...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Saturday, December 31, 2016

Saya Jual Sambal Tok Tok Juwies

***Ini adalah pos melekat. Utk entry terkini, sila skrol ke bawah, tapi meh baca dulu, kendian buat pesanan anda :-) ***

Al salam alaykum

Pertama kali makan sambal tok-tok ni di Jepun. Sedap sungguh makan dgn nasi, dgn mission wrap, dgn roti.

Terima kasih kat Fadd Gojes memperkenalkan sambal ini kepada kami!




Sambal ni memang pedas, tapi sedappppp!

Makan nasi pun bertambah.

Anda nak cuba?

Meh order dengan saya...


RM 10.00 sepeket (berat lebih kurang 150g), tidak termasuk kos pengeposan.
COD sekitar Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Sambal ni tahan 6 bulan selepas dibuka, tak perlu simpan dalam peti ais.

Hubungi saya, Kay 012-9592370

Antara testimonial yg diterima:




Maka, apa lagi, marilah order!

Terima kasih :-)


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

COOL IMPRESSIONS - Curtain - Wallpaper - Kitchen Cabinet - Blinds - Tint - Flooring - Carpet

***Ini adalah pos melekat. Utk entry terkini, sila skrol ke bawah, tapi meh baca dulu, nak masuk rumah baru kan? Nak rumah berwajah baru kan? ***

Al salam alaykum

Utk pembaca-pembaca blog saya yg nak masuk rumah baru, nak tukar rumah berwajah baru, nak sambut raya yg bakal menjelang tiba. Yg tak mahu pening kepala mencari banyak-banyak tempat utk keperluan rumah anda, Cool Impressions adalah penyelesaiannya. 

One stop centre utk keperluan rumah idaman anda!

Anda mencari LANGSIR? Kami boleh jahitkan.

Nak dinding berseri, meriah dan cantik? Kami ada lebih dari 700 pilihan WALLPAPER yg menarik. Waranti sehingga 5 - 7 tahun. Jimat!

Nak buat KABINET DAPUR? Kami berikan harga yg terbaik.

Tak mahu guna langsir, nak canggih lagi nak guna BLIND atau TINT? Kami juga boleh sediakan.

Nak tukar LANTAI? Marilah cari kami. KARPET pun ada. 

Pakej harga yg menarik, setanding dgn kualiti dan perkhidmatan yg terbaik. Penghantaran dan pemasangan percuma di sekitar Kuala Lumpur/Selangor (***T&C)









Boleh hubungi saya, KAY - 012-959 2370.

Sila lawati laman FB di https://www.facebook.com/WallpaperNo1/

dan juga https://www.kaodim.com/service-providers/cool-impressions

Terima kasih.


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, December 28, 2016

Hari ini hari gaji?

Al salam alaykum

Process Engineer: Kak, hari ni kita kena celebrate kak. 

Kay: Nak celebrate apa plak?

Process Engineer: Genap 3 bulan kerja takde gaji! Hahaha

Adoi!

Doakan kami ye. 



::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Tuesday, December 27, 2016

In Ha tua banyak cakap

Al salam alaykum

Love Rain Episod 17

Aku suka In Ha masa muda, dia pendiam, hanya menterjemah perasaan dalam lukisan, dalam lagu.

Bila dia tua, cakap banyak plak. Betul la Joon cakap, kalau masa muda semua boleh simpan sendiri, pendam sendiri, kenapa bila tua nak warwarkan kepada semua?

Petikan novel The Little Prince (https://en.wikipedia.org/wiki/The_Little_Prince)


Tinggalkan kenangan indah itu, sebagai kenangan yg indah.


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, December 23, 2016

61

Al salam alaykum

Cerita 1

Ma kabo, paip air depan rumah pecah jam 3.00 pagi lebih kurang. Bercelubu air. Ayah aku terjaga dari tido. Mengintai-ngintai dulu, bila yakin selamat, baru keluar rumah. Kepala paip tu patah. Pelik.

Teringat kisah yg menjadi viral sekejap ada org kena samun sbb keluar rumah nak tutup paip air.

Risau sungguh.

Cerita 2

Ma aku bercerita dalam nada tenang. Masa tu ayah aku bayar minyak. Mu caya dop pa ada sakit buah pinggang tahap 3? Terkejut aku! Sayu mendengarnya. Ayah aku sehat selama ni, takde tanda ada sakit-sakit. Cuma, ayah aku akan tido bila dia rasa dia nak tido. Memang hal tido tu takleh nak tegah lepas dia pulih dari strok 13 tahun lepas.

Tapi ma aku kata, doktor nak cek lagi sekali. Doktor pun cam heran. Alhamdulillah, selepas ujian kali kedua, ternyata ayah aku sihat alhamdulillah, tiada penyakit buah pinggang tahap 3 tu. 


Hari ni, 23/12/2016, insurans kereta aku tamat, cukai jalan juga habis tempoh. 

Dan hari ini, hari ulangtahun kelahiran ayah aku yg ke 61.

Hanya doa mengiringi pertambahan umur ayahku, semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yg baik, umur panjang yg diberkati, dan kita dapat menunaikan haji bersama-sama dan tidak merasa duka dengan anaknya yg seorang ini.

Selamat hari lahir Pa!

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Wednesday, December 21, 2016

Sabar dan Solat

Al salam alaykum

Image result for sabar dan solat


Minggu berganti minggu, bulan berganti bulan.


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Friday, December 16, 2016

Al-Fatihah

Al salam alaykum

Pagi-pagi lagi mendengar khabar berita, jiran sebelah rumah kami meninggal dunia malam tadi, dan dikebumikan di Endau, Johor.

Minggu lepas aku balik, kereta Uncle Raub takde. Mak aku cakap balik kampung berubat. Dan dah makin sihat. Alhamdulillah. Mak aku cakap adalah bezanya masa raya haji beberapa bulan lepas. Kali terakhir aku jumpa dan borak dgn arwah  raya haji lepas. Memang nampak sangat tak sihat. 

Maka, yatim piatu la anak-anaknya, Adilah, Adibah dan Afiqah. Arwah Ummi meninggal 10 tahun lepas. Semoga mereka tabah. 

Al-fatihah. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya dan menempatkan arwah di kalangan orang yg soleh. Aamiin. 

Kita pula, entah bagaimana, entah bila. 

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Thursday, December 15, 2016

Ko Nangil Syndrome hilang camtu je?

Al salam alaykum

Semalam dah habis kat KBS World. Aku tak puas hati, sbb Ko Nangil tak mati. Penyakit Ko Nangil Syndrome pengsan sakit kepala dia tu hilang camtu je. Geram je. Aku nak dia mati, sbb aku tak suka Hong Nari... hahahaha...

Image result for Shin Se-Hwui in sweet stranger and me
Awat ko tak mati? Kredit: http://dramatroll.net/post/152922711510


Bapak angkat Ko Nangil pun hilang camtu je.

Aku suka Kwon Dokshim, cantik dia ni rambut panjang. Punyalah dia suka gila kat Ko Nangil, sanggup buat macam-macam. Hehehe

Yeahhh! Dia study pasal Ko Nangil! Kredit: http://dramatroll.net/post/152922711510


Awal-awal cite ni best. Lepas je episod Ko Nangil cakap dia mmg cintakan Hong Nari, terus tak best. Cacamarba dah. Aku tengok sampai habis pun sbb Ko Nangil je la, dgn adik beradik angkat dia tu Kim Wanshik. Dingin je diorang berdua ni, tapi banyak bantu membantu dan tolong menolong utk lepaskan diri dari kemelut Da Da Finance.

Akhir-akhir baru tahu Greenland ni ada pakatan dgn Da Da Finance tentang urusan hal jual beli tanah mak Hong Nari. Tapi, penghabisan kemelut ni tak best sangat. 

Tengok cerita macam tengok cerita Oh My Venus dan Descendants of The Sun. Takde perasaan selepas beberapa episod. 



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Saturday, December 10, 2016

#FreeMarketKualaWoh - Liputan Media

Al salam alaykum

Aktiviti #FreeMarketKualaWoh mendapat liputan dari pihak Media Prima. Bersiaran di Berita TV9 jam 12.00 tengahari td, dan kemudian di Buletin Utama TV3. 

Tahniah utk penaung Friends of Kuala Woh, Raja Fernaliz Raja Harris utk kejayaan program ini. 

Harap aku ada kudrat lagi di masa akan datang utk menyertai program sebegini. 

 
Sedutan Berita TV9

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

Friday, December 09, 2016

Sabar

Al salam alaykum

3-4 bulan sekarang ni lagu-lagu yg berkumandang di radio Ikim.FM semuanya seakn memujuk hati kami yg lara. Antaranya tajuk Sabar dari Kumpulan Brothers. 

Ya, sabar mmg mudah utk diucapkan, tapi yg mengalaminya rasa sakit. Tapi ingatlah Allah ada. Allah sendiri berfirman dua kali, dalam surah Al-Insyirah ayat 5 & 6.

"Maka sesungguhnya setiap kesusahan itu ada kesenangan. Dan setiap kesusahan itu ada kesenangan."

Janji Allah itu pasti. Bersabarlah. 

Gagal interview yg dihadiri, mungkin rezeki masih lagi di kampeni ini, mungkin apa yg bos usahakan itu membuahkan hasil. 

Teruskan doa! Doa! Doa! Usaha! Usaha! Usaha!




Sabar - Brothers

Kita semua inginkan hanyalah yang terbaik
Namun bila yang terjadi sebaliknya
Bila yang telah kau usaha namun tidak akhirnya
Menjadi apa saja yang kau harapkan

Sabar sabar sabar sabar
Sabar sabar itulah yang terbaik
Sabar sabar sabar
Itulah yang terbaik
Bersabar

Nantikanlah masanya akan tiba
Nantikanlah masanya yang sempurna
Bila masanya bila akan tiba
Biar Tuhan saja yang menentunya

Sabar sabar sabar sabar

Jika kau terus berusaha mesti jua akhirnya
Menjadi yang apa saja yang kau harapkan

Sabar sabar sabar
Itulah yang terbaik
Bersabar

Nantikanlah masanya akan tiba
Nantikanlah masanya yang sempurna
Bila masanya bila akan tiba
Biar tuhan saja yang menentunya

Sabar sabar sabar sabar




Tuesday, December 06, 2016

Doa

Al salam alaykum

Terkedu aku bila bos no 2 kampeni tanya aku, "Cemana ni nak jawab bank call nak kutip utang ni?"

Kami pekerja marhaen juga begitu.

Sakit kepala memikirkan. Simpanan sedikit yg ada semakin menyusut. Tak mampu utk bertahan selama tiga bulan.

Semakin ramai yg tidak hadir ke ofis.

Bos no 1 bertanyakan khabar aku melalui officemate aku. Aku ni datang ke ofis tak? Selagi beras tak habis, selagi mampu beli telur 30 biji, insyaAllah datang lagi ofis.

Bos dalam bilik aku plak, dia kata "saya tak kisah la datang keja takde gaji pun, saya dok rumah pun takde buat apa. Kalau terdesak, jual la aset yg ada" Dia berumur 60 tahun.

Sekarang ni, kami tak tau apa sebenarnya halatuju kampeni. Kesimpulan dari meeting haritu, takkan ada pembuangan pekerja. Kalau kami nak berhenti, tetap kena beri notis 3 bulan. Cuma, berikan masa, dan sabar.

Sesak dada.

Rasa sakit kamu, Sama dan serupa
Mungkin ada yang berbeza, Cuma menghadapinya
Cepat atau lambat, Apa nak dirisaukan
Maju seperti biasa, Kuatkan keimanan
Yakinlah kan ada, Sesuatu menantimu
Selepas kesabaran, Kau jalankan di dunia

Ya Rabbi Ya, Ya Rabbi Ya

Ya Rabbi Ya, Ku berserah


Semalam, aku ada dua interview. Minggu lepas, pun interview. Aku simpan harapan yg tinggi, semoga ada rezeki ku ini.


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

Monday, December 05, 2016

BBC 2.0

Al salam alaykum

Aku tengok gambar ni pastu cakap "eh kulit aku macam dah ok skit".

Tetiba member sebelah ni potong, dia cakap dia dah set kamera dia kepada mode Beauty. Sila jangan perasan hahaha

Nak kata kulit aku kesat lagi la tu...

Sbb tu aku suka kamera telefon aku, mmg kompem tak tipu, takde pun set-set mode Beauty and the Beast ke apa ke... Huawei P9 Leica ni tipu je sob sob sob

 
Gorpro takde, monopod takde, tanganpod je la


::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::