...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Monday, November 21, 2016

Bukit Batu Chondong, Kemensah

Al salam alaykum

Setelah sekian lama viral, akhirnya jejak jugak aku dan Athirah ke Bukit Batu Chondong, Kemensah. Bukit ni tak tinggi sangat, dalam 280m, ambil masa setengah jam utk aku yg pancit ni. Utk yg tak pancit, mungkin berdesup peginya kot.

Sememangnya, mudah je BBC ni, insyaAllah. Tapi jagalah keselamatan diri masing-masing bila berada di puncak.

Tapi, nak panjat batu tu, ambil masa la jugak nak beratur. Ramai! Kena sabar.

Aku banyak google nak mencari tempat mula mendaki ni, ada yg kata waze je Bukit Batu Chondong ataupun ATV Kemensah, tapi membawa kami ke jalan yg salah.

Selepas bertanya dengan penduduk setempat, alhamdulillah sampai juga ke tempat dituju.

Korang boleh waze/google map ATV Adventure Park, Kuala Lumpur. Agak jauh jugaklah dari parking kat Zoo Negara tu. Memula mmg akan jumpa ATV Kemensah dulu, kemudian lalu kolam pancing dan atas lagi jumpa kawasan sungai, Maahad Tahfiz, chalet-chalet peranginan, sampai la jumpa ATV Adventure Park ataupun kereta yg banyak parking di tepi jalan.

Kalau jumpa kereta banyak parking ni, insyaAllah betul la...

Jumpa ni betul dah, cari parking dulu

Akan ada abang bermotor yg menjaga parking. Semalam kami masuk parking kat kawasan lapang, kena caj RM 3.00. Kalau tepi jalan tu kena bayar RM 1.00

Update 04/12/2016: Kalau tepi jalan kena bayar RM 1.00 seorang, bukan RM 1.00/kereta. Aku tanya jugak kenapa macam tu bayarnya, abang tu cakap dia nak beli tali ke apa ke... so OK la tu kot.

 
Parking RM 3.00

Dari parking tu plak, kena turun balik jalan bukit skit, abang parking akan tunjukkan jalan. Petunjuk, sepohon pokok manggis. Kenal tak pokok manggis? Aku pun tak kenal, kih kih kih


Rentis perjalanan bermula di sini. Kiri tu pokok manggis.



Mulalah mendaki, pancit aku ni yg dah membadak dgn jayanya.


dari sini kita dah nak masuk hutan pokok buluh.


Semalam agak lecah dan lecak. Licin skit. Menyesal mintak Athirah tinggalkan tongkat sakti dalam kereta. hehehehe... Sakit lutut jatuh bergolek.

Inilah satu-satunya papan tanda ke BBC.


Rehat jap

Tinggalkan tapak, bukan sampah

Sekejap je jumpa dah laluan bertali

Update 04/12/2016: Tali kat sini dah putus. Hati-hati memanjat ye. Aku dah buat aduan kat abang kutip duit parking tu, dia cakap nanti dia ganti. Harap kali ketiga aku pergi nanti dah ada tali semula  la kat sini.

Ramai di puncak sana


Beratur utk naik ke puncak, yg ini mmg kena hati-hati skit. Panjat pokok dan batu guna tali.

Dah selamat dah berpaut di dahan cinta.




Ramai sangat di pondok beirut. Maka kami ke puncak kedua kot. Pun takde tanda org nak bergerak. Masih lagi bergambar-gambar dengan gembiranya.



Kita ke puncak yg ketiga la plak. Macam situ cantik je nak bergambar.


Saujana mata memandang


Gaya nombor satu!

Mana satu Bukit Tabur?

Aku nak turun batu hujung tu, tak dapat kebenaran :-)

Keselamatan wajib diutamakan


Kami kembali ke puncak yg kedua, nak bergambar dgn papan tanda, tapi ini je yg ada. Yg besi punya dah ilang katanya.

Dan kami ke puncak batu lagi satu, selepas yg ketiga tadi, katanya pemandangan lagi cantik. Ikut je tali warna ungu.

Naik turun skit

Sama je, tapi jelas la lagi pemandangannya

Dah gayat ke? Ni kat puncak BBC yg keempat.

Kami kembali ke beirut, duduk sekejap, mengudap bekalan.

Beratur plak nak turun

Terima kasih adik pinjamkan peha itu utk kami turun dgn jayanya



Kami singgah kat gerai makcik ni, nama takde, tapi roti canai dan nasi lemak memang sedappp! Alhamdulillah. Memang nampak cam tak bermakna je kan p panjat bukit bakar kalori tak seberapa, pastu masuk lagi banyak? Takpe la, yg penting, saya gembira semalam utk mengharung hari-hari yg mendatang.

Jom kita tengok gambar hasil Gopro Athirah.

Gayat tak?

Menikmati indahnya alam, melupakan sebentar masalah diri


Kaki sampai situ je hehehe

Jangan pandang bawah

Di beirut

Aku mmg berangan nak bergambar macam diorang ni, tapi keselamatan wajiblah diutamakan.




::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::