...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Monday, September 26, 2016

Perth - Kitakan Pengembara : 25/08/2016 - Cape Naturaliste Lighthouse & Smith Beach

Al salam alaykum

Cape Naturaliste Lighthouse

Meninggalkan Busselton Jetty, kami bergerak ke Dunsborough. menuju ke Rumah Api Cape Naturaliste. Perjalanan seterusnya hanya mengambil masa dlm 40 minit, tapi oleh sebab kami jumpa objek menarik di tepi jalan di Quindalup, maka kami berpatah balik di bulatan hadapan utk singgah sebentar bergambar di sini. Standby kamera, monopod, muka yg comel. Jom bergambo satu kali!

Ceria kan gabungan warna dan sinar mentari tengahari


Bertambah ceria dengan kehadiran kami.

Kereta ni berhadapan sebuah restoran ekslusif

Cepat-cepat naik kereta kang tak sempat pergi Agusta!

Dunsborough

Alhamdulillah, berada di jalan yg benar.


Wefie itu mesti

Sepatutnya kena ada tour guide, tapi kami intai pondok tour guide tu sunyi je takde orang, kami jalan sendiri la. Masuk percuma sahaja, tiada bayaran dikenakan. Kalau dengan tour guide, kami boleh naik ke atas tu. Tapi bukan rezeki kami, tour guide takde. Maka meninjau di bawah sajalah. Masa pun tak berapa nak cukup nak p cari tour guide.

Rumah api yg pendek dan gemuk

Kalau naik atas tu, dapat la tengok pemandangan yg cantik Lautan Hindi yg luas terbentang, boleh nampak Cape Naturaliste, di hujung Geographe Bay, dan juga pemandangan pantai yg indah. Dan juga kawasan Leeuwin - Naturaliste National Park. 

Tapi itulah, kami tak dapat menikmati semua itu. Rezeki masing-masing tak sama. Apakah aku kena ikut diorang lagi sekali ke Perth? Tidakkkk

Jom ke belakang. 


Tersergam

Terima kasih utk adik pengunjung dr Malaysia, tlg ambilkan gambar ni


Kami tak lama kat sini, sbb hari mmg dah nak petang. Rasanya memang tak sempat nak ke Cape Leeuwin Lighthouse di Agusta. Maka, keputusan di buat, kita takkan ke Augusta hari ni, dan esok juga. Sob sob sob. 

Kalau lain kali datang, kena amik dua hari utk ke Augusta, tido semalam di Augusta, baru puas kot. Ikut hati mmg semua tak puas, tamak. Itulah manusia.

Jom jom kita ke Canal Rocks plak. Lupakan Rumah Api Cape Leeuwin di Augusta itu. Lupakan Hamelin Bay, Cawaramup, dan Lake Clifton. Kita nikmati apa yg ada pada hari ini, utk kita catat memori yg indah dalam ingatan.


Smith Beach

Dengan GPS, kami mencari Canal Rocks. Tapi, sesat ke Smith Beach. Perjalanan dari Rumah Api tadi ke sini dalam 30 minit. Hehehe. Takpe, cantik jugak sini. Kita layan dulu. 

Kot ada rezeki terserempak


Pemandangan dari dalam kereta kami, sebelum menuruni bukit


Sunyi je pantai ni

Memukau pandangan

Yg ada hanya kami

dan sang camar itu


Banyak sungguh jumpa sang camar kat Perth ni. Lagu Aishah dan Abot la jugak berkumandang di telinga.


Dah la hitam, main panas pula... 


Aktiviti masing-masing

Nak ke mana?

Ada juga di sini

Kak, jom la kita cari Canal Rocks. 

Apapun, kita solat jamak taakhir dulu di sini, sambil mencari jalan di manakah Canal Rocks itu. Aku dan Fida pergi bertanya kat pengunjung yg ada di situ. Yeahh.. kami dapat jalannya. Alhamdulillah. Kami salah simpang je. Hehehe... 

p/s: sebahagian gambar adalah sumbangan sahabat-sahabat pengembaraan

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

2 comments:

Dr Singa said...

cantiknya langit!

Kay said...

pergi waktu winter langit mmg begitu biruuuu, rinduuu