive pastu nak online. Hari sebelumnya aku cek tambang GrabCar RM 7.00 je dari rumah. Cantik sangat la tu kan. Kita guna Grab je la. 

Tapi, pagi Rabu tu tambang ke PWTC berbelas-belas ringgit. High fare sbb high demand! Malas dah nak drive, jadi sekali lagi aku menggunakan GrabCar/GrabShare. Aku keluarkan RM 1.10 je utk tambang LRT Jelatek ke LRT Setiawangsa. Tak sampai hati nak panggil Grab kat LRT Jelatek, sbb susahkan kereta je nak u-turn masuk Dato Keramat yg jalannya sesak sentiasa. 

Rumah - Ampang Park: RM 7.00 - GrabShare (High fare)
Ampang Park - PWTC: RM 7.00 - GrabCar
Seri Pacific Hotel - PDN (teruk betul pitstop aku demi nak jimat): RM 6.50 - GrabShare (High fare)
PDN - LRT Jelatek: RM 7.00 - GrabShare (High fare gak)
LRT Setiawangsa - Rumah: RM 4.00 - GrabCar

Jumlah: RM 31.50

Tujuan utama nak berjimat. Tujuan kedua nak menimba ilmu. 

Ada yg aku jumpa driver dah taraf platinum. Macamana dapat platinum? Trip dia manjaaaangggg dapat 5 bintang. 

Ada yg berkongsi dgn aku, kejar insentif. Dia cadangkan keluar jam 6.00 pagi balik jam 10.00 pagi. 4 jam je sehari. InsyaAllah boleh bayar kereta aku. 

Ada yg cakap dia memang online 15 jam sehari! Tabahnyaaaa! Mmg dapat la RM 700-RM 800 seminggu. 

Ada yg buat GrabCar ni part time. Tapi jam 2.00 pm pun online lagi. Kerja sendiri rupanya. 

Ada yg advise aku register ambassador. Tapi tak boleh dah jadi driver dan rider Uber. Jadi kawasan jajahan MP, UP, HP meluas lagi. 

Ada yg dah register jadi ambassador, cakap takde beza pun. Insentif lebih kurang je dapat. Jadi dia call Grab nak stop jadi ambassador, Grab tak bagi. Dia nak try jugak buat Uber. 

Ada yg buat fleet. Seminggu kena online 60 jam, kena complete berapa entah trip aku lupa. 

Ada yg buat Grab ni sbb dia sama industri dengan aku. Malas dah nak pergi keja, cari keja, dapat keja kat Pengerang, dia malas pergi. Jadi buat Grab je la senang. 

Tujuan ketiga nak naik kereta orang yg best-best. Ada Vios baharu bau sedap, Axia baru, Myvi generasi terkini, City, Jazz baru, dan yg paling aku susah nampak, Proton Suprima. Tapi gak, bau rokok kuat sungguh. Nak muntah rasa. Uwwaaaa!

Tujuan keempat, aku nak cuba kot dapat driver wanita lain. Nak bertanya pengalaman dan cabaran pemandu wanita yg lain. Tapi takde plak yg accept request aku. Tak tahu kang kena potong singgit sbb ignore request saya! Hahaha

Tujuan kelima aku nak cuba GrabShare tu cemana. Sbb aku baca kat FB, pengguna IOS tak dapat request GrabShare. Tapi, takde rezeki aku, memang sengsorang je dalam kereta. Mungkin destinasi tak sehala. 

Ada sorang driver ni, bila aku kata aku pun drive Grab gak, terus dia cakap "Ooo sajalah ye guna promo pastu suh saya p  kawasan jam" 

"Jangan marah ye Encik. Kang saya bagi satu bintang kang. Hahaahahahaha"

"Semalam ada rider sama la gelak macam awak. Ampeh sungguh. Hahaahaha. Ugut saya plak tu. Hahahaahaha"

Aku bagi semua 5 bintang!

Promo Zerofare sehingga 28/02/2017 tau! Rancang perjalanan anda! Heheheeh

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::





Tuesday, February 21, 2017

Tidak normal

Al salam alaykum

Terjumpa link utk Saringan Kesihatan Mental.

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSffxoiWRgDlXhW_KrLjG9IOBpQYbcieyxHk5lItxpys2i8euw/viewform?c=0&w=1

Saya cuba isi borang ni pagi tadi.

Terus dapat keputusan melalui e-mail.

"Berikut adalah keputusan anda dan markah dalam ():

Tahap Stress: Teruk (15)
Tahap Kemurungan: Teruk (11)
Tahap Anzieti(Kerisauan): Sangat Teruk (13)

Keputusan di atas menunjukkan anda mempunyai tahap kesihatan mental yang tidak normal . Keputusan keseluruhan adalah tidak normal jika mana-mana keputusan komponen di atas menunjukkan keputusan sederhana, teruk atau sangat teruk. 

Saranan: Sila bawa email ini ke klinik kesihatan berdekatan di tempat anda untuk pengesahan diagnosa dan intervensi susulan."


Tidak normal rupanya mental saya.

Tapi, dalam keadaan macam ni, memanglah dijangka kan? Cuma, mengharapkan ada secebis iman di dada yg dapat mencegah saya daripada perkara yang entah apa apa.

Bercakap sorang-sorang di blog juga adalah terapi.


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Sunday, February 19, 2017

Jauh KLCC tu

Al salam alaykum

Kalau ada yg mengajak ke KLCC, aku mmg selalu rasa KLCC tu jauh nak sampai dgn kereta. 

Sebab, dulu, masa adik aku dapat belajar matrikulasi kat Cheras, KL ni, KLCC masa tu baru siap. Dapat turun KL seronok la weh! Tak pernah sampai la katakan. Lepas proses pendaftaran, ajak ayah aku ke KLCC. 

Sesat dah satu hal. Walaupun ayah aku selalu datang ke Lembah Klang dgn lori Felda Angkut 40 kaki tu, bukannya boleh masuk tengah bandaraya Kolumpo kan. 

KLCC tu nampak dekat dah dgn mata, macam boleh gapai dengan tangan, tapi tak jumpa jalan masuk. Pusing lagi. Pusing lagi. Makin lama macam makin jauh. Pastu kami mendekat lagi, tak nampak lagi jalan nak masuk ke KLCC. Makin menjauh lagi. 

Akhirnya, ayah aku masuk ke kawasan construction, aku tak ingatlah kat mana, sbb dah berbeza sangat dulu dan sekarang. Ayah aku parking van kat situ, kami jalan kaki ke KLCC.

Rasa peghok ngat masuk KLCC. Nak berjalan pun tak tahu ke mana. Semua kedai nampak sangat kemahalannya. Akhirnya, duduk kat air terjun KLCC tu. Semua sepakat, tak best pun KLCC ni. Hahaha. 

Sekarang, kalau mak ayah aku ke KL, kalau ajak ke KLCC, diorang tanak pun datang. Takde menda katanya. Aku nak ajak naik jambatan langit je. Tapi mak aku gayat. Memang takkan naik la. 

Sekarang, kalau hantar rider ke KLCC atau sekitarnya, aku masih diserang kebimbangan takut sesat. Takut tak jumpa jalan pulang. Pastu senyum kambing sengsorang teringat pengalaman pertama kali sampai ke KLCC. 

Kalau p KLCC naik LRT, ok, itu dekat. Dengan kereta, jauhnyaaa!

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Saturday, February 18, 2017

Terasa umur 16 tahun.

Al salam alaykum

Gyosil honlan 2017 (School 2017)
Hagjangnim: Sha Arah shi
Seonsaengnim: Arbaiah Suki shi (garang cikgu ni)
Chuga Gyosa-nim: Angah Dila shi, Nur Aj shi, Sharifah N. Sharifah shi, Aisha Assa shi, Nik Nurfadhilah Fatmi shi, Nor Azlini Noor Azmi shi
Gyosa Tuja-nim: Azlina EaGy shi

Hagsaeng Lideo-nim: Zainur Hanim Zainal Abidin shi
Biseo-nim: Afida Amzah shi
Hoegye Won-nim: Nor Azian Anuar shi

Aja aja faitim!


