...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Thursday, January 19, 2017

Nak pergi interview kerja kena awal dik!

Al salam alaykum

Pagi ni, penumpang pertama aku lepasan universiti. 4 bulan di KL, buat kerja part time. Hari ni nak pergi interview utk jawatan tetap.

Dia kata interview jam 10.00 pagi! Apa??? Naik kete aku jam 9.00 pagi kot! 

Tak pasal-pasal aku gelabah. Dia cakap saya kuar lewat sbb nak elak jem. Dari rumah dia nak kuar ke jalan utama pun dah jem 15 minit! Mana aku tak gelabah! Dari AU1 nak ke Jalan Ipoh, ikut kilometer dekat je, tapi ikut masa, 40 minit jugak nak sampai.

Akhirnya, selamat aku sampaikan dia ke Jalan Ipoh pada jam 9.50 pagi. Kaki aku menggeletar sama. Aku juga yg berselawat sama-sama, janganlah budak ni lambat sampai.

Dik, akak kalau p interview, kadang tu sampai 2 jam awal! Bimbang salah jalan, bimbang jalan jem, bimbang sesat. Sebelum tu, akak stadi dulu jalan mana nak sampai, ataupun boleh sampai tak dgn pengangkutan awam iaitu lrt, komuter, teksi. Kuala Lumpur ni lain, ada hari jalan dia tenang je, ada hari, jem tak ingat! Dapat plak pemandu Uber mcm akak ni yg buta skit jalan kat KL. 

Lain kali jangan buat lagi ye! Akak yg trauma awak lambat sampai.


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

2 comments:

tiga lalat said...

kalo nk cepat wak ckp je my car cannot fly., then bwk slow n steady., pas dropoff check je kalo rating jatuh n jatuh lg., ;p

Kay said...

takmoh la rating jatuh... haru!