...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Thursday, September 01, 2016

Perth - Kitakan Pengembara : Bro Shardy Homestay, Elward Way, Balga,Perth

Al salam alaykum

Semua urusan penginapan dan pengangkutan, Kak Awin yg buat semuanya. Terima kasih Kak Awin yg comel!

Penginapan kami yg pertama di Rumah Bro Shardy atau nama sebenarnya ialah Roshaidy. Bro Shardy ni takde FB, takde blog, takde twitter. Dia pun hairan dari mana kami dapat info tentang dia. Ada satu blog je, yg tulis pasal homestay dia ni, iaitu http://aisyahmawarddah.blogspot.my/2015/12/backpacker-ke-perth-part-1.html

Maka, marilah kita menambah enjin carian di Google tentang Homestay Melayu Muslim di Perth yang murah, berbaloi dan terbaik di Perth ni. 

Oh ya, Bro Shardy ni rakyat Malaysia yg telah lama menetap di Australia, mengikut kedua ibubapanya yang bekerja di Pulau Krismas. Bro Shardy ada dua buah rumah yg dijadikan Homestay di sini. Rumah sebelah menyebelah je. 

Rumah penginapan kami beralamat di 33. Elward Way, Balga 6061, Perth. 

Ni dia nombor rumah

Ada mesin basuh dan pengering, sakan la kami membasuh baju

Bilik pertama, ada heater

Bilik kedua

Dapur

Heater, panaskan kaki sendiri

Marilah beraksi di dapur

Ruang lepak kami

Bila dah sewa homestay sini, terus la sewa kereta sekali. Kami dapat Estima utk memuatkan kami seramai 7 6 orang.

GPS dapat juga

Bro menunjukkan cara-cara menggunakan Estima.

Kami di depan rumah no 35.

Apabila kami menginap di rumah no 33, Bro Shardy pindah rumah sebelah, rumah no 35 plak. Kami tak sempat nak meninjau rumah no 35. Tapi rumah tu ada 4 bilik, mestilah lagi mahal sewanya. Tambahan pulak, ada ruang nak ber-BBQ.

Wefie plak

Toilet best, ada paip air, tapi tetap lantai kering. Kenapa kita boleh jaga kat tempat orang, kat tempat sendiri, toilet mesti kita nak sembur jugak air bagi basah lantai? Walaupun kami dah pindah ke Homestay lain pada 2 hari terakhir, tetap datang ke rumah no 33, nak tinggal barang la, nak tumpang toilet la, macam-macam. 

Harga rumah no 33, AUD 180.00/day x 2 days: AUD 360.00
Harga sewa Estima, AUD 100.00/day x 3 days: AUD 300.00

Wifi percuma disediakan. Lajuuuu boleh update berita dengan pantasnya kpd keluarga tersayang. 

No telefon Bro Shardy: +61 402 533 915

Kami berhubung melalui aplikasi Whatsapp sahaja.


Tata titi tutu, kami nak balik dah.

Semoga rezeki Bro Shardy melimpah ruah demi asbab kebaikan yg dia berikan kepada sesiapa yg menginap di Homestay-nya.

p/s: sebahagian gambar adalah sumbangan sahabat-sahabat pengembaraan

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

5 comments:

julie shahril said...

kalau dia xde fb, blog n twitter, mcm mne dia promote homestay dia?

Kay said...

kitorang la promote hhahaha... takde lah... dia bergerak sekali dgn Homestay Haji Yon. Homestay Haji Yon dh glamer seantero Perth. Kereta sewa kami tu rupanya Haji Yon yg punya. Kira masyarakat Melayu kat sana bantu membantu sesama lain

Kay said...

Kalau homestay Haji Yon penuh, dia akan bg job tu kat Bro Shardy. Dlm kes kami, Kak Awin jumpa link blog yg aku bg kat atas tu, terus directly communicate dgn Bro Shardy ni, tak melalui Haji Yon

Kayzem said...

kereta sana driver belah kanan eh?

Kay said...

Kak Ma: Ha ah, belah kanan, sama je dgn kita. Lesen pun boleh pakai lesen kita