...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Wednesday, September 07, 2016

Perth - Kitakan Pengembara : Nak shopping ke?

Al salam alaykum

Semasa di Perth, aktiviti waktu malam kami ialah melawat pasaraya kat sana. Tak semua pasaraya buka sampai ke malam. Ada jam 5.00 petang pun dah tutup. Pasaraya yg hampir setiap malam kami sampai ialah Woolworths. Rasa syurga sgt, ibarat dapat gula-gula.

Antara pasaraya dan tempat yg kami singgah utk membeli belah keperluan dapur dan kehendak nafsu :-D ialah:


Kami beli apa di sini? Shopping barangan Corelle!


Selain dari Corelle, ada juga Tefal, barangan elektrik dan lain-lain juga. Tapi memandangkan bukan masa Sales (jualan murah), maka harganya apabila ditukarkan ke MYR, tak berbaloi jugak la.


Harga Corelle utk pinggan petak 4 segi tu AUD 89.00, 16 pcs. Aku beli satu kotak je, pinggan bulat set 16 pcs, AUD 59.00. Hajat nak beli dua, tapi sbb ada baca cakap hand luggage pun kena timbang, so tak jadi la, tambahan plak nanti nak ke Airport plannya nak naik subway (train) je. 


Kat sini memang syurga! Nak beli barangan dapur, takyah tanya harga, amik je. Amik je. Beras murah. Spaghetti dgn sos murah. Ko ada AUD 5.00, ko dah dapat pasta sebungkus 500g dan 2 botol sos pasta.

Hari terakhir masih ke Woolworths

Harga susu

Beras

Sardin

Feberet sepanjang zaman, tapi perisa Mocha susah nak dapat.


Selain daripada barangan dapur, kami memborong coklat kat sini. Memang murah sangat! Aiskrim Bulla pun beli kat sini. Sedap dap dap dap.

Ayam halal di Woolworths


Rindu Malaysia?



Selain itu, kami singgah juga di Coles. Harga pun lebih kurang di Wools, tapi lagi suka di Woolworths kot.

Harga murah

Cari apa lagi tu? Orang kuat dapur kami

timbang kati lagi

Murah tak? Besar dan gebu menengoknya

4. Chemist Warehouse - Link: https://www.chemistwarehouse.com.au/

Kalau nak ke Chemist kena pergi waktu siang, sebab buka sampai 5.00 petang sahaja. 


Bro Shardy kata kalau nak beli minyak wangi, berkunjunglah ke Chemist Warehouse. Murah banget katanya. Maka, berpergianlah kami ke sana. Sumih kirim minyak wangi. Tapi suasana dalam Chemist tu takde sangat, sbb aku risau menunggu Sumih reply msg aku, antara nak beli terus atau beli kat airport. Ternyata, keputusan aku belikan minyak wangi dia kat Chemist adalah yg terbaik. Tapi minyak wangi kakak Kak Awin takde kat Chemist, yg dia beli di airport je.


Sumih kirim Versace Yellow Diamond EDT, harga AUD 59.99, 90 ml. Memang murah sungguh la katanya. Selain minyak wangi, segala jenis alat mekap, kecantikan diri, supplement sangat murah juga di sini. Tapi aku tak membeli, tak jadi keperluan aku.



Saja masuk ni itu hari. Sbb malam masih muda. Diorang men-shopping baju plak. Murah jugak.

AUD 12.00

Happy ye!

6. Watertown Brand Oulet - Link: http://www.watertownbrandoutlet.com.au/Stores/Store%20List

Kami ke sini, utk melihat-lihat betulkah sama macam JPO. Eh? Mesti diingat, dibuka setiap hari, sampai jam 5.00 petang, kecuali Jumaat sehingga 9.30 petang.


Bagi aku, takde la murah mana pun. Aku masuk kedai jam, nak cari Suunto, takde. 

Antara kedai yg ada


Meh kita try dulu hensem tak

Bergambar kenangan selepas bayar parking AUD 5.00.

Aku masuk jugak Fossil, tapi diskaun tak menarik sangat. Hmmm... Mmg tak best la sini. Hahaha, mungkin sbb aku bukan pengguna barangan berjenama. Tapi, impian kami nak makan kebab kesampaian! Yeay! Alhamdulillah

Pembeli kebab berjaya


7. Australia The Gift, Murray St - Link: http://www.australiathegift.com.au/store-locations/

Takde gambar di sini, sbb jumpa pun tak tersengaja. Kami beli lagi sedikit souvenir yg takde kat Megabes. Contohnya, keychain koala tu, harga pun ok je.

Alamat

Susah jgk nak jumpa di mata aku




8. Megabes Products - Link: https://www.facebook.com/megabes/

Tempat paling yg nak diterjah, Megabes Products Warehouse. Tapi kena terjah malam je, dengan temujanji. Siang hari tu, kami call tak dapat, kami hantar sms. Tapi sampai ke sudah takde reply. Rupanya, sms dihantar ke nombor talian tetap. Apa punya turr daaa! Nasib baik Bro Shardy pun ada kontek jugak kat Mr. Wen tentang temujanji kami malam itu.

Peringatan ye, MD dia suh pesan, sapa nak pergi warehouse Megabes ni, kena telefon dulu utk set temujanji. Sbb dia bukak malam tak lama. Diorang pun penat bukak kedai kat Fremantle, nak rehat jugak kan?

Terma bayaran, adalah tunai. Kecuali, kalau masa korang hubungi mereka awal-awal menyatakan nak bayar pakai kad kredit/debit, mereka akan bawak mesin kad tu dari kedai mereka ke gudang ni.


Alamat warehouse


Peta lokasi

Menurut Mr. Wen, harga barangan di warehouse ni lagi murah dari Fremantle. Kami pun tak tanya banyak, terus jelajah ke satu lorong ke satu lorong.


Jangannn!

Aku tak boleh nak compare harga, sbb tak pergi kedai dia di Fremantle. Tapi percaya dgn kata tokei dan jugak hasil bacaan di blog lain, so harga ok je, murah la.

Ku tak beli, sbb tak gemar sgt

Minat?


Macam-macam ada

T-shirt ni mahal skit

Harga t-shirt dewasa biasa, AUD 15.00 utk dua helai. T-shirt kanak-kanak, AUD 10.00 utk dua helai. Kalau di kedai di Fremantle, harganya double.

Dah jom balik! Dalam masa kami dah keluar dari warehouse tu, tetiba Mr. Wen keluar bawak sweater nak tunjuk kat kami. Harga berapa? AUD 10.00! Apa ni? Kenapa baru bagitau. Kami masuk semula ke dalam nak tengok saiz.


Puas hati naaa! Dapat sorg selai.

Masa ni aku tanya Mr. Wen, boleh tak aku nak pulangkan balik T-shirt lengan panjang yg aku beli? Hhahahaa... Tak boleh mehhh! 

Dah jom kita balik. 

OK, sepanjang di Perth, ini je la tempat kami terjah utk ber-shopping dan cuci mata dan juga dompet. Mungkin orang lain, lain la plak tempatnya kan.

Selamat ber-shopping ye!

p/s: sebahagian gambar adalah sumbangan sahabat-sahabat pengembaraan

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

4 comments:

whooz said...

menariknya shopping kat warehouse tu!

Kay said...

Huzz... Mmg best, tak sedar duit habis kat situ je ekeke

ida_zy said...

k ida lagi suka coles daripada woolworths
kat brisbane orang panggil woolworths tu woolie
rindu sangat groceries kat australia, fresh :)

Kay said...

Betul la Kak Ida, fresh2 belaka... harga pun tak masuk akal