...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Tuesday, September 20, 2016

Perth - Kitakan Pengembara : 25/08/2016 - Busselton Jetty

Al salam alaykum

Disebabkan Pah telah pun membatalkan hasratnya utk datang ke Perth, terus kami tukar plan. Kami nak ke Albany. Hasil google menggoogle, boleh sampai dalam masa 4 jam. Okes, berbunga-bunga hati. Hahahaha


Tapi pagi tu lambat la pulak siapnya. Bro Shardy datang bertanya kami nak ke mana pagi ni, dgn yakinnya menjawab nak ke Albany. Dia kata, nak ke Albany 6 jam perjalanan, sempat ke nak balik semula? Impian kami diranapkan dalam masa beberapa saat je. Hancur hatiku, mengenang dikau!


Pukul 8 baru nak keluar rumah, mmg tak sempat la kan jawabnya. Maka, kembali ke plan asal. Plan hari ni ialah ke Agusta. Tempat yg bakal kami jelajah ialah Flinders Bay - Cape Leeuwin Lighthouse, kemudian patah balik ke Hamelin Bay, Cawaramup, dan ke Cape Naturaliste, Canal Rocks, Busselton Jetty, dan akhir sekali Lake Clifton. Banyak ni! Sempat ke semuanya? 


Leederville yg tidak sesibuk mana

Kami singgah di Coles Bertram utk mengisi minyak. Tertarik dgn harganya.


Kemudian perjalanan diteruskan. Destinasi pertama hari ini ialah Busselton Jetty dan kemudian baru teruskan perjalanan ke Agusta. Set GPS, jom kita bermula dgn doa dan harapan. Dari Wanneroo Road melalui Fremantle, Mandurah, Bunbury via Bussell Highway.

Kalau sewa camper van ni, boleh la tido sini

Di Yalyalup

Tolong jangan tidur sepanjang perjalanan, kerana pemandangannya lain setiap kali melepasi daerah yg berlainan.

Di Reinscourt


Lebih kurang 2 1/2 jam perjalanan, alhamdulillah selamat sampai di sini.

Kejap ada


Eh, hilang! Kami nak hujung sana!

Subhanallah, cantiknya langit dan laut! Tapi kalau pandang laut tu teringt MH 370. 



Hanya dapat mendoakan mereka semua damai di sana.


Seperti camar pulang ke pangkuan, merindu kedamaian dulu

Berenam yg wajib

Menangis sang camar itu, merintih hati naluri... Menangis ke?

Roti diberikan oleh pengunjung Malaysia yg kami jumpa di situ

Tak habis lg kami melayan burung makan. Jauh lagi perjalanan ni. Jeti pun tak sampai lagi. 

Ayuh, kita ke jeti!


Kami tak beli lagi tiket train, nak tgk dulu keadaan sekitar. Apa yg boleh kita buat di sini selain daripada bergambar hip hip hoorray?

Harga Jetty Day Pass: AUD 3.00/pax (dewasa), train ride AUD 12.00/pax (return). Dgn tiket ni, kita boleh la berjalan di jeti, diving, memancing dan jugak berenang. 

Jeti ini beroperasi sepanjang tahun (24 jam/hari, 7 hari/seminggu). Kita boleh tengok coral dan hidupan marin di Underwater Observatory, tiketnya AUD 33.00/pax. Selain tu, boleh masuk ke Interpretive Centre & Heritage Museum, yg ni dah termasuk bayaran AUD 3.00 tadi. Dan, kalau minat, kita naik tren utk ke hujung Jetty sejauh 1.7km. Kami kononnya nak berjalan kaki je sampai hujung sana.

Banyak lagi aktiviti lain, tapi bergantung mengikut musim kita melawat. Boleh rujuk website ni: http://www.busseltonjetty.com.au/general-info/admission/


Sempena nama staff yg bekerja seumur hidupnya di sini


Bunga-bunga cinta layu


Kami nak berjalan ke hujung jeti, sambil menikmati pemandangan yg indah. Tapi tak sampai-sampai. Jaraknya 1.7 km je dari admission. Kalau ikutkan, 25 minit boleh sampai. Tapi 25 minit tu diisi dgn jalan selangkah, bergambar, selangkah lagi bergambar, memang tak ke mana la kita.

Ketepi tepi, ketapi nak lalu


Maka, kami ambil keputusan. jom la balik, Matahari dah tinggi, jauh lagi perjalanan, kot tak sampai kang ke Agusta.

Selamat tinggal keindahan ini, semoga kekal sebelum kita ke negeri abadi


Kata nak pergi ke lain dah?

Kami ke toilet dulu, menyelesaikan hajat yg terpendam.


Cantik pulak doodle kat toilet ni.

Eh, nama kita sama la!

Kami makan tengahari di dalam kereta, menuju ke destinasi seterusnya. Hanya doa di dalam hati, moga perancangan kami berjaya.

p/s: sebahagian gambar adalah sumbangan sahabat-sahabat pengembaraan


:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

4 comments:

julie shahril said...

langit perth mmg xde awan ek....biru sentiasa. ada apa kat albany?

Kay said...

Kebetulan tak hujan. Kami pergi ni winter time, kalau winter biasanya hujan, takde salji kat Perth. Suhu sejuk sgt. Tunggu ku update hari ketiga plak, cite hari kedua tak habis lg. Kat Albany, takde apa sangattttt hahahaha pujuk diri

Dr Singa said...

berapa suhu masa kat sini?
lautan hindi tu kan??

Kay said...

Yup, lautan hindi la tu... masa tu suhu dalam 10 deg C