...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Friday, December 16, 2016

Al-Fatihah

Al salam alaykum

Pagi-pagi lagi mendengar khabar berita, jiran sebelah rumah kami meninggal dunia malam tadi, dan dikebumikan di Endau, Johor.

Minggu lepas aku balik, kereta Uncle Raub takde. Mak aku cakap balik kampung berubat. Dan dah makin sihat. Alhamdulillah. Mak aku cakap adalah bezanya masa raya haji beberapa bulan lepas. Kali terakhir aku jumpa dan borak dgn arwah  raya haji lepas. Memang nampak sangat tak sihat. 

Maka, yatim piatu la anak-anaknya, Adilah, Adibah dan Afiqah. Arwah Ummi meninggal 10 tahun lepas. Semoga mereka tabah. 

Al-fatihah. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya dan menempatkan arwah di kalangan orang yg soleh. Aamiin. 

Kita pula, entah bagaimana, entah bila. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

No comments: