...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Thursday, October 20, 2016

Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan, Port Dickson

Al salam alaykum

Cuti Maal Hijrah yg lalu, berkunjung ke Villa Seri Azian di Port Dickson, aku tak lepaskan peluang buat kerahan tenaga sahabat-sahabat naik bukit Batu Putih, Tanjung Tuan, Port Dickson. Masa ni, puas juga aku google, kat mana sebenarnya nak mula, tapi tawakkal je la ke Hutan Lipur Tanjung Tuan hahaha

Kami mula jam 11.00 pagi , menurut titah perintah Kak Awin, yg menurut firasatnya, kita mula lambat-lambat, sbb mesti nanti takde parking. Nak dapatkan parking, jenuh jugak menunggu.


Layan aiskrim dulu


Seperti biasa, bayaran masuk RM 1.00 seorang. Dan kami mendapatkan info serba sedikit, memang akan ada penunjuk arah utk mendaki Bukit Putih, jadi jangan risau.

Jom kita jalan dulu.


Orang lain dh turun kita baru nak naik

nasib teduh lagi

Tak lama pun berjalan di jalan tar, sekejap je, dalam 15 minit je. 

Sebelum sampai ke rumah api, akan nampak satu kayu dicacakkan sebelah kanan, menunjukkan arah ke Bukit Batu Putih.

300 meter je, apa ada hal? Hahaha

Kan Kak Awin kan?

Ada hal rupanya....


Bagi aku, trek dia ok je, takde la mencanak pun, dan banyak je jalan bahagia. Jadinya, tiada alasan utk tidak berbahagia sepanjang pendakian hahaha


Bau hutan yg segar



Tapi keadaan trafik sesak juga di sini. Ramai yg dah turun, tapi masih ramai yg naik, macam kami!

Antara halangan yg ada, skit je


YB melawat kawasan, santai sungguh Cik Cantik Manis kita


Jom wefie!


Lakonan Juon semata-mata

Nampak dah laut tu? Tak sabar!

Jam 11.40 am, kami dah sampai ke sini, kena panjat skit kat atas utk ke puncak.

Yg ni utk laluan turun

Marilah kita panjat, makin ditunggu orang semakin ramai. 




 Ada dua laluan utk ke puncak, kami pilih yg mudah, laluan di belakang batu yg kami bergambar beramai-ramai tadi.

Mudah je

Jurufoto akan sampai dulu

Jam 11.50 am, kami sampai ke puncak.

Terleka dengan keindahan ini

Pantai persendirian di sebelah sini


1 Muharram 1438, bertemakan "Ukhwah Islamiyyah Asas Penyatuan Ummah"

Kami tak lama pun atas ni, makin lama orang makin ramai, dan ramai juga yg tidak mahu bergerak. Tambahan pula, ada sahabat kami yg mahu menyahut panggilan alami.


Cantik kan?



Dah balik la Kak Awin!


Kejap-kejap, tak abis lagi kodak ni


Jangan Erna!


Ok, betul ni kita pulang, jam 12.05 pm.

Aku tak puas lagi di Bukit Batu Putih, insyaAllah, selagi sahabat kami menghuni lagi Villa Seri Azian, kami akan kembali lagi utk episod lain pula.


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::