...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Tuesday, December 06, 2016

Doa

Al salam alaykum

Terkedu aku bila bos no 2 kampeni tanya aku, "Cemana ni nak jawab bank call nak kutip utang ni?"

Kami pekerja marhaen juga begitu.

Sakit kepala memikirkan. Simpanan sedikit yg ada semakin menyusut. Tak mampu utk bertahan selama tiga bulan.

Semakin ramai yg tidak hadir ke ofis.

Bos no 1 bertanyakan khabar aku melalui officemate aku. Aku ni datang ke ofis tak? Selagi beras tak habis, selagi mampu beli telur 30 biji, insyaAllah datang lagi ofis.

Bos dalam bilik aku plak, dia kata "saya tak kisah la datang keja takde gaji pun, saya dok rumah pun takde buat apa. Kalau terdesak, jual la aset yg ada" Dia berumur 60 tahun.

Sekarang ni, kami tak tau apa sebenarnya halatuju kampeni. Kesimpulan dari meeting haritu, takkan ada pembuangan pekerja. Kalau kami nak berhenti, tetap kena beri notis 3 bulan. Cuma, berikan masa, dan sabar.

Sesak dada.

Rasa sakit kamu, Sama dan serupa
Mungkin ada yang berbeza, Cuma menghadapinya
Cepat atau lambat, Apa nak dirisaukan
Maju seperti biasa, Kuatkan keimanan
Yakinlah kan ada, Sesuatu menantimu
Selepas kesabaran, Kau jalankan di dunia

Ya Rabbi Ya, Ya Rabbi Ya

Ya Rabbi Ya, Ku berserah


Semalam, aku ada dua interview. Minggu lepas, pun interview. Aku simpan harapan yg tinggi, semoga ada rezeki ku ini.


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

3 comments:

ewanthology said...

cecuba follow facebook bank islam... nampak mcm tengah staff tu.... diaorg ada buat open interview di IOI Mall putrajaya n beberapa tempat lagi saya x ingat... maybe boleh cuba.

ewanthology said...

"nampak mcm tengah cari staff tu"

Kay said...

Terima kasih :-)