...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Tuesday, January 24, 2017

Wad Mawar

Al salam alaykum

Mak aku ditahan di wad sejak Jumaat lepas. Tapi aku balik hari Ahad. Aku pun tak tahu mak aku masuk wad. Segalanya rahsia. Alasan utama, supaya aku tak susah hati.  

Mak aku demam dan batuk berpanjangan. Kena tahan wad utk pemantauan darah tinggi dan diabetes. Alhamdulillah, malam tadi dah dapat keluar. Ditahan di wad bukanlah sesuatu perkara yg menggembirakan sebenarnya. 

Aku balik nak teman tido kat wad, tapi angin monsun di beranda wad sangatlah sejuk, mak aku tak bagi kang aku plak demam katanya. Kami minta tukar wad kelas satu menggunakan eGL adik aku, tapi penuh. 

Sebelah katil mak aku, pesakit buah pinggang. Dia koma. Umur dia sama dgn aku. Dan juga masih bujang. Misi cerita, dia datang sihat, masih sedar, selipar pun ada bawah katil dia. Selepas doktor cakap dia ada sakit buah pinggang, dia macam terkejut, dan terus tak sedarkan diri. Tekanan darah dia juga tinggi. 

Kadang-kadang, aku dengar dia batuk. Mata dia pun terbuka.  Kemudian pejam semula. Tangan dia kadang bergerak. Dan kadang-kadang ada air mata bergenang. Mak aku suruh aku duduk bercerita di sebelah dia. Perkara susah aku buat, sbb aku tak pandai memulakan salam perkenalan. Tambahan lagi sebelah pihak je bercakap. (Tulis blog lain ye hehehe). 

Dia mendengar. Sbb apabila misi datang panggil nama dia, cuit dia, suruh buka mata, dia bg respons. Suruh buka mata, dia buka. Suruh gerakkan tangan, dia gerak. Tapi kemudian, kaku semula. 

Aku cuma pergi kadang-kadang kesat air mata. Bagi salam. Tu je la. Nak bercerita tak pandai. Kang plak kot nanti dia sedar kang dia cakap cerita aku tak best. Balik semalam, cuma bisik kat telinga dia, semoga dia sedar dan sembuh. Tu je mampu. 

Ada lagi seorang, selang katil. Umur juga sebaya aku. Tapi sakitnya tidak diketahui. Dia sering meracau-racau. Paling tak tahan, dia nyanyi "tolong kami, bantu kami". Kemudian meronta-ronta meminta ikatan tali di kaki. Tapi dia tak buka sendiri. Apabila mendengar bait-bait racau dia tu, mungkin dia mengalami tekanan perasaan. Sayu hati. 

Ada lagi kisah lain. Bukan setakat kisah pesakit, juga kisah penjaga pesakit. Cukuplah dua kisah mereka yg sebaya dengan aku. 

Pengalaman di hospital, mmg menginsafkan. Sbb itulah, menziarahi org sakit itu menjadi sunnah. Dan juga, sebagai ubat jiwa kita. 

 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

4 comments:

tiga lalat said...

wah spital mana ni kay? ingatkn kat IJN.. hmmm gmbr bawah tu mcm kat Sungai Klang pulak., mugo bonda cepat semboh., aminn ya robbal alamin..

whooz said...

harap mak kay tak de apa-apa yang serius ye

Kay said...

Wak: Hospital Kuantan.. aamiin utk doa itu, terima kasih
Huzz: Aamiin. InsyaAllah harap takde apa-apa

Kayzem said...

moksu ok dah ke long?