...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Wednesday, October 26, 2016

Kota dan Muzium Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan

Al salam alaykum

Apabila Yan mengajak kami ke Port Dickson bermalam di Villa Seri Azian, aku pun sibuk menggoogle apa nak buat sebelum Yan sambut kami pada hari Sabtu itu. Ye la, Yan kerja Sabtu sampai tengahari.



Seperti yg direkomenkan oleh app Google Trips, kami ke Kota Lukut, melawat tinggalan sejarah.

Nak sampai ke Kota Lukut, on kan je Waze, insyaAllah ia akan membawa kita ke jalan yg benar.


Ok dah sampai, sebelum masuk muzium jom kita tengok anak panah ni bawa kita ke mana

Menyeramkan sebenarnya, selepas jumpa Kampung Lukut, tetiba terus jumpa jalan merah yg lapang. Biar betul anak panah ni.

Kami kembali ke Muzium Kota Lukut. Masuk ke Muzium adalah PERCUMA.

Meninjau keadaan di luar.

Warna tangga sama macam warna tanah merah di Kota Lukut



Meriam Tembaga



Alat pengangkutan zaman Kota Lukut


Perahu Payang

Meriam Raja Jumaat, pengasas Kota Lukut.

Jom kita masuk ke dalam Muzium. Muzium ni terbahagi kepada 4 galeri. Galeri A di bahagian bawah, berkisah tentang sejarah Kota Lukut itu sendiri.

Lukut mendapat nama dari nama pokok melukut, pokok melukut ni adalah sejenis pokok yg rendang.

Peninggalan zaman Kota Lukut

Timba utk bijih timah

Dalam Muzium




Kemudian kami naik ke atas, ke Galeri seterusnya.

Dalam ni takleh amik gambar dah

Dan ini juga, gambar tidak dibenarkan.

Okeh, mereka dah sampai pun


Serambi atas, rasa nak berguling-guling


Rehat jap sebelum ke Kota Lukut

Silalah bertabah ye lutut


Menuju ke Kota Lukut



Keliru, maka bergambar dulu




Tapi, kecewa. Keindahan kota Lukut tidak sama seperti yg digambarkan di dalam mana-mana blog dan webiste yg aku terjah.

Kami tercangak-cangak nak menterjemahkan apa yg kami baca tadi di muzium, mencari lokasi sebenar di mana tinggalan kota, di mana letaknya perigi dan sebagainya.


Sukar meneka pemandangan apakah ini




Maka kami pulang dgn perasan bercampur baur. 

Mungkin pihak pengurusan Kota dan Muzium Kota Lukut dapat memelihara dan memulihara kota ini. Harapan kami mungkin dapat dipasangkan papan tanda utk menunjukkan nama tinggalan sejarah di Kota Lukut, bukan hanya dgn memandang hijaunya rumput tinggi dan lalang, dan tercangak-cangak mencari sendiri tinggalan yg diceritakan di Muzium.




:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

2 comments:

Dr Singa said...

oh ok..
tak jadik nak pergi..
thanks kay

Kay said...

Pergi la jugak, free je hehehe