...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Wednesday, October 05, 2016

Perth - Kitakan Pengembara : 26/08/2016 - Swan Valley, Amna Home & Mirrabooka

Al salam alaykum

Alhamdulillah, sampai ke petang cuaca cantik, walaupun ramalan cuaca mengatakan hujan. Cuma, langit biru tidak kelihatan, dilitupi awanan memutih.

Selepas Caversham Wildlife Park, kami meneroka tarikan yg terdapat di Swan Valley. Tapi tak jumpa Swan pun ni, acaner ni?


Yahava KoffeeWorks

Kira-kira 10 minit dari Caversham, kami sampai ke Yahava KoffeeWorks. Dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang.

Sesuai utk peminat kopi.


Segalanya tentang kopi!

Sebelum masuk, jumpa tempat cantik dulu

Kat sini, kami terserempak dgn Kak Azlin, founder utk group Tips Cuti-Cuti Perth di FB. Beliau memberikan tips utk kami kat sini, sebelum decide nak beli kopi apa. Menurutnya, kopi di sini adalah yg terbaik. Beliau juga bertanya nk pergi tgk tulip tak? Kami kenselkan nak tengok tulip tu sbb baca kat FB baru 30% blooming, beliau pun sendiri tak menyarankan ke sana.

Lupa nak bergambar dgn Kak Azlin, terima kasih Kak Azlin, panjang umur jumpa lagi.


Aku nak tengok cara pembuatan kopi, tapi macam takde nampak pun. Ada pun, jualan kopi dan rasa kopi percuma.

 
Antara perisa yg boleh dipilih.

Aku tak habis pun, tak sedap sob sob sob

Muka kena paksa minum kopi

Muka peminat tegar kopi

Bilas tekak dgn biji kopi salut coklat

Antara yang dijual


kami telah mengalami adventure itu, anda bila lagi?


Kami keluar tanpa membeli apa-apa kopi. Teringat kopi Dare plak. Hhehehe


 The Margaret River Chocolate Company & Providore

 Dalam 300 meter je dr tempat kopi tadi, kita pergi makan coklat pulak.

Yeayy! Syurga utk kita semua. Ini kalau letak aku berjam-jam sini pun takde hal. Hehehe


Group photo adalah wajib

Masuk je terus waaaaahhhh! Bestnya bestnya!

Ambil laa secukupnya sahaja, percuma.

Tapi kami ulang banyak kali juga, sbb dia tak cakap dilarang ulang banyak kali kan? Hehehe

Tengok-tengok kot berkenan nak beli

Cair air liur

Pilihan kami!

Dan lagi sedap meleleh


Kalau nak membeli, hati-hati, baca dulu setiap label yg diberi, kerana ada yg mengandungi alkohol. Kalau tersalah beli jugak, bukan salah sesiapa, salah nafsu sendiri la tu.

Jelajah Australia? 

Main golf jom


 Kami pun tak lama jugak kat sini, kalau lama kang, habis coklat dlm mangkuk tu lama kang! Selain tu, korang boleh juga lepak-lepak minum coklat panas kat sini. Tapi kami takde masa sangat utk itu. Bungkus je coklat idaman bawak balik. 


Org makan coklat, Fida tetap aiskrim.

Windarra Honey

Kami singgah ke Windarra Honey, yg hanya jaraknya 100m jalan kaki, tapi naik kereta 5 minit la jugak.



Kami sampai, masih tiada orang. Kemudian, terus penuh. Kata org tua, pembawa rezeki ye?


Nak buat apa kat sini? Free tasting yaww



Pemiliknya sangat ramah, penuh sabar melayan kami. Banyak soalan ke tanya? 

Madu yg dijual pelabgai jenis, paling murah madu asli. Tapi sungguh, rasanya sedap.


Orang demam beli madu, terus makan, terus kebah demam, alhamdulillah



Sesi menguji madu

Lebah pertunjukan :-D

Panas tak?


 
Antara madu yg dijual

Proses jual beli sedang berlangsung

Selepas itu, berderu-deru kenderaan masuk ke sini, kami pun minta diri dulu, melayan diri dan pemandangan yg cantik di luar.


Yak ke tu?


Lancaster Vineyard 

Dari Windarra Honey, kami menuju ke Lancaster Vineyard. Tak jauh pun, dalam 1km je.

Nak tengok cara pemprosesan wain ke? Eh tak la, kami nak merasa keju, nak tengok pokok anggur.

Tapi belum musim lagi


Kita rasa keju la

Tapi aku tak ikut nak merasa keju, aku nampak tempat cantik nak lepak. Hehehe... Kalau la ada bekalan makanan, sedap je makan kat sini.

Ini baru betul nampak cam winter sonata, walaupun takde salji


Mereka layan keju

Aku tumpang bergambar je


Sedap kejunya kak?

Berarak mendung kelabu, boleh nyanyi lagu OST The Vineyard Man

Lepak sebentar


Kami kena bergegas ke Amna Home, untuk daftar masuk ke rumah baru pula. Sob sob sob, terpaksa meninggalkan Elward Bay yg best itu.

Itulah sepatutnya, awal-awal takleh rasa senang dulu, nanti kang tak sanggup nak bersusah payah kendiannya.

Jalan masuk ke Lancaster Vineyard, aku takde gambar kosong kat sini, sayang sungguh


Salju di penghujung musim


Amna Home, Mounts Bay Rd

Kami ke Mounts Bay Village, di mana terletaknya Amna Homes. Perjalanan mengambil masa 30 minit je, tapi kami sesat barat la jugak. 



Selesai urusan pembayaran dan daftar masuk, kami solat dan makan-makan dulu. 


Dan, kami mahu ke Crawley Edge Boatshed. Sesat mencari tempat parking, dan jalan pun mulai sesak, ramai dah balik dari pejabat, kami plak salah masuk jalan, kami melencong ke arah lain.

Big W, Mirrabooka

Agenda seterusnya, menuju ke Big W, Mirrabooka. Sementara kereta ada dengan kami ni kan, marilah kita gunakan sepuas-puasnya. Hari pun dah malam, hujan plak tu, jadinya memang tak ke mana dah la selain dari menjejak pasaraya.

Buat apa kat sini?

Shopping Corelle laaa

Mudah terhibur. 

Malam masih muda, hujan plak, lepak la dulu menabur duit AUD di sini.

Habis dh ke duit?

Bukan Kay yg punya

Dan kemudian, kami singgah di Elward Way, Balga utk mengambil barang-barang kami, dan menyelesaikan segala pembayaran. 


Goreng dulu seround, nanti tak jumpa dah


Aiskrim Bulla tak habis lg ni, cemana ni?


Dah, balik skrg ke Amna Homes!

p/s: sebahagian gambar adalah sumbangan sahabat-sahabat pengembaraan

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::