...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Friday, September 09, 2016

Perth - Kitakan Pengembara : Jalan-jalan Cari Makan

Al salam alaykum

Kat Perth ni boleh tahan mewah jugak kami makan. Alhamdulillah. Sama ada yg kami masak sendiri, dan juga yg kami makan di luar. Makan jangan kedekut kekdahnya.

Antara yg kami sempat terjah utk makan dan merasa sikit-sikit ialah:

1. Nando's

OK, mesti ramai yg cakap Nando's je kot, kat Malaysia banyak. Malam tu driver a.k.a aku kelaparan amat sangat, bekalan tak dapat memuaskan rasa lapar tu. 




Maka, kami belok ke Nando's. Mana la tahu lain rasanya ayam peri-peri kat Perth ni berbanding Malaysia. Nando's di Australia halal tau. Maka menjamu selera la kami dengan 2 ekor ayam peri-peri utk 6 orang. Kat Malaysia nak makan cam ni? Pikir banyak kali, sbb kat Malaysia mahal. Biasalah, kat negara orang semua murah kan? :D



2. Ispa Kebabs

Kami beli ketika kami di Watertown Brand Outlet. Tapau bawak balik makan kat homestay. Alhamdulillah sedap, portion pun besar, boleh kongsi-kongsi. Harga setiap satu ialah AUD 10.00.

Penuh pinggan Corelle

Salah satu outlet di WBO

3. Churros - Chocolateria San Churro


Harga AUD 15.00.

Coklat dia memang terbaik. Ada dua coklat dip dip dia bg. COklat gelap dan coklat susu. Jilat sampai habis.

Sedap kan kan kan?

4. Makan nasi campur di Insan's Cafe

Kat sini ramai sungguh kami jumpa orang Malaysia yg menetap di Perth. Seronok je kehidupan mereka. Nak pindah jugak rasa. 

Lepak jap tunggu sahabat-sahabat tumpang solat

Happy weh dapat makan nasi campur!

AUD 10.00, nasi, ayam, sayur, kambing dan kuah campur mamak style

Harga yg aku ingt ada AUD 7.50, utk nasi, satu lauk dan satu sayur. AUD 10.00 plak utk dua lauk dan satu sayur. Ada juga menu ala-carte macam nasi goreng dan juga hidangan barat. Pemilik kafe asal dari Kedah.

5. Fish & Chip, Kailis' Fish Market, Fremantle

Tempat wajib katanya

Tapi sebenarnya bagi aku biasa-biasa je la. Mungkin sepatutnya kami amik hidangan lain, baru betul sedapnya kot.

Tamak, amik set 2 ketul utk kongsi berdua, sudahnya jenuh nak habiskan. Lupa bawak sos cili dekpong

6. The Margaret River Chocolate

Bagi aku duduk lama kat sini pun takde hal ni. Nickname aku kan Hantu^^Coklat. Hahaha, bukan sesaja letak.

Semua ni syurgawi

Cuba teka mana satu tangan aku? Hehehe



7. Windarra Honey, Swan Valley

Masuk adalah percuma


Merasa madu asli di sana, mmg sedap.

Madu kat sini ada pelbagai perisa dan sangat asli. Harga pun boleh tahan. Kak Awin dan Kak Kam beli madu Asli ni harganya AUD 13.00 sebotol.



8. Yahava Koffeeworks, Swan Valley


Sesiapa penggemar kopi wajib la datang sini. Aku tak berapa gemar sangat. Diorang cakap sedap kopi kat sini. 


Perisa kopi yg ada utk dicuba

Sila-sila habiskan saya punya sekali


9. Vineyard, Swan Valley

Ni ladang anggur utk pembuatan wain. Tapi kita masuk nak cuba cheese dia.

Belum musim lagi

Itu kejunya. Aku tak rasa pun.

Kalau masuk tanak rasa keju tu pun takpe, masuk utk bergambar je, sbb cantik sangat.



Ini plak apa yg kami beli di sekitar pasaraya berdekatan:

Kek Coklat Sara Lee tu, Aishah belanja kami. Sedap sangat

Air kopi Dare ni mmg tersangatlah sedap. Aku sebagai bukan penggemar kopi boleh minum dengan jayanya. 


Tapi paling sedap bagi aku ialah Mocha. Susah nak jumpa di pasaraya, kami jumpa di Stesen Minyak Caltex.

Ada orang demam, mengidam nak makan aiskrim. Kami beli Bulla, dicadangkan oleh Aishah. Setiap malam kami makan. Yg terakhir, kami makan sampai habis jam 3.00 pagi. Kami itu ialah aku dan Fida. Harga Bulla kat Malaysia RM 33.00 - RM 35.00 kot.


Lain-lain takde menarik sangat. Yg kami masak la menarik. Hehehe.

Spaghetti pagi-pagi hari dan utk bekalan perjalanan kami, roti bakar dgn aiskrim sekali

Fettuchini Carbonara, ni utk sarapan juga tak silapnya

Kuzi ayam campak-campak, budi baik tuan rumah.

Kak Fadz dera aku menumbuk bawang dgn lesung ala comel sgt. Banyak kot kena tumbuk, ada la 10 kali kena ulang. Cari blender tak jumpa sob sob sob

Hasil Kak Fadz masak, Nasi biryani, kurma ayam, nasi goreng. Hidangan sampingan, kuzi ayam campak-campak, ayam peri-peri dan roti bakar. Roti bakar tak laku ehehe 

Peneman kami sepanjang pengembaraan di Perth. Mengembara sangat!

Terima kasih semua! Saranghae! Tetiba hahaha

Alhamdulillah utk segala rezeki di Perth

p/s: sebahagian gambar adalah sumbangan sahabat-sahabat pengembaraan

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::

7 comments:

Afidaa Amzah said...

Best3.👍👍👍

tatkala sang cakerawala melirihkan rasa jiwanya.. said...

Makan jangan berkira.. bahagia sangat 😄

Kay said...

Fida... Bullaa bulla eh, kuzi ayam sedap haahaha
Kak Dila: bahagia terasa indahnya di jiwa

Afidaa Amzah said...

Hehe adegan seblm mkn kt depan ihsan`s cafe tu yg paling legend..confirm x kan lupa 😂😂😂..tibe2 je nampak langit biru.

Kay said...

Oo nampak langit biru dulu eh, ingtkan nmpk kelabu jalan dulu heheheh

sara said...

macam kenal je

Kay said...

Kenal siapa, Sara?