...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Thursday, November 17, 2016

Sabar itu hikmahnya banyak - Part 2

Al salam alaykum

Ko beli tiket p mana?
Aku puasa kot tahun depan. (Tak rela, tapi kena relakan jugak buat masa sekarang)

Hari ni 17/11, masih menunggu dengan sabar janji-janji pihak pengurusan.

Masa ni la macam-macam rasa nak makan. Nak makan Kek Coklat Harissa kat Petronas Setiawangsa tu la, nak makan Dubuyo la, nak makan KFC la, nak makan ayam teriyaki la, nak makan Salam Noodles la, nak makan brownies la, nak makan Secret Recipe la, Mali Char Kuey Teow la, pendek kata nak makan jeeee....

Tekanan la katakan!

Biasanya, mampu je harung makan overnight oat utk sarapan pagi, lunch plak makan makaroni je, pastu dinner plak makan telur je. 


Ko tak cari keja lain?

Gila tak cari! Tapi nak dapat tu susah. Yg macam kompem nak dapat pun dah KIV plak.


Tak buat menda lain?

Aku jual sambal toktok tu. meh la beli, ada lg stock ni :-)
Aku juga dah daftar sebagai pemandu Riding Pink tapi belum mula lagi memandu, takde dapat request trip lagi dari kawasan aku.

Doakan kami, semoga kampeni tempat kami bernaung ini terus survive menghadapi cabaran dunia ekonomi ini. Doakan kami, semoga kami masih lg bergelar pekerja makan gaji.


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

No comments: