...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Friday, May 26, 2017

Promosi Raya 2017!

Sila skrol ke bawah utk entry terkini!

Tapi marilah cuci mata dulu baca iklan ini. Kemudian, boleh order sekali. 

 

PROMOSI RAYA 2017!

Ceriakan rumah anda dipagi Syawal dengan langsir/wallpaper/blinds pelbagai pilihan material daripada Cool Impressions. Setiap warna dan corak kami pasti memeriahkan ruang anda bersama keluarga. 

Langsir hanya RM260/tingkap*. Beli 1 Percuma 1
Wallpaper hanya RM499/roll*
Blinds hanya RM5.60/sqft*

Jangan lepaskan promosi hebat ini. Hubungi kami segera untuk membuat tempahan!

Sila klik link ini utk pertanyaan: http://kay.wasap.my/


#coolimpressions
#terlajakcantikterlajakmurah
#rumahkucool
#decodecorumah
#wardobecloset
#coolraya2017

Wednesday, April 26, 2017

Sudah la hensem, warak pula

Al salam alaykum

Malam JDT lawan Pahang FA, kami tak dapat tengok pun. Remote tv mak aku yg punya. Mak aku nak tengok Usop Mentor. Pastu selang seli dgn AME dan tgk keputusan bola sikit-sikit. 

Mak aku tego, "baju pesen apa Neelofa ni?"

Aku tengok sekilas je. Ok je baju dia. Takde la pelik sangat macam tahun-tahun lepas. Cuma, kenapa pakai sarung lengan/inner warna kulit? Itu pun timbul berita sensasi kpd sesiapa yg memandang sekilas. Sbb, sarung lengan tu nampak sangat nipis. 

Alangkah eloknya kalau Neelofa pakai t-shirt lengan panjang terus, atau sarung lengan yg warna sama dgn bajunya. Takde timbul fitnah. 

Teguran ni utk aku, dan juga sahabat-sahabat di luar sana. Elakkan pakai inner/sarung lengan warna kulit kita. Ataupun, kalau nak warna kulit juga, pkai yg longgar supaya nampak kita ada pakai sesuatu. Elakkan fitnah. Jangan sokmo "peduli apa org kata."

Tak tumbuh tidak melata, tak sungguh orang tak kata, kalau dah kata juga, itu fitnah namanya - ND Lala

 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, April 25, 2017

HTAA sekali lagi

Al salam alaykum

Lepas hantar Nisa balik asrama, mak aku mengadu sakit dada. Sakit sangat-sangat. Berdebar la kami. Dari Pekan nak ke Kuantan rasa jauh sangatt. Alhamdulillah ada klinik buka di Indera Sempurna. Buat ECG, doktor cakap jantung ok. Tapi kat kawasan perut mak aku sakit. Doktor syak gastrik ataupun usus pecah. Tak terbayang plak aku. Doktor tulis surat rujukan ke HTAA, dan bagi suntikan tahan sakit juga. 

Mak aku tanak pergi hospital. Nak balik rumah. Aku berkeras minta ayah aku pergi terus hospital. Wad Kecemasan HTAA, seperti biasa, ramai. Tambahan pula klinik kesihatan di UTC pun tutup sbb cuti umum. Saringan kecemasan, pendaftaran, ujian darah, x-ray semua cepat. Alhmdulillah. Dan juga mendapat giliran awal utk pemeriksaan awal. Kemudian, cek jantung pula. 

Tapi paling lama, menunggu keputusan ujian darah. Orang bersilih datang dan pergi. Ada yg menunggu dari jam 5.00 petang, belum dipanggil lagi masuk utk pemeriksaan. Datang dari Chini. Dia hairan sbb mak aku masuk dulu tadi. Mungkin jenis kes yg berbeza. Akhirnya, jam 9.00 malam dia dipanggil. 

Mak aku pula, dipanggil kali kedua, jam 10.20 malam. Tanggalkan branula, dan tak masuk wad. Alhamdulillah. Tapi, doktor syak batu karang. Lagi aku tak terbayang. Kena tengok seminggu ni demam ke tak lagi, kuning tak, gatal-gatal tak. Harap takde apa-apa. Aamiin. 

