...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Sunday, January 15, 2017

Janji KFC

Al salam alaykum

Ofis semakin sunyi. Ramai yg sudah bercuti. Buat kerja part time lain. Dan ada yg memberi notis berhenti tak cukup tempoh. 

Dan, di belakang, tinggal aku dgn En. Lan. Haida, satu-satunya staf akaun yg tinggal, pun meninggalkan kami. Dan, En. Man pun terus bersetuju dgn notis berhenti tak cukup bulan tu. 

 

Sedih. Sbb dah takde yg kamceng dgn aku. Dah takde yg sebaya dgn aku. Rasa hilang. Tiga bulan lebih kami mengharung sesama ribut badai di ofis, akhirnya dia berjaya meninggalkan kampeni. 

Gembira, sbb akhirnya dia akan bergaji semula. Walaupun di tempat lain. 

Janji kami nak makan nasi sup sesama di Rarare Cafe pun tak kesampaian lagi. Menu nasi sup asyiklah takde, dan sekarang kafe asyiklah tutup memanjang. Kadang-kadang, aku macam nak je cakap kat kakak Rarare Cafe tu, tanggalkan menu nasi sup yg manjang tak ada tu. Hehehe. 

Janji kami utk baiki kasut kami yg sama jenis sama warna sama rosak tu, tapi saiz tak sama pun, tak tertunai. Sbb kami janji, dapat gaji, kami akan baiki kasut kami sama-sama. 

Janji kami utk makan Dubuyo sesama, selepas dapat gaji pun tak tertunai lagi. Kemudian, sbb rasa tak mampu nak pi makan Dubuyo, kami tukar menu. Kami janji utk makan kfc sesama apabila dapat gaji pun, belum tertunai lagi. KFC pun dah kuar promo baru pun. 

Akhir bulan January, Haida bakal dapat gaji pertamanya dgn kampeni lain. Aku, masih lagi di sini, menunggu gaji, dan terus berusaha utk mendapatkan gaji di tempat baru pula. 

 

Mudah-mudahan, kami dapat makan KFC sesama, dan baiki kasut kami sesama. Semoga dalam masa terdekat ini. Itu doa kami. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::