...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Friday, December 23, 2016

61

Al salam alaykum

Cerita 1

Ma kabo, paip air depan rumah pecah jam 3.00 pagi lebih kurang. Bercelubu air. Ayah aku terjaga dari tido. Mengintai-ngintai dulu, bila yakin selamat, baru keluar rumah. Kepala paip tu patah. Pelik.

Teringat kisah yg menjadi viral sekejap ada org kena samun sbb keluar rumah nak tutup paip air.

Risau sungguh.

Cerita 2

Ma aku bercerita dalam nada tenang. Masa tu ayah aku bayar minyak. Mu caya dop pa ada sakit buah pinggang tahap 3? Terkejut aku! Sayu mendengarnya. Ayah aku sehat selama ni, takde tanda ada sakit-sakit. Cuma, ayah aku akan tido bila dia rasa dia nak tido. Memang hal tido tu takleh nak tegah lepas dia pulih dari strok 13 tahun lepas.

Tapi ma aku kata, doktor nak cek lagi sekali. Doktor pun cam heran. Alhamdulillah, selepas ujian kali kedua, ternyata ayah aku sihat alhamdulillah, tiada penyakit buah pinggang tahap 3 tu. 


Hari ni, 23/12/2016, insurans kereta aku tamat, cukai jalan juga habis tempoh. 

Dan hari ini, hari ulangtahun kelahiran ayah aku yg ke 61.

Hanya doa mengiringi pertambahan umur ayahku, semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yg baik, umur panjang yg diberkati, dan kita dapat menunaikan haji bersama-sama dan tidak merasa duka dengan anaknya yg seorang ini.

Selamat hari lahir Pa!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

No comments: