...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Tuesday, January 17, 2017

Motivasi Hidup

Al salam alaykum

Terapi sedikit sebanyak apabila bercakap dgn orang lain.


 

Salah satu sebab aku memandu Uber di sebelah pagi sekarang, aku nak elakkan aura negatif di ofis. Jumpa orang, yg tak dikenali, dan borak-borak, macam-macam perkara, menghilangkan tekanan perasaan sedikit sebanyak, dan tambah ilmu juga. 

Aku sebenarnya rindu nak melepak dan beraktiviti dgn sahabat-sahabat dan kengkawan yg aku kenal secara realiti, yg biasa dgn aku, yg tahu pe'el aku, tapi aku jadi rendah diri. Dan, apabila tiada yg bertanya khabar kalau aku "hilang" seminggu, buat aku sedih. Ye la, dgn keadaan aku sekarang macam ni, lagi la macam-macam perasaan dan pemikiran negatif yg bertandang.

Maka, aku cuba utk memandu Uber yg lama aku tinggalkan. Mula-mula, aku memandu 3 hari utk kumpul duit sebagai duit poket aku utk balik ke Kuantan minggu pertama Januari. Kemudian, apabila ofis semakin sunyi, maka aku memandu pada waktu pagi, dan petang aku masuk ofis. Kerja masih ada ye di ofis. Lagipun, kalau memandu petang, nanti susah nak dapat parking kereta. Semalam aku balik jam 5.00 petang, parking sepanjang jalan flat aku penuh! Gigih tolak kereta orang lain, aku amik parking dia dalam kawasan blok. 

Pendapatan dari Uber ni taklah banyak mana, tapi azam aku, utk bayaran bulanan kereta aku sebenarnya. Harap dapat hujung bulan nanti sasarannya walaupun sekarang ni barulah 20% selepas tolak minyak, tol dan maintenance.

Oh ya, Jumaat minggu lepas aku menghadiri satu sesi temuduga kerja. Feedback yg aku dapat daripada agent sangat positif. Doakan aku, semoga Allah menjadikan pekerjaan itu rezeki aku. AKu sungguh berharap. Doakan ye! Terima kasih.

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

3 comments:

tiga lalat said...

kalo tanye otai, dorg dh x bwk uber, dorg bwk grab kejar high fare je, especially airport job, jgn smpi kene banned sudahh.,

gudluck ye cik kay., drive leklok, hati2 dijlnraya,.. jgn ckp wak x payong ;p

whooz said...

InsyaAllah rezeki Allah itu ada. Cepat dan lambat saja. Semoga rezeki Kay bertambah-tambah. Amin.

Kay said...

Wak: airport job RM 65.00 kan? pastu takde insentif rasanya job lebih dr RM 30
Huzz: Doakan ye Huzz... rasa sengsara sangat