...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Sunday, September 18, 2016

Perth - Kitakan Pengembara : 24/08/2016 - The Pinnacles Desert & The Lancelin Sand Dune

Al salam alaykum

The Pinnacles Desert

Kami tercangak-cangak sekejap, nak ke mana dulu ni kita? Di hadapan kami terbentang luas padang pasir dan pinnacles (dalam bahasa malaysia apa ye?). 


Impian aku la jugak ni nak tgk pinnacles takyah panjat gunung http://kehelan.blogspot.my/2011/01/puncak.html 

Kita pandu kereta saja, dapat tengok Pinnacles. 


Batuan batu kapur kat sini takde la macam kat Mulu, warna pun lain, dan kecik-kecik comel gemuk cam buntal, tetap ada keistimewaan tersendiri.


Kebesaran kuasa Allah yg menjadikan setiap makhlukNya pelbagai rupa dan jenis, dan bukan yg sia-sia, kecuali kita yg mensia-siakan nikmat yg Allah kurniakan.

Antara yg tinggi yg kami lihat. Ada yg mencecah 3.5 meter.

Reunion budak USMKkj kat Perth! Gila sokmo hehehe

Laluan utk kenderaan kita


Semua sedia nak lompat

Dah puas bergambar dan merenung diri yg kerdil, kami terus ke Look Out Point.

Marilah mendaki tangga-tangga kejayaan

Di sebelah sana Lautan Hindi

Di sebelah sini batuan (Pinnacles) lagi


abadikan kenangan bersama


dan kenangan sendiri

Kerna mungkin terjadi kita takkan bersua lagi

Nampak apa ye berdiri di situ?


Terima kasih kpd pasangan Malaysia yg kami jumpa utk gambar ini

Kami tak berlama di sini, nak mencari tempat menunaikan solat jamak taakhir dulu. 



Selepas selesai, kami nampak 2 ekor kanggaru liar. Rezeki sungguh. Pelan-pelan kami mendekati utk bergambar. Laju sungguh dia lari. 


Bawak sampah pulang ye!

Kami bergegas pulang, melalui jalan yg sama, menuju ke Lancelin Sand Dune. Layan lagi momen-momen indah sepanjang perjalanan.

Wanagarren Nature Reserve

Rasanya memang tak sempat nak sewa sandboard sebab dah nak maghrib. Dan kami pun tak pasti jam berapa tutup tempat ni. Tawakkal je la, kalau sempat sampai sebelum gelap, tak perlu datang dah esoknya, boleh ke tempat lain. Impian tinggi dalam hati, ranap esok pagi :-D

The Lancelin Sand Dune

Kami sempat sampai sementara sinarnya ada

Pusing-pusing jalan yg sama, tak berjumpa juga di mana tempat sebenar Bukit Pasir Lancelin ni.

Maka, layan matahari terbenam dulu la

Kemudian, kami bertanya di salah sebuah kedai makan yg masih lg dibuka. Siap lukis peta lagi. Akhirnya kami berada di jalan yg benar. Alhamdulillah. Risau pasal dah maghrib tu letak tepi dulu. Yang penting, kita main pasir dulu. Jauh oiiit datang main pasir?


The Lancelin Sand Dune dibuka dari jam 8.30 am hingga jam 7.00 pm setiap hari. Kedai sewa board tu tutup jam 5.30 pm, maka mmg kami tak sempat la nak koya main luncur pasir. Jimat belanja. Tapi tidak apa, tak semestinya orang lain buat, kita pun wajib buat kan? Pujuk hati sendiri hahaha


Maka, kami pun layan la diri kami sendiri di remang-remang senja itu. Hanya tinggal kami je kat situ. Huhuhu... Lupakan dulu segala ketakutan dan perkara-perkara pelik itu. Jom amik gambo cepat-cepat.


Nak ke mana dik?

Geng makan-makan di Shah Alam

Selepas konvo bersua muka kembali tahun ni


Jom gelongsor turun! Tergolek-golek perginyaaa


Hanya kenderaan kami di situ


Misi tercapai


banyak sangat ber-saranghae kat sini. Hati korg sedang bermunge-munge ke?



Dah gelap sangat ni, kami cepat masuk kereta. Ada pula serangga pelik maghrib-maghrib ni, tak reti-reti nak balik? 

Dalam perjalanan pulang, pasang mp3 Al-Quran. Kiri kanan gelap segelap-gelapnya. 



Dan kami singgah ke Woolworths utk membeli barangan dapur, utk bekalan hari esok pula.

Hari esok nak jalan jauh yeayyy! Ke Albany ke kita?

p/s: sebahagian gambar adalah sumbangan sahabat-sahabat pengembaraan

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

3 comments:

Afidaa Amzah said...

Like2 😊😊

Dr Singa said...

Australia has plenty of dangerous animals. Here are Australia's 10 most venomous animals that have some of the most lethal venom in the world


hehehe..
tetiba

Kay said...

Hahahaha... nasib baik dah balik