 


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Friday, February 17, 2017

Ooo macam tu rupanya nak dapat kerja kat situ

Al salam alaykum

Kalau baca novel atau akhbar, kalau ada watak dan cerita tentang mereka yg bekerja dgn agensi di bawah badan dunia, aku memang tertanya-tanya macamana diorang dapat kerja kat situ. 

Akhirnya, aku baca iklan kat Linkedin.com, maka saja la mencuba mohon. Requirement mmg macam tak layak. Tapi cuba sajalah. 

Makanya, hari Rabu semalam terpilih utk sesi ujian bertulis di GSC Cyberjaya. Ini baru peringkat pertama. Dengan berkobarnya, aku membaca tentang agensi ni. Memahami tugas dan segala aspek yg aku rasa penting. Cuba jugak meng-google, tapi takde pun jumpa berkaitan tentang ujian bertulis ni. 

Calon dari luar, hanya dua orang je. Yg lain, semua calon dalaman. Nama je ujian bertulis, tapi kena menaip. Tengok soalan, membuntang mata! Empat soalan je, nampak senang,  mmg sebenarnya apa yg aku buat, tapi sbb industri berbeza, maka lain la caranya pulak. 

Ujian selama 2 jam. Dapat kertas soalan, terus kedengaran papan kekunci diketuk laju. Telan air liur aku. Soalan pertama pun aku dah hentam sajalah. Hahahaaha. Apa la yg diorang jawab ni laju sangat menaip! Stress rupanya ujian bertulis dgn cara menaip ni. 

Kalau lulus ujian bertulis ni, dapatlah panggilan temuduga seterusnya. Bagi aku, pengalaman ni sangat berharga. Sedikit sebanyak terjawab la jugak macamana orang boleh kerja kat agensi ni. Nampak kebanyakan staf semua macam cendikiawan terbilang. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, February 14, 2017

Bokojo la kito sekueknyo

Al salam alaykum

Notis kerja 2 hari seminggu dah keluar. Waktu bekerja kembali ke asal, 8 jam sehari. Sebelum ni sewaktu bekerja 4 hari seminggu, kami bekerja 7 jam sehari. 

Surat rasmi utk staf tertentu bekerja 4 hari seminggu masih belum dikeluarkan lagi. 

Ramai yg dah mohon cuti tanpa gaji. 

Aku nak mohon berhenti. Tapi kena dapat surat tawaran kerja lain dulu la. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, February 08, 2017

Ada yg lagi susah

Al salam alaykum

Tiga hari berturut-turut aku tidak ber-gruber. Masuk ofis pagi petang. Hari ni, kami berjaya mengaturkan perjumpaan dengan bos. Staf dari Kerteh site pun turut serta. 

Dan, seperti yg dijangka, belum diketahui lagi gajinya bila. Tapi bos janji, dia tetap akan membayar segala tunggakan dan tuntutan kami. Cuma, masanya belum lagi. 

Pelaksanaan waktu bekerja baru akan bermula. Kerja Isnin dan Selasa sahaja. Dan, utk staf tertentu, kena kerja 4 hari seminggu. Aku tidak termasuk. Lagi tambahan, kemungkinan kampeni akan mengurangkan staf jika keadaan mendesak, dan akan mengekalkan staf yg berbilang tugas sahaja. 

Di mana aku?

Dan, bos juga bertanya khabar setiap seorang dari kami. Apa yg kami buat utk kelangsungan hidup. Ada yg macam ok, ada yg telah meminjam. Ada yg dah sorok kereta. Ada yg motosikalnya dah kena tarik. Ada yg dah menjual harta sedikit yg ada. Ada yg ber-gruber. Ada yg menjaga anak-anak di rumah. Ada yg dh berura-ura utk daftar masuk ke asrama gelandangan di Bulatan Pahang. 

