...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Monday, October 10, 2016

Perth - Kitakan Pengembara : 27/08/2016 - Crawley Edge Boatshed,Cottesloe Beach, & Fremantle

Al salam alaykum

Hari ni cuaca mendung dan hujan renyai-renyai. Syukur kereta masih lg dengan kami. Rancangan hari ni berjalan di sekitar Fremantle & Perth CBD je. Dan, kami tak bawak bekalan makanan, hari ni kita makan kat luar je. Yeay

Crawley Edge Boatshed (Blue Boat House)

Destinasi pertama, Blue Boat House. Kami meletak kereta di seberang jalan berhadapan The Universiti of Western Australia (UWA). Hujan renyai-renyai plak masa ni, tunggu teduh dulu, bila nampak reda skit, kami redah. Kami berjalan kaki kira-kira 10 minit menuju ke Blue Boat House.



Dari kejauhan


Semakin mendekat


Bacalah sejarah tentang dia.


Mencari rezeki pagi


Bina rumah kat dalam sungai, terus jadi tarikan utama. Tapi serius cantik. Kalau google, gambar semasa senja sangat cantik. Tapi apakan daya, tak boleh tamak haloba.


Bawalah daku bersamamu


Foto berkumpulan


Indah di pagi hari


Pose wajib

Hujan turun semula. Berlari ke tempat letak kereta. Mana la nak pergi hujan-hujan ni?

Cottesloe Beach

Dari Blue Boat House, kami menuju ke Cottlesloe Beach. Katanya indah juga pemandangan di sini. Dari UWA melalui Stirling Hwy mengambil masa kira-kira 15 minit berkereta.

Claremont WA


Tapi, angin sangat kuat. Boleh melayang kami ni. Maka, sekejap je la kat sini.

Tengok apa tu?


 tak jumpa camar di sini



Pantai ni terkenal dgn kemunculan jerung. Tapi kami tak nampak plak. Tapi mmg layan la angin kencang dgn ombak kuat.  

Fremantle

Saat yg ditunggu-tunggu, nak ke Fremantle. Nak makan ikan dan kentang yg diwarwarkan sedap tu. Yeay! Sekali lagi, melalui Stirling Hwy, perjalanan mengambil masa selama 40 minit, lebih kurang 20km dari pantai tadi.

dah dekat dah

makin mendekat

Ada kerja kosong tak?

Kami parking di sini, AUD 5.00 utk 2 jam


Tak sabatr wehh

Jom masuk

Mau yg ini ke?

Pilih menu

Sampingan


 Sebab lapar, kami amik set 2 keping, utk dikongsi berdua.

Tunggu panggilan.

Mesti sedap ni

Marilah makan


Tapi, sedih sbb takde sos cili. Lupa bawak. Sos tomato pun kena beli. Bagi aku, biasa-biasa je la fish & chip ni. Mungkin sbb amik yg murah sgt kot. Jenuh nak habiskan, kalau lain kali, kena amik set lain plak, kot betul sedap bagai dikatakan.



Ok, dah merasa, alhamdulillah


Bandar pelabuhan


Hai Sang Camar itu

Hajat di hati nak ronda-ronda pekan Fremantle, tapi tetiba hujan pula di tengahari, menambah redup dan mendung di hati. Sob sob sob.

p/s: sebahagian gambar adalah sumbangan sahabat-sahabat pengembaraan

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

2 comments:

Dr Singa said...

Boleh ke jalan sampai ke hujung sana boatshed tu?

Kay said...

Boleh, kami amik gambo kat pintu tu... tapi pintu tu berkunci