...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Sunday, January 29, 2017

Ko makan apa?

Al salam alaykum

Apabila ada sahabat datang bertanya khabar di bilik kecik aku ni, mmg perasaan tu macam dapat penghargaan sangat. Tapi selalu akan tanya, macam mak dan ayah aku tanya. Ko makan apa skrg ni? Cukup tak makan? Hahaahaha. Nak tergelak pun ada. Makan dan aku mmg tak dapat dipisahkan nampaknya. 

Alhamdulillah, makan seadanya. Cukup makan. Alhamdulillah. Kenyang. Makan nasi lauk telur dan sayur kobis. Hari-hari. Alhamdulillah. Dapat makan. Nak makan menda lain yg sedap skit, lain kali la bila ekonomi dah ok kembali. 

Cemana makan boleh kenyang dan boleh bertambah? Kan pakar diet mengatakan, kalau masa makan jangan tengok tv. Jadinya, aku makan sambil tengok tv. Ko pun tak ingat apa yg ko makan. Makan je. Pastu bertambah. Pastu kenyang. Alhamdulillah.  Berat pun maintain bertambah. 

Ada sahabat-sahabat ajak makan, aku tolak jugak sekarang. Pertama aku tak mampu. Kedua, aku tak mahu dalam ketidakmampuan aku, org kata aku amik kesempatan bila ada orang nak belanja makan. Tapi selalu kena paksa jugak. Menitis la air mata. 

Ko paham kan sekarang, betul-betul paham kan perasaan org yg betul-betul susah? Nak makan nasi lauk telur pun tak mampu. 

Aku berpegang dgn firman Allah "Sesungguhnya setiap kesusahan bersamanya ada kesenangan."

Bersabarlah. Hidup ibarat roda. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::




1 comment:

tiga lalat said...

deep, makan pon x mampu kann., huhu2

cik kay, drive leklok., dh dpt trip klia keew., hehe2