Dalam aku rasa susah hati kereta aku dah tertunggak bayaran sebulan, ada lagi yg lagi susah. Ada seorang staf ni, isterinya sakit dan memerlukan belanja rawatan yg tinggi setiap bulan. Dari cara dia bercerita, kami dapat rasa dia mmg dalam keadaan tertekan yg amat sangat. Kami faham, ceritanya bukan utk mengundang simpati kami, hanya berkongsi apa yg dirasai. 

Apalah sgt dgn cerita aku, dan mereka lain yg bujang ni. Yg menurut bos "orang bujang takpe, komitmen kurang." Dan kami menyangkal sekeras-kerasnya. Tetapi, sesusah-susah kami, staf yg seorang ni lagi susah. Apa yg mampu kami kata, bukan hanya utk dia, tapi utk kami juga  "Bersabarlah, ada jalannya nanti."

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, February 07, 2017

Masih Bekerja, kenapa tutup server?

Al salam alaykum

Taajub tak internet ofis ada lagi? Keh keh keh... Minggu lepas dah kena potong, pastu HR cakap bos bayar. Amboi, gaji kami bos tanak bayar ke? Seloroh sesama kami.

Ada perumpamaan, marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Sedih sungguh. Marahkan bos, ko kunci server kenapa?

Ada di antara kami datang kerja sbb kami ada kerja utk dibuat. Tapi, kalau server kena kunci oleh mereka yg berkuasa, macamana kami nak buat kerja? Kerja penting plak tu... Susah kami nak buat kerja... Apa nak jawab dgn bos ni? Suka ke kalau nama naik?

Kelakor laaa...

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Saturday, February 04, 2017

Buah tangan

Al salam alaykum

Utk melawat pesakit, buah tangan apakah yg hendak dibawa dan diberikan? Kadang-kadang bukan utk bekalan pesakit, tetapi mungkin utk penjaga pesakit. 

Kami memilih roti dan kaya. 

Alhamdulillah, itulah santapan pertama pesakit selepas terpaksa berpuasa semalaman selepas pembedahan. 

Mendengar tajuk pembedahannya terasa ngeri. Stomach Exploration. 

Silalah jaga perut kita. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, February 02, 2017

Gaji

Al salam alaykum

Dalam perjalanan pulang ke Setiawangsa, aku on Uber dan set destinasi ke Setiawangsa. Dapat penumpang di Plaza Pekeliling. Nak ke Plaza Pekeliling guna Uber GPS sungguh menyeksakan. Aku tepon rider aku nak mintak dia kenselkan trip, tapi kesian pulak. Nama macam Bangladesh, tapi cakap omputis. Eh eh bila start trip, duduk Seri Maya rupanyaaaaaa! Mahal tuh sewa sebulan!

Rider aku yg terakhir hari ni ialah warganegara Yaman. Orang Arab rupanya. Aku ingat Bangla td. Belajar di sebuah Institusi Pendidikan di Melaka dan baru saja bergraduasi dengan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Marin. Sedang mencari kerja di Malaysia. Aku tanya kenapa tak balik kerja kat Yaman? Yaman kan sekarang bergolak. Cuba cari kerja dulu di Malaysia. 

Alang-alang dah borak pasal kerja, dan dia pun tanya berapa pendapatan aku dgn Uber, aku pun tanya berapa gaji yg dia ditawarkan kat dia sbb dia kan expatriat. Dia cerita semua interview kerja yg dia pergi, semua rate gaji dalam RM 3,000 - RM 3,500. Oh, takde beza sgt la dgn graduan kita yg belajar di Malaysia. 

Dia sebenarnya dah dapat offer dari sebuah kampeni di USA. Akan tetapi oleh kerana dasar imigresen USA di bawah kepimpinan Presiden USA yg baharu, dia tak dapat nak pergi kerja kat USA. Sedih sungguh. Gaji yg dia dapat ialah USD 1,750. Eh, tak epal kpd epal la perbandingannya. Tapi kalau convert lumayan!

Semoga mudah urusan dia utk mendapatkan pekerjaan di negara kita tercinta ini. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::