Alhamdulillah. Kali ni mak aku tak lari balik. Kalau dulu, mesti lari balik sbb penat tunggu. Kami sampai ke hospital jam 7.30 malam, dan dapat amik ubat jam 10.30 malam. 

 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Monday, April 24, 2017

Berkelah... selepas 7 tahun

Al salam alaykum

Hari Khamis Fidah wasap ajak naik Berkelah Ahad ni. Aku ok je. Lama tak jumpa Fidah pun ye juga bila balik Kuantan ni. Kena daftar dan bayar permit RM 10.00 kalau nak naik atas dari tingkat 2. 

 

 Kami berkumpul kat rumah Kak Jehan Explorace, sarapan pagi. Dan bergerak ke Berkelah, Maran dgn 2 buah kereta. 

 

Mula treking dari jam 10.00 pagi. Tujuan utk sampai ke Tingkat 7. Aku tak ingat dulu aku sampai tingkat berapa. 


 
Tingkat satu

 
Tingkat 2 tak silap


Nak lemang periuk kera?

Jam 12.00 tengahari matahari pacak atas kepala kami sampai ke tingkat 6. Sbb pergi dgn Fidah, maka mmg lengkaplah semua ada. Dapur, maggi, air kopi. Aku bawah roti sambal sardin dan mestin. 

 
Tingkat Empat

 
Sikit lagi nak sampai. 

 
Chef de mission memulakan tugas hakiki. Dia ni dari zaman sekolah sampai sekarang mmg minat bab pengurusan dapur ni. 

 
Dah kenyang, terjun tiruk la kejap. Ni tingkat 6.

 
Baru ada gambar beramai-ramai

Tapi, tak sempat nak naik ke Tingkat 7, hujan pula di tengahari. Lepas solat Zohor, kami bergegas turun. 

 
Nak balik dah sob sob sob

Cuaca baik kembali, kami berhenti kat Tingkat 5, masak maggi lagi. 

 
Puteri air. 

 
Selipar aku dah terkopak. Jumpa tali, ikatan buku sila la kita. 

 
Harap sempat sampai ke bawah. 

 
Terserempak dgn geng Infamous Outdoor dan geng Bagak, datang Berkelah kutip sampah. Alhamdulillah. Aku hanya mampu bawak turun sampah sendiri je. 

 
Subhanallah

 
Cik Fidah dgn beg doraemonnyaaa


 
Cabaran si lereng batuan. 

 

Fidah pun buat kerja amal juga, kutip sampah. 


Hasilnya lumayan juga. Berdiri: Shima, Nina, Hanis, Doktor Rosdi, Husna, Kak Jehan. Duduk: Fidah, Hilman. 

Nanti nak kena pergi lagi. Tak sampai lagi ke Tingkat 8 Air Terjun Berkelah. Hari ni tiada rezeki kami. InsyaAllah lenkali ada lagi. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Sunday, April 23, 2017

Jom buat puding raja

Al salam alaykum

Tiba-tiba, "Cari kacang gajus kaklong". Nak buat apa? "Pisang banyak tu, kita wat puding raja." 

Projek youtube mak aku la tu. Berguna jugak youtube ni kat mak aku. 

Tapi aku terlupa kacang gajus. Kacang tanah jadi la. 

Tapi kan, aku was was ni nak letak gambar. Kan aku ada cakap aku tanak letak gambar makanan dah. 

Sambung cerita.

Mula-mula, asingkan kuning telur dgn putih telur. Guna 5 biji telur je ni. Guna kuning telur je. Pastu kepuk telur sebati. Masukkan dalam acuan roti jala. Panaskan air dalam kuali/periuk dan masukkan secawan gula. Tunggu mendidih. 

Pastu, mulalah menjala dalam air gula mendidih tu. 

 

Buat sikit-sikit je. Pastu dh cantik kuning, angkat masuk dalam tapis. Ulang sampai habis. Kalau air dah kering, tambah lagi air dan gula. Tunggu mendidih ulang lagi. 

Nanti uraikanlah simpulan jala jemala tu bg nampak cantik. Namanya ialah Jala Mas. 

Siap satu. 

Panaskan minyak dalam kuali. Goreng sebiji-biji pisang lemak manis. Tapi kami guna pisang serendah. 

 

Goreng sehingga keemasan. Aku goreng sampi hitammmm. Hahaahaha. Siap. 

Kuah kastard, setengah tin susu cair, gula 2 sudu, esen vanilla, sedikit air dan tepung jagung. Panaskan dalam periuk sampai masak. Nak cair, tambah air sikit lagi. Ikut selera. 

Sbb takde buah prun, aku potong buah kurma. Buah ceri pun takde. Suka hati la. Puding raja, jadi puding putera. 

Susun pisang, pastu jala mas, pastu kurma, dan tabur kacang. Nikmati dgn kuah kastard. 

Alhamdulillah. 

Sebenarnya, aku tak tahu apa yg sedap puding raja ni. Sbb pisang ke, jala mas ke, atau kuah kastard. Member aku org Pekan ckp kuah kastard. Dia mmg asal Bandar Diraja, mmg sinonim la kan puding raja ni. Aku ni mmg ngap je semua menda. Apa beza jala mas telur ayam dgn telur itik pun tak reti nak cerita. 

Gambar hasilan, itu yg aku was was. Korang boleh google gambar puding raja ye!

Senang la jugak nak buat. Malas dgn rajin je. Kalau rajin, sedap, boleh la jual. Patut la mahal kan?

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Saturday, April 22, 2017

GrabHitch Balik Kampung

Al salam alaykum

Dapat penumpang GrabHitch, menuju ke Kuantan. Yeayyy! Tambang RM 57.00, diorg bertiga. Jadilah boleh tampung duit minyak. Dari TBS ke TSK. Tapi nak ke TBS tu jauh sgt, aku minta diorg datang ke Setiawangsa naik LRT. 

Budak-budak ni student asasi UIAM. Nak ke Kuantan, tersalah beli tiket. Sbb lecturer tak beritahu petang Jumaat kelas batal ke tidak. 

 

Tapi yg nak jadi ceritanya, abang dia tepon aku. Siap minta ID Grab. Dia kata, "Manalah tahu apa terjadi kat adik dia senang nak cari." Dah mana plak aku nak cari ID. IOS takde tunjuk ID. Sbb memahami kebimbangannya, aku printscreeen je gambor depan Grab aku yg ada no kereta. Yelah, adik aku pun sebaya budak-budak ni, jadi aku paham la. 

Pastu pulak abang dia hairan kenapa tambang RM 57.00, sedangkan kat Grab Rider, tambang RM 300.00. Printscreen plak GrabHitch nak tunjuk tambang. 

Kemudian, mak dia pulak tepon. Adik-adik ni buat pasal dgn famili ke. Susah benar nak dapat kepercayaan famili ni. Mak dia pesan, pastikan kawan diorg dah sampai TSK utk amik diorang. Aku iyakan aje. 

Perjalanan dari Setiawangsa ke TSK pada hari ini mengambil masa 4 jam lebih. Sejarah jugak la utk setahun dua ni. Samada jalan betul jem, atau aku yg bawak pelan. Mak aku tepon dua kali dok tanya kenapa aku tak sampai lagi. Dah biasanya mmg sampai 2 jam lebih, kali ni 4 jam lebih baru nak sampai. 

 

Adik-adik semua, semoga lulus cemerlang dalam kelas asasi dan dapat ke tahun pertama utk Ijazah Sarjana Muda korang. Seronok plak sembang dgn budak baru masuk U. 

GrabHitch dari Kuantan ke KL takde lagi. Sob sob sob. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, April 21, 2017

Tunggu Teduh Dulu

Al salam alaykum

Salah satu sebab juga kenapa aku tidak menerima tawaran kerja lagi satu, sbb aku tak sanggup nak memandu di dalam hujan lebat di Kuala Lumpur. Pada suatu hari, aku kembali dari satu temuduga di Bangi, hujan lebat mencurah petang tu. Nyaris nak sangkut dalam banjir. Pastu pulak fobia dgn petir. Cengeng jadinya!

Ia juga mungkin salah satu jawapan istikharah aku. Dalam aku berkira-kira nak menerima tawaran kerja lagi satu, macam-macam yg terjadi, yg mungkin adalah petunjuk.

Awalnya, hati aku berat utk menerima jawatan tetap. Aku bulatkan keputusan aku. Ulang alik dari Setiawangsa 44km pergi dan balik. Kalau tak tahan, usaha utk pindah. Dalam masa yg sama, aku mencari bilik sewa di kawasan sekitar. Tapi agak susah juga. Semuanya dalam jarak 25-30 km juga pergi dan balik.

Tetapi, paling tak diduga, karenah birokrasi Jabatan Sumber Manusia kampeni tu. Apa karenahnya, aku tanak panjangkan di sini. 

Akhirnya, bincang semula dgn mak ayah aku, dari Semenyih aku pergi ofis lama, nak jumpa ex-bos, borak-borak, pastu bincang lagi dengan mak ayah aku, hati pun tenang, aku terima jawatan kontrak. 

Ada lagi cerita selepas itu. Pun aku tak fikir nak panjangkan kisahnya di sini. 

Ada yg kata aku rugi, sbb menerima jawatan kontrak setahun berbanding jawatan tetap lagi satu. Tapi, aku bukan mengambil keputusan tanpa menimbang tara. Aku bermohon kepada Allah melalui solat hajat dan istikharah, aku tak berani mengatakan ia adalah petunjuk sebenar, tapi kita telah berusaha. Selebihnya kita tawakkal. Tiada istilah tersalah pilih, semuanya qada' dan qadar. Semuanya datang dari Dia. 

Alhamdulillah, setakat ni belum ada lagi terdetik rasa sesal kerana menerima tawaran ini. Sebulan lebih sudah di sini, tapi rasa macam dah lama. Tapi, sekejap juga masa berlalu. 

Setahun bukanlah lama, maka banyaklah yg aku terpaksa korbankan. Moga, selepas setahun, aku dapat sambung lagi di sini, ataupun ada rezeki lain yg menanti.



::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, April 20, 2017

Pengalaman Pemandu Uber di Kuantan

Al salam alaykum

Pendapatan Uber utk pemanduan 5 jam. 

Kereta: Proton Exora

Pemandu: Adik aku

 

Berbaloi ke tidak?

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Wednesday, April 19, 2017

Bila ma tepon tengah malam

Al salam alaykum

Ma tepon tengah malam, mmg selalunya membawa debaran. 

Cik Tipah, sedara pupu pupu (4 pupu rasanya) kami telah kembali ke negeri abadi. 

Innalillahi Wainna Ilaihi Rojiun. 

Last aku jumpa, tahun lepas. Cik Tipah dah lama sakit. Lama sangat. 

Semoga Allah memberikan keampunan dan rahmatNya kepada Almarhumah, dan memberikan sebaik-baik ganjaran. 

Al-Fatihah. 

Ma dan pa bertolak balik Dungun pagi esok mungkin sesudah subuh.

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


Tuesday, April 18, 2017

Walau hilang di mata

Al salam alaykum

Rutin harian menjenguk En. Gojes di tempat letak kereta. Mata melilau mencari yg tiada. Pagi kedua dah hari ni. En. Gojes ke kampung halaman, menemani Cik Pwincess Eein mencari bilik sewa di sana. Harap En. Gojes memberi kerjasama yg baik berbakti kpd Cik Pwincess. Cik Pwincess dah puji awak mesra kanak-kanak. Permulaan yg baik, alhamdulillah. Semoga selamat perjalanan mereka. Dan harap pak-mak sedara tak cam nombor plat anak sedara dia ni kat sana. Hahaha

Petang semalam nampak kereta ni dari dalam bas. Lokasi yg sama. Lama sungguh tak nampak. Pun tak terserempak di Giant ke, Maybank ke, Jusco AU2 ke. Seperti mimpi, perkenalan itu cuma seketika. Perkenalan di Surau sebelah sekolah. Diikuti dgn cerita Puding Raja Pahang. Dan melarat-larat. Tak tahan, aku putuskan. Lama kemudian, saja aku bertanya khabar, takde balasan. Sejak dari itu, aku dah tak pernah jejak dah surau tu. Semoga Auntie sehat-sehat adanya. 

 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Monday, April 17, 2017

Janji KFC tidak dicapati

Al salam alaykum

Alhamdulillah. Tertunai sudah hajat nak makan kepsi dgn Haida yg kami janjikan bulan 10 tahun lepas. 

Banyak lagi list tu sebenarnya. Semuanya angan-angan semasa bulan 10. Nanti dapat gaji kita p makan sini. Dapat gaji kita p makan situ. 

Melayan nafsu makan. Tapi, Salam Noodles kat Aeon Big Wangsa Maju dah takde. Tinggal ada kat Wangsa Walk je. Kat Wangsa Walk rega mahal skit. Takpe la, nanti pergi makan dgn Haida. 

Nanti kira sebulan sekali la jumpa Haida nak menunaikan janji makan kami yg macam-macam tu. Semoga ada rezeki kami. Aamiin. 

 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Sunday, April 16, 2017

Bila April Tiba...

Al salam alaykum

Sepatutnya April tahun ni ada reunion kat rumah Jang, tapi macam tak jadi je ni. 

Alang-alang Dayang datang, biar kami dulu yg singgah rumah Jang. Jang tinggal di Sepang, maka sehala la nak hantar Dayang ke KLIA. 


 


Terima kasih Jang. Kalau ada reunion lagi, aku jadi AJK, aku wajibkan semua orang datang. Hahaaha

 
Lama tak naik kapal terbang. Pertama kali jejak kaki ke KLIA. 

 

Tahun lepas aku plan nak ke Sabah sebelum nak naik Gunung Kerinchi. Tarikh yg sama Dayang datang KL. Lepas je berangan dgn Dayang, tak mampu nak beli tiket kapal terbang la plak. Jadinya, Dayang yg datang dgn cikgu-cikgu sekolah dia ke Kuala Lumpur. 

Maka, kalau ada rezeki, April tahun lain la pergi Sabah. InsyaAllah. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Saturday, April 15, 2017

Jambatan langit KLCC Edisi Ketiga

Al salam alaykum

Edisi kali ketiga, dgn bayaran RM 30.00 termasuk GST. 

Gambar tidak mengikut urutan. Ntah apa jadi dgn blogger ni. 

 

Aku beli awal. Waktu 10.15 pagi. 

 
Cuaca baik Alhamdulillah. Kelihatan bangunan pejabat aku skrg. 


 
Masjid Asyyakirin di kejauhan

 
Takde warna warni kehidupan



 
Dayang Kay Firuz

 
Mana rumah biru di Kampung Baru yg glamer masuk filem tu Kay? Dayang tanya. Nanti saya cari dalam blog saya, ada gambar hahaahahaha. 

 
Tingkat 86 pulak

 
Puas mencari Menara KL

 
Aku dan Dayang. Sahabat baik kami dari zaman USMKkj. Dari Sabah datang nak shopping di Jalan Tar. 

 
Encik penunjuk KLCC buat kelakar sekejap. 

 
Bestnya kalau ofis kat situ

 
Binaan yg mengagumkan sambil berbisik di dasar hati bertanyakan pada diri (sila nyanyi lagu Jeslina) "bila nak dapat pejabat kat sini ni?"

 

Dah jom turun. Alhamdulillah, Jalan Tar tak hujan. Dapatlah Dayang ber-shopping dengan jayanya. 

Edisi pertama: Tahun 2010 dgn dak Intan Masayu dan Kak Roza. Masa ni free lagi. Tapi aku pikir masa ni best sikit dari sekarang

Edisi kedua: Tahun 2014 bersama Kak Awin, Kak Kham dan Aisyah. Bayaran RM 25.00. Takde GST lagi. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::
 

Friday, April 14, 2017

Mimpi Ngeri

Al salam alaykum

Apa maksud hormat dalam kamus DBP?

 


Maksud hina pula:

 

Apabila ada org memperkotak-katikkan hidup kita, hina kita, apa yg kita rasa?


Takde masalah pun utk yg muda utk menghormati yg berusia, yg berusia menanam rasa hormat kpd yg muda. 

Ini bukan hukum karma. Ini hukum alam. 

Hidup ibarat putaran roda. Hari ni kita memperkotak katikkan orang, esok lusa, orang pula buat kat kita. Kalau tak kena kat kita, mungkin kita dan keluarga kita. Masa tu, tak penting org yg kita kenakan tu dapat saksikan ke tak, tapi yg penting pada masa itu, apa yg kita rasa? Mungkin kalau ada perasaan dan perasan. 

Salam pagi Jumaat. Ingat Allah banyak-banyak utk hapuskan mazmumah yg menggunung dalam diri. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, April 13, 2017

Rezeki jgn ditolak, musuh jangan dicari

Al salam alaykum

Buka posa makan mee megi
Tiba-tiba org ajak makan kepsi
Alhamdulillah utk kurniaan rezeki
Rezeki jgn ditolak musuh jgn dicari

Mukaddimah org nak belanja kepsi: Buka posa makan meggi ke? Maggi rendam ke masak? 

Tolong skit, aku tak makan maggi rendam. Mesti masak punya! Semalas-malas nak masak, maggi tetap aku masak atas dapur gas, potong cili, bawang, kobis, lobak, tumis minyak. 

Budak ofis belanja kepsi sempena dia dapat insentif Grab yg entah keberapa kalinya. Alhamdulillah. Ahad ni janji kepsi dgn Haida bakal ditepati juga InsyaAllah. 

Sebenarnya, selepas dapat gaji haritu, mak aku tanya, ayah aku tanya, adik-adik tanya, sahabat-sahabat pun bertanya, apa yg aku paling nak makan, tunaikanlah sbb dah dapat gaji. 

Tapi, aku kelu. Tak tahu nak kata nak makan apa. Sebab, semua tu berlalu macam tu saja. Mungkin sbb dah biasa, setiap petang beli nasi lemak singgit, mihun singgit, beli roti nak expired kat giant, masak nasi, masak sambal telur, asam pedas telur, sup telur, bihun goreng rencah telur. Bila dapat gaji, semangat berkobar nak beli barang dapur nak masak sedap-sedap tu takde. 

List barang panjang. Nak beli tepung, nak beli coklat, nak beli ayam, udang, sotong, tapi satu pun tak beli. Beli maggi ada la. Pastu telur sepapan 30 biji. Kalau petang-petang beli nasi lemak dan kadang mihun juga. Sebungkus utk makan malam, sebungkus lagi utk sarapan. Makan tengahari beli kat foodcourt, lauk sayur dan ikan cencaru, menu sama je saban hari. Kadang je cari nasi ayam kunyit RM 5.00. 

Dan, aku pun sejak dari 5 bulan lepas, berazam utk tidak akan memuatnaik sebarang gambar makanan, sbb aku telah faham apa rasa "ko terliur, tapi tak boleh nak beli, sbb nak berjimat."  Aku harap istiqamah la azam aku ni. Iltizam menuju jaya. Moto sekolah sapa ntah aku lupa. 

Dan sbb itu juga aku tak online FB biasa aku, aku tak buka IG aku. Tapi bosan gila FB luar biasa aku tu, takde gambo sahabat, semata nak baca maklumat dan ilmu je. Buat IG baru nak sekodeng org, tapi nasib baik kantoi dgn sahabat sendiri, aku tak buh gambo profile pun kat IG, cemana dia bleh link dgn tepon aku, kuor pic profile yg aku buh kat tepon bijak ni. Kantoi la. tak sempat la nak sekodeng org yg kenal nickname aku tu zaman USM tu. 

Aku bukan org yg baik, tapi Allah Yang Maha Baik menutup cela aku. 

 
Malam 16 Rejab. Jika kau rindu aku, bulan tu kat situ je. Kalu takde, tunggu dia mencelah di balik awan. Selagi bumi belum digoncang. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::