...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Tuesday, November 15, 2016

Cukuplah kematian sebagai peringatan

Al salam alaykum

Jiran kami, Pak Andak meninggal dunia pagi tadi, setelah lama sakit.

Aku balik awal bulan hari tu, hantar laksa ke rumahnya, Pak Andak senyap tak menego. Pelik. Biasa mmg dia akan tego sebelum aku sempat tanya khabar dia. Tapi aku pun tak bertanya khabar, sbb aku nak cepat ada appointment servis kereta. Mak Andak je la yg ada borak sekejap. Pun aku tak tanya kenapa Pak Andak senyap.

Balik tu aku tanya mak aku, Pak Andak senyap je. Mak aku cakap, laksa tu nak buat majlis baca yasin la malam nanti. Terkedu. Malam tu pun, aku tak tego Pak Andak. Dia diam je. Aku plak mmg dah sayu. Hati tisu. Sebab kami tahu kisah keluarganya, jadi mmg sayu dan tisu la.

Dalam melihat lepas sorang-sorang warga emas di kawasan kejiranan kami pergi, aku jadi lebih sayu. Mak ayah pun dah pun meniti usia warga emas. Tambah lagi dgn penyakit-penyakit yg ada. Aku selalu berdoa, jika Allah nak jemput kedua ibubapaku kembali kepadaNya, biarlah bukan sebab kemalangan, bukan saat aku tiada di samping mereka, bukan terlantar di hospital sbb penyakit-penyakit berangkai. Jemputlah mereka dengan mudah, dan kami pun dapat melepaskan mereka dgn redha dan tenteram.

"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai; lalu masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam surga-Ku" (QS al-Fajr [89]: 27-30).

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

No comments: