...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Saturday, September 10, 2016

Perth - Kitakan Pengembara : Dapat kenalan ke?

Al salam alaykum

Di Perth, penduduknya ramah tamah jugak. Walaupun muka garang, dalam hati ada je taman. Dan, memang ramai jumpa rakyat Malaysia, samada berkunjung sbb dapat tiket murah macam kami, dan juga mereka telah menetap di sana dgn bahagianya. Ada yg kami jumpa ramah, ada yg biasa la tak berapa nak beramah mesra. Tapi ramainya memang ramah. Ada yg bawak parents berjalan-jalan, ada yg bawa anak-anak berjalan. Kami bawa diri mencari diri sendiri.

Tapi sebenarnya seronok berjumpa, berkenalan serba sedikit dan berborak-borak pengalaman masing-masing di sana, kemudian habis di situ. Kalau ada rezeki, boleh sambung borak kat Malaysia plak.

Pemilik Insan's Cafe di Perth, seronok dapat borak habis keluar loghat Kedah


Pemuzik Jalanan, di Murray St


Couple tu gelak tengok kami angkut monopod. Berapa kali dia jengah nak masuk gambo. Ini di King's Park & Botany Garden


Mr. Wen Teo, Pengarah Urusan Megabes Products. Beliau dari Singapore, 2 tahun di Perth.


Mereka peramah. Mereka tertarik dgn brooch kami. Siap telek kami pakai brooch tu kat mana. Ada atas bahu, ada kat leher. Di Perth ni, jangan hairan jika tengok wanita lebih banyak memandu di jalanraya, berbanding lelaki. Lokasi: Yaha


Lepas kena "kacau" kami terus masuk kereta. Ngeri jugak. Lokasi: Elizabeth Quay


Pembuat keju berjaya. Lokasi: VIneyard, Swan Valley


Tinggi sungguh, penjaga si Molly di Molly's Farm


Dengan penjual tiket pun boleh. Caversham Wildlife Park


Dia nak wefie, layan. Adik ni pun baru 2 bulan sampai Perth. Asal Johor. Bertugas sebagai tukang masak makanan barat di Insan's Cafe.

Khusyuk nak bagi makan burung ye dik, datang dgn famili dari Malaysia. Ayah dia cerita nak pergi Albany. Lepas tu, dah malas nak tanya itinerary org lain, Hehehe. Lokasi: Busselton Jetty

p/s: sebahagian gambar adalah sumbangan sahabat-sahabat pengembaraan

::: Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa :::


No comments: