...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Sunday, October 23, 2016

Shift Lock Release

Al salam alaykum

Baca manual kereta dari kulit ke kulit, tak jumpa juga cemana nak tukar gear dari P ke N ketika enjin dimatikan.

Dan, mulalah menggoogle, kenapa kereta aku takde butang utk Shift Lock Release macam Axia. Kereta housemate aku senang je, masalah sama je mcm kereta aku, tapi mudah je penyelesaiannya.

Rupanya, ramai lagi yg bermasalah sama juga dgn aku apabila tempat letak kereta penuh, dan terpaksa membuat double park. Masalah aku, aku tak boleh double park kerana jika aku letak N, kunci kereta tak boleh ditarik keluar. Jika dah letak P, kunci ditarik, tak boleh ubah pergi ke N.

Sadis apabila takde tempat parking, dan membuatkan aku menjadi Sinderela mesti pulang ke rumah sebelum jam 6.00 petang, ataupun pulang pagi esoknya sekitar jam 9.00-10.00 pagi, barulah dapat parking samada di kawasan rumah ataupun di tepi jalan berdekatan.



Maka, penyelesaiannya baru jumpa, aku kena cungkil petak kecik tu, pastu masukkan kunci aku, barulah boleh parking pada N. Shift lock release pada model kereta aku ni dibuat atas sebab keselamatan, apabila berlaku kecemasan barulah ia boleh digunakan, sbb tu la takde butang tersembul. 

Selama ni kalau cerita pasal masalah ni kat member2 aku yg kerja kilang kereta, yg jual kereta diorg tak timbulkan pun hal ni, sbb diorg kata, tu utk safety je, bukan utk salah guna. Hahaha

Ye, akan kugunakan di saat betul kecemasan, dan gunakan skrg pun macam tak boleh jugak, sbb jam 8.00 malam, double park pun penuh juga. Mungkin juga, aku dah selesa macam ni. Yelah, dah imun tak keluar memana lewat-lewat, duduk rumah je skrg ni.

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

3 comments:

whooz said...

Thank you Kay! Aku selalu hadapi masalah ni time pinjam kete Bai. Nak g ambil anak kat flat tu memang kena double park. Tapi malas nak cari penyelesaian sebab bukan selalu guna kete dia :D

Kay said...

Ni pun cari penyelesaian sbb dh bosan nak kena mencari parking pusing block 3-4 kali, so kalau dh tau ni ok la tak risau sgt dah la

Dr Singa said...

oh..
pengetahuan baru hari ini