...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Wednesday, January 04, 2017

Seorang makcik, sebiji burger dan sepotong doa

Al salam alaykum

"Nak, boleh belanja makcik tak burger daging tu. Makcik lapar. Nak makan."

Terkejut dengar suara dari dalam kereta tepi aku semasa nak lintas jalan menuju ke giant. Makcik dgn sapa? 

"Anak makcik masuk giant beli barang-barang. Makcik lapar ni."

Aku terkedu. Dgn situasi aku skrg ni, memang agak berkira jugak. Aku sendiri pun menuju ke giant nak mencari roti yg boleh menjadi bekalan utk 2-3 hari. Tengok muka makcik tu, teringat arwah nenek aku. Al-fatihah. 

Menunggu burger siap, aku intai-intai jugak kot anak makcik tu dah siap shopping. Aku nampak anak makcik tu masukkan barang dalam kereta. Sempat ke tidak entah burger ni siap. 

Aku kembali ke kereta makcik tu, anak dia takde pulak. Mungkin masuk ke giant semula. Makcik senyum melihat burger di dalam plastik. 

Tapi aku nak gelak jugak antara nasihatnya ialah "awak mintak keja kerajaan. Mudah nak dapat. Awak pun senang." 

Baiklah makcik. Terima kasih mendoakan saya. InsyaAllah jika masih ada rezeki utk berkhidmat dgn kerajaan pada usia 35 tahun ini. Semoga makcik tu pun dapat menikmati burger daging dan sentiasa  sihat bersama keluarganya. 

Rezeki aku petang tadi. Sumih datang menghantar ayam Korea dan sup kimchi yg dibelinya di Restoran Sweettree. Terima kasih Sumih. Alhamdulillah utk rezeki yg dikurniakan. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

2 comments:

whooz said...

i like!

tiga lalat said...

x selfie dgn makcik dan sepotong burger tu kee., ;p