...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Saturday, September 24, 2016

#ProjekBukuLemoi

Al salam alaykum

Memanjangkan usaha sahabat kami, Cikgu Hanisah yg bertugas di SK Lemoi, Cameron Highlands utk anak-anak Lemoi yg hebat. 

Anda boleh ikuti perkembangan Lemoi di instagram @bungolale

Jika ada pembaca blog saya yg berminat utk menyumbang, boleh la menghubungi kami di nombor telefon berikut:


#projekbukulemoi

Jika anda lihat rak rak hampir kosong dalam gambar ini; maka ketahuilah, inilah rak yang sedang kami cuba usaha untuk penuhkan buat anak-anak di sini.

Buku-buku yang ada ini sudah lama, ada yang sudah koyak-koyak.
Bukunya tak banyak, jadi anak-anak cuma ulang baca buku-buku ini sahaja.

Sehubungan dengan itu, kami amat berbesar hati dan mengalu-alukan jika anda ingin memberi sumbangan buku kanak-kanak sama ada yang baharu/terpakai tapi masih elok untuk dibaca.

Buku yang diperlukan :
1) Sebarang bentuk bacaan yang sesuai untuk kanak-kanak berumur 7 - 12 tahun. (Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris mudah.)
2) Buku ilmiah juga boleh, tapi sehingga tahap UPSR dengan FORMAT TERKINI sahaja.

Sumbangan boleh disampaikan melalui pos, atau jika sekitar KL; boleh hubungi nombor di atas.

Semoga sumbangan daripada anda semua dapat sedikit sebanyak membantu anak anak kami untuk terus maju jaya dan mencintai buku dan ilmu hendaknya.

TERIMA KASIH.

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

No comments: