...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Monday, October 03, 2016

Perth - Kitakan Pengembara : 26/08/2016 - Caversham Wildlife Park

Al salam alaykum

Pagi ni, tiada lagi perjalanan yg jauh, tata Albany, hik hik hik. Dah banyak kali sebut ni ntah la sampai ke tidak suatu hari nanti. Bila nak drafkan entry di Perth ni, makin banyak plak tempat yg best telah dijumpai yg jarang orang Malaysia teroka.


Pagi yg indah utk ke sekolah

Jadual kami pada hari ini di sekitar Swan Valley sahaja dan Perth CBD, santai-santai kaedahnya. 

Aku nak jumpa koala, Fida nak jumpa wombat... apa tu?


Caversham Wildlife Park terletak di Whiteman Park, setengah jam berkereta dari Elward Way, Balga. Taman Hidupan Liar ni begitu dekat di hati rakyat Malaysia mungkin, sbb ramai sgt kami jumpa rakyat Malaysia. Macam pergi Zoo Negara la rasanya.


Tak kesabaran ni

Sila jangan tinggalkan beg dan barangan persendirian di dalam kereta, sbb banyak kes pecah kereta terjadi di sini. Bahaya utk kita, dan juga poket kita.

Stadi peta dulu


Beramah mesra dgn org Malaysia

Gambar lagi :D


Bayar tiket masuk dulu, AUD 27.00

Caversham Wildlife Park dibuka dari jam 9.00 am - 5.30 pm. Bila dah bayar tu, amik jadual pertunjukan, supaya kita dapat plan masa kita seadanya. Kat sini, lepak setengah hari pun dah ok, kalau kita patuh kpd semua jadual pertunjukan.


Nak ke mana dulu?

Jom bagi makan kanggaru!

Apa beza Kangaroo & Wallaby?

Amik pallet makanan di dalam tong itu, jangan banyak sgt, membazir kang


Kecewa, sbb kanggaru kat sini sentiasa kekenyangan, malas sungguh diorg ni

Yeay! dapat gmbo kanggaru berdiri


Kakak yg disayangi flora dan fauna


Kitorang pun dah malas sbb kanggaru ni dh malas, duduk lg best aahaha

Yg putih tu ke Wallaby? Aku panggil kanggaru albino je :D


Dah macam makan rumput ni




Bosan la tengok kanggaru kekenyangan terus jadi malas tu. Hahaha, kita tgk show kat Molly's Farm ni plak.


Siapa Molly? Ntah, tak kenal, keh keh keh

Tengok bebiri dlm kandang, teringat Upin-Ipin

Bagaimana mencukur bulu biri-biri?

Hasil

Bagi susu, yg baju merah tu rakyat Malaysia



Ini mmg mengundang duka di hati, terima kasih utk pengorbanan awak!


Jom perah susu si Minty plak.


Perah banyak skit

Tak semena-mena, si Minty qadha hajat besar

Diikuti hajat kecil

Eh, show wombat jam berapa?

Kami ada masa 15 minit lg sebelum jumpa wombat. Maka, jom melawat kengkawan yg lain.

Llama yg sombong, aku teruja tau jumpa ko, sbb kenal dalam buku Alam dan Manusia

Tanak pandang langsung!

Unta dan anaknya, aku lupa jenis unta ni

Sudahlah, tanak kawan dgn kami sudah.


Jom jumpa wombat dan kengkawan lain plak!


Panjang rupanya nak beratur jumpa Wombat ni. Hahaha...

Ahirnya, dgn wombat cute Fida

Wombat sudah, kita jumpa kengkawan yg lain plak. 

Ular sawa dulu

Aku dgn Ecah je yg nak pegang


Possum yg comel



Burung kakak tua, hinggap di jendela, kami sudah dewasa, berjalan kenal dunia

Burung hantu, tak tido ye siang-siang ni?


Cicak pun boleh

Last sekali, Bettong


Nak jumpa Koala plak. Di mana kau?

Kat sini lagi penat nak beratur, panjang sungguh! Kemudian plak, Koala dh penat, meragam dia. Kesian dia nak layan kami yg tak pernah jumpa ni.

Gambo dgn Fida je Koala tengok kamera

Dia menyorok, ini je la rezeki kami

Kami berkejar utk pertunjukan penguin plak.

Tapi kecewanya...

seciput saja, takde nampak terkedek-kedek Sang Penguin itu


Peace!


Semua pertunjukan dalam jadual kami dah penuhi. Maka jom kita ke tempat lain pula.

p/s: sebahagian gambar adalah sumbangan sahabat-sahabat pengembaraan

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

2 comments:

Dr Singa said...

ada bau bauan tak zoo tu?

Kay said...

macam takde bau pun... hahaha... kecuali kat kandang biri-biri tu, bau biri-biri la... kanggaru tk bau pun...