...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Saturday, January 21, 2017

Beli barang perkahwinan dan kenduri kendara

Al salam alaykum

Hari ni off Uber dan Grab, jadi personal driver dari Shah Alam - Chow Kit - Meru - Shah Alam. Nak beli barang kenduri kawen anak sedara dia. 

Ramai cakap GM Klang mahal. Nak pegi ke Nilai macam tak berbaloi. Aku pun teringat Dekdaa penah komen kalau nak beli barang kawen pergi Chow Kit. Maka menggugel la kami. Jumpa pasal Kedai Bunga Vivian yg menular di internet. 

Maka, sampai la kami ke Chow Kit. Aku buat kali kedua la kot sampai. Hahaahah. Perokkk! Cari parking susah jgk, nampak org masuk Safuan Plaza, maka masuklah jugak. Jumpa parking RM 5.00/entry. 

Masuk pasar cari kedai Vivian. Dengan bantuan blog, jumpa juga. Alhamdulillah. Barang mmg murah. Pekerja dan tuan kedai pun mesra. Maka mudah je semua. Tapi biasalah, ada yg ada stock, ada yg takde. Maka, mereka pun mencadangkan alternatif lain. Seronok plak hahaha walaupun sekadar meneman. Dah lama tak membeli barang kawen. Last sekali tahun 2014. 

 

Kemudian, tengok sebelah pun macam menjual barang kenduri jugak, maka kami masuk jugak. Tapi kat kedai ni, auntie ni sorang je melayan. Maka, buat hal sendiri. Buat macam kedai sendiri. Amik barang sendiri. Seronok. Hahaha. Auntie ni ok, best. Harga lebih kurang, ada yg murah lagi la dari Kedai Vivian. 

 

Dan auntie ni juga boleh gubah barangan hantaran secara percuma. Cuma beli barang kedai dia la kan. Maka, bakal-bakal pengantin yg nak mencari peralatan perkahwinan, barang-barang cenderahati utk tetamu, boleh la ke Chow Kit. Berbaloi-baloi!

Kemudian, kami ke Meru. Nak beli botol-botol plastik. Murah jugak! Maka, boleh la serbu! Kalau nak pos pun boleh. 

 

 Botol kaca pun ada. Ramai rupanya peniaga-peniaga hipster memborong di kedai ni. 

 

Selamat ber-shopping utk hari bahagia anda!

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

2 comments:

tiga lalat said...

ahaa, ingtkn driver nak kawen., ;p

Kay said...

Kalau driver nak kawen, takyah beli semua tu heheh