...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Saturday, October 01, 2016

Perth - Kitakan Pengembara : 25/08/2016 - Canal Rocks

Al salam alaykum

Masih lagi di Smith Beach, menuju ke Canal Rocks.


Dalam perjalanan ke Canal Rocks tu, rezeki lagi sekali, dapat tengok kanggaru liar di tepi jalan. 



Muka dia macam mintak diambil gambo! Kih kih kih

Cakk!! Main cak cak plak dia

Dah jom kita teruskan perjalanan

Canal Rocks

Dalam tiga kilometer je dari Smith Beach tu, jumpa la Canal Rocks. Salah masuk simpang je tadi. 




Tapi dalam hati pelik jugak ni, aku tak nampak apa yg kami nak tengok kat sini.


Photographer dah ready


Kita layan dulu apa yg ada di depan mata. Nikmat mana yg kita nak nafikan?


Matahari nak terbenam dah, memang harapan ke Agusta juga terbenam sama.


Pandang keliling, tak nampak lagi. Apa yg ko cari sebenarnya?

Ombak jahat!

Best sini, angin sepoi-sepoi, ombak ganas menghempas batuan, pantai takde.


Mana ye yg kami nak tengok sangat tu?

Mungkinkah di sebelah sana?

Atau di sebelah sini?


Bersatu dengan alam, menjadi OOTD dia


Masih mencari yg belum dijumpai


Dah maghrib, jom balik. 

Wefie dulu

Hai Sang Camar, mari kita pulang. Pulang merindui kedamaian.


Selamat tinggal Agusta, jumpa lagi entah kapan.

Oleh sebab Maghrib pun masuk waktunya, kami solat siap-siap di situ. Senang, takde la sampai rumah terkejar-kejar, boleh terus masak ataupun tido.

Dalam perjalanan, kelaparan melanda. Bekalan tak cukup utk memuaskan perut yg berbunyi. Dah la sunyi kiri kanan, aku plak tu yg memandu. Memang mintak makanan la. Terus cari restoran halal yg terdekat dengan jalan yg kami lalui. 


Nandos kami datang!


Dua ekor ayam peri-peri utk 6 perut, alhamdulillah


Nasib baik kami kenal Meg Ryan, kalau tak, jenuh la pusing cari tempat parking, kot parking tu orang yg punya.




Oh ya, apa yg kami cari dan nak tengok sebenarnya di sini



Mungkin aku salah masuk tempat parking, maka kami tak ternampak jambatan ni.

Mungkin patut parking si sebelah sana, masa balik tu, dh malam, tinggal kami je, memang tak gi jenguk la kat situ.


Kami telah berada di Canal Rocks, pada waktu yg tepat dan cantik, utk menikmati keindahan ciptaan Allah, menyaksikan matahari terbenam, dan mengabadikan kenangan terindah dalam lensa kamera kami. 

Akan tetapi rezeki kami lain, dan hanya itu saja pada hari itu. Buat aku terfikir, apa yg orang lain buat, tak semestinya kami buat. Apa yg kami dapat, tak semestinya orang lain pun dapat.

Ye, cerita kita berbeza.

Redha dan berlapang dada :-)

p/s: sebahagian gambar adalah sumbangan sahabat-sahabat pengembaraan

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

4 comments:

whooz said...

besarnya kangaru tu

Kay said...

Ha ah... amik gmbo dr dalam kereta je

Dr Singa said...

tak jumpa bridge
jumpa sunset yang lawa..

Kay said...

itulah Kak Izat, maka nikmat mana yg nak kita dustakan? Tapi kot kat bridge, sunset lawa jgk hahaha