...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Thursday, September 22, 2016

Uncontrollably Fond

Al salam alaykum

Baru berkesempatan menonton episod akhir drama ni. Tapi, kenapa ending dia macam tu? Kenapa macam tergesa-gesa nak ditamatkan? Episod ke 20 kot, tak perlu tergesa-gesa sangat, macam skrip baru smlm tulis, hari ni shooting, malam esok nak tayang kat tv.

Sabo je la.

Sampai aku terpikir bila si Shin Joon Young tu nak mati. Mati la cepat. Hehehe

Drama ni nampak sungguh kehidupan di Korea bagaimana. Bagaimana org kaya, berduit, berkuasa menindas org yg lemah, tiada kuasa, tiada nama utk menutup kesalahan dan tindakan jahat mereka. Oleh sbb tu kot Shin Joon Young sibuk nak jadi artis, sbb nak lindungi No Eul.

Drama ni boleh dikatakan Cinta Tiga Musim, sbb ada musim luruh, musim sejuk dan jugak musim bunga. Subhanallah cantiknya!

Image result
Winter Sonata

Image result
Autumn In My Heart


Spring Waltz

Image result for uncontrollably fond episode 20
Summer Scents pun ada, tapi dia nak mati dah, sob sob sob. Aku berkenan rumah ni, cantik.


Drama ni jugak membawa mesej kpd kita, sementara kita hidup, berbaktilah, berbuat baiklah, berusahalah, bergembiralah, dan berbahagialah. Kita hidup, jangan letakkan salah kepada orang lain. Hidup jangan berdendam. Selagi boleh, buatlah kebaikan dgn sebanyak-banyaknya. Selagi daya, jadilah anak yg baik. Berbaiklah dgn mereka yg menyayangi kita di sekeliling kita. 

Image result for uncontrollably fond episode 20
Ahjussi ni hensem tau sebenarnya, tgk sini http://asianwiki.com/Choi_Moo-Sung


Ooo senang la Shin Joon Young tu dah tau dia nak mati bila. Eh, kita yg tatau mati bila ni la kena pegang kata-kata ni, "Bekerjalah kita sekuatnya, seolah-olah kita hidup beribu tahun, beribadahlah kita sebanyak-banyaknya, seolah-olah kita akan mati esok hari". Mati, sentiasa kena bersedia kan?


Wefie pertama dan terakhir Shin Joon Young & No Eul

Dan kpd yg ditinggalkan, jangan bersedih, teruskan hidup, teruskan perjuangan, kerana yg meninggalkan itu tak mahu pun melihat kita meratap hiba bersedih duka selamanya. Mereka mahu kita gembira menjalani kehidupan yg meriangkan. Itulah yg No Eul buat, dan itulah janji ibunya kpd Joon Young. 

Ok, ni je rumusan yg aku boleh tulis sbb aku masih tak puas hati episod 20 mcm tangkap muat je. Mujur OST cerita ni best semuanya, terutama tiga lagu Inggeris itu. Dan review ni http://www.dramabeans.com/2016/09/uncontrollably-fond-episode-20-final/ mmg best, buat aku betul-betul sedih lepas tengok episod 20 dgn takde perasaan sedih.

Eh, Kim Woo Bin nyanyi sedap jugak tau!


Ok, nak habiskan W plak, banyak episod lg ni


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

2 comments:

Kayzem said...

oh baru nk tgk, agaknya sbb tgk citer lompat2, asyik tertinggal episod (maklum ler time budok2 buat kerja sekolah, tv kena tutup huhu), jadinya feel ke laut utk citer ni.

pastu sangkut nagn W, tinggal langsung citer ni.
pastu sangkut dgn cheese in the trap, langsung tertinggal last episod W haha (tak leh move on lg cheese in the trap, last2 gi bc komik online, beratttt!!)

Kay said...

tgk la kot pemandangan kita lain Kak Ma hehehehe

W pun tak tgk lg ni