...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Monday, November 28, 2016

#FreeMarketKualaWoh

Al salam alaykum

Sekitar Freemarket Kuala Woh 3.0 pada 26/11/2016, di Hutan Lipur Kuala Woh, Tapah, Perak.

Tahniah kepada pihak penganjur Friends of Kuala Woh.

Tak banyak gambar sbb khemah penuh diserbu mereka.

Alhamdulillah, semoga usaha yg sedikit ini diberkati.


Lagu tema: Ya Rabbi Ya, Inteam & Viral

Penuh bonet dan bahagian penumpang belakang, mujur Aizah kecik orangnya, boleh selit hehehe


Jam 8.00 pagi, berkumpul di Tol Tapah, menghala utara

Yang berusaha, YM Raja Fernaliz Raja Harris


TV3 ada, masuk tv la kita, kih kih kih

setup gerai dan booth masing-masing

 
Tak siap lagi. Sumber foto: Whatsapp

Dah ramai datang usha barang keperluan yg mereka kehendaki

Dalam masa 15 minit nak kena siapkan gerai, makanya, perancangan awal dilupakan. Gantung je mana yg perlu, campak je mana yg ada.

9.15 pagi, mereka semua dah boleh datang utk mengambil barang idaman

Lepas tu aku tak tau dah ke mana telefon aku, sibuk melayan orang asal Kuala Woh dan juga penduduk-penduduk sekitar, dan pelajar-pelajar tahfiz.

Alhamdulillah, dalam masa 1/2 jam kebanyakan barangan yg kami bawa habis.

Antara yg kami bawa, alat keperluan sekolah yg baru, handbag dan kasut terpakai, pakaian terpakai, dan pinggan mangkuk.

Alat keperluan sekolah sudah tentulah kanak-kanak yg habiskan dahulu. Handbag dan kasut pula anak-anak dara. Pinggan mangkuk dan sewaktu dengannya, aku mmg tak pasti siapa yg ambil, tengok-tengok dah habis. Alhamdulillah. Pakaian yg cepat habis, t-shirt, kemeja, blouse dan skirt. Kemudian barulah baju kurung dan tudung mengambil tempat.

Aku tak sempat nak jenguk ke gerai lain, sbb melayan karenah dan keletah penduduk setempat. Tambahan pula, terpaksa menugaskan seorang menjaga barang-barang peribadi kami. Mereka dok usha luggage bag, ramai datang bertanya utk mengambil luggage bag tu. Kami tak sempat nak simpan semula dalam kereta. Hehehe... 

Bila dah tengok keadaan reda skit dan kurang pelanggan, aku tinggalkan gerai menjenguk gerai orang lain. Mereka juga serupa, dah relax-relax sbb kebanyakan barang dah habis. Ada juga freemarketeers bercerita mereka bawak segala barang mereka ke hujung padang, sbb masih ramai lagi yg malu-malu dan segan utk turut serta bersama penduduk yg lain.

Kak Lin, HR SBM dan Intan pun ada. Sempat tanya bila SBM nak bukak iklan jawatan kosong semula hehehe


Freemarketeers lain yg baru sampai, bersama pengusaha pondok tahfiz

OK, kedai kami dah tutup

Ambil je!

Kedai pun dah tutup, maka kami pun berjalan-jalan untuk menyertai aktiviti lain yg disediakan.


Tok Batin berpakaian tradisi Orang Asal



Kawan sekelas Kak Fern, awet muda sungguh mereka itu

Beratur utk aiskrim, 800 scoop utk hari itu

Zumba bersama orang asal. Hai Kak Fern!

Layan

Tarian sewang


video

Jurugambar TV3 sedang bertugas

Gunting rambut percuma tajaan Lahmak Pomade

Ada juga pemeriksaan mata dan kesihatan percuma utk penduduk setempat oleh MyHarapan dan DHL, pembahagian barangan asas makanan, dan juga demonstrasi menyumpit.

Sis cuba, kena pokok je hhaha


Juara tahunan

Makan tengahari, lauk sedap, alhamdulillah

Kegembiraan di wajah mereka, foto oleh Puan Pi Bani (https://m.facebook.com/pi.bani?__tn__=R)



Pemberita sedang menghafal skrip, 5-6 kali jugak tak jadi hehehe


Keluarga besar Friends of Kuala Woh

Kemudian, kami dibawa melawat ke perkampungan orang asal. Pada pemerhatian aku, kampung mereka juga dah moden.

Rumah asal

Ada tangki bekalan air bersih

Rumah pun dah beratap zink

Permai


Dan kemudian, kami nak ke sungai utk berendam. Tapi hasrah tidak kesampaian. Usai solat zohor, hujan lebat mencurah-curah. Kami nak tunggu hujan teduh, tapi nampak gayanya takda tanda-tanda nak serik, maka kami pulang menuju ke Kuala Lumpur.

Terima kasih Kak Roza sbb terbuka hati utk menyertai sebagai freemarketeer, walaupun di saat akhir terpaksa menarik diri, penyumbang tenaga, Aizah dan Husna dan penyumbang-penyumbang barangan utk Freemarket ini. Seribu tahniah utk pihak penganjur, YM Raja Fernaliz dan keluarganya. Semoga ada lagi Vol 4.0 pula.



:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

No comments: