...bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan, kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan...
"Jika ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat,nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap"

“Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu, kasih sayang orang yg mengasihiMu, dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.”

Projek Amal

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH), di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan memerlukan sumbangan dan bantuan anda! untuk maklumat lanjut, klik sini!

.

Thursday, September 15, 2016

Perth - Kitakan Pengembara : 24/08/2016 - Elward Way, Balga - The Pinnacles Desert

Al salam alaykum

Sebenarnya tak tau nak mula dari mana cerita kami di Perth. Cerita kami bermula dengan sedih, dan berakhir pun dgn sedih. Tetapi, sepanjang cerita, semuanya manis-manis coklat gelap.



Kami mendarat dengan selamatnya di Perth Airport, meninggalkan Pah di tanahair, alhamdulillah, melepasi imigresen dan kastam dgn jayanya, aku berbahasa melayu dgn pegawai kastam, aduhaiii! Hahahaha... Ini adalah negara Mat Saleh pertama yg aku jejakkan kaki. Negara lain, kena ckp omputis jugak, tapi ok je sbb diorang pun takde la fasih berbahasa Inggeris hehehe...

Deretan pembekal kereta sewa. Musolla dan tandas belakang situ la

Apabila ditanya "What do you have with you this morning?" Sahabat-sahabat lain menjawab "Instant foooooddddd", tapi aku dengan jayanya menjawab, "roti". Hoi! "Rotiiii?" "Breaaadddd". "Tuna filling". Hahahaha... Alhamdulillah, anjing pengesan pun memberi kerjasama yg baik, air liur tidak menitis atas beg.

Kami bingkas menunaikan solat Subuh di Musolla yg disediakan di Arrival Hall. Mudah sangat mencarinya, tandas pun dekat. Sambil-sambil mencari Kak Fadz yg dah sampai awal, tido mana la dia tu kan? Kami tak beli simcard Australia, langkah jimat. Sebenarnya sbb Kak Fadz dah beli satu, kemudian Aishah pun masih lg guna nombor Australia, maka, cukuplah dua orang ada internet. Tambahan pula, katanya di homestay pun ada wifi percuma, di airport pun ada, di Perth CBD pun ada.

Cuba call Kak Fadz tak berjawab-jawab. Baru tahu pagi tu dia dah selamat tido kat homestay. Siap dah buat nasi goreng utk kami