...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Tuesday, October 04, 2016

Trip ke 2 & 3 Uber saya

Al salam alaykum

Saya menerima pesanan ringkas dari pihak Uber bahawa Uber Partner saya akan digantung jika saya tidak memandu dalam tempoh 2 minggu dari pesanan yg dihantar.

Dan, Kak Roza meminta saya menghantar mereka ke KLIA2 dgn mengenakan tambang Uber. Pucuk dicita, ulam mendatang.


Tambang ke KLIA2 adalah tambang tetap.


Lama tak naik kapal terbang!

Kemudian, saya mencuba utk mengambil penumpang di Balai Ketibaan KLIA2, tetapi, rupanya dari tempat letak kereta ke Balai Ketibaan, saya mesti melalui lebuhraya dan membuat pusingan-U. Maka, malas di situ, saya terus pulang.

Sampai di Setiawangsa, saya mengambil penumpang dan menghantarnya ke Wangsa Maju. Di samping itu, saya juga berbual-bual dengannya. Hasil perbualan, saya terfikir betapa bersalahnya saya membawa penumpang tanpa insurans yang sepatutnya, tanpa lesen yg sepatutnya. Begitu juga, perasaan simpati kepada pemandu-pemandu teksi yg pendapatan utamanya hanyalah itu.

Tetapi, mengenangkan pengalaman saya berhadapan dgn pemandu teksi yg kerek, perasaan bersalah itu menipis sedikit. Tetapi, tetap tidak dapat menghilangkan perasaan bersalah 100%.

Kerajaan Sabah telah mengharamkan Uber dan GrabCar kerana beroperasi tanpa lesen dan insurans yang sepatutnya. Maka, saya berharap pihak kerajaan Malaysia dapat menyatakan pendiriannya secepat yg mungkin.




Sebenarnya perkhidmatan Uber dan GrabCar mengundang bahaya jika di KLIA/KLIA2, sbb memang terang-terangan menyalahi undang-undang. Sedangkan teksi biasa pun tidak dibenarkan mengambil penumpang di sana, inikan pula "teksi sapu" seperti saya.

Maka, mungkin saya akan memandu Uber hanya di kawasan terdekat sahaja, ataupun atas permintaan sahabat-sahabat sahaja.

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

2 comments:

whooz said...

wah dah ade pengalaman. bagus kay :) good luck

tiga lalat said...

no worries la cik kay., klia/klia2 tu line clear., nak bwk teksi sapu hati kene kental yee., hehe2