...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Sunday, September 04, 2016

Perth - Kitakan Pengembara : Mudah Terhibur

Al salam alaykum

Aku mudah terhibur dengan beraneka jenis kenderaan dan juga nombor pendaftaran kenderaan di bumi Perth. 

Ada satu kereta tu, nombor pendaftarannya berbunyi "Born2BaShopper". Sayangnya, aku tak sempat nak merakam gambar kereta tu. 

Jom layan. 

Ayuuuuu... Ayuuuuu... Nyanyi ramai-ramai. Ataupun "Ayuuuuu, aku cinta padamu". Sapa tatau, dia kodi tak tengok filem Azhar Sulaiman dan Maria Farida. Lokasi: Balga. 

Campervan, di salah satu perhentian semasa dalam perjalanan ke Nambung National Park.

Nampak tu? Dua badan trailer sekali jalan dengan satu kepala je.

Dan lagi. Lokasi: Freeway ke Nambung National Park

I think I love you... Lokasi: Perth CBD

Nampak kereta ni di tepi jalan, kami berpatah balik di bulatan depan. Warna garang bersatu dgn hijau rumput dan biru langit. Eh, tak nampak plak langit biru tu. Lokasi: dalam perjalanan ke Busselton Jetty

Parking betul-betul sebelah Estima kami. Empunya puan bernama Kay. Sejarah ceritanya panjang. Lokasi: Busselton Jetty

Kembali ke era 50an? Lokasi: Elward Way, Balga

Kementerian Kesihatan? Khairini Kamaruddin tu, mungkin akan memilikinya pada usia 55 tahun. Aamiin. Lokasi: Caversham Wildlife Park

Nak saya hantarkan balik? Marilah. Lokasi: Swan Valley

Masaya. Mungkin dari Nicaragua. Lokasi: Scarborough

Kawan Kak Awin namanya McGee. Lokasi: Fremantle

Hensem, sbb kuning. Lokasi: Perth CBD

Ini kereta Nurul Edd yg punya! Gelak Edd bila aku tunjuk kat dia. Lokasi: King's Park and Botanic Garden

Terhibur? Tidak? Tak mudah sungguh. 

Menurut kata seorang graduan Australia, nombor pendaftaran khas seperti yg kita inginkan biasanya bayarannya mahal la dari biasa. 

Aku dah berangan kalau pergi sana, kereta aku mestilah KAY 2881 ataupun KK 2881 ataupun KHAIRINI. Berangan itu gratis kan? 

p/s: sebahagian gambar adalah sumbangan sahabat-sahabat pengembaraan

::: Hidup Ini Indah Jika Segalanya Kerana Yang Maha Esa :::

2 comments:

whooz said...

saya pilih KHAIRINI :D

Kay said...

Okes, kumpul dari sekarang, mesti mahal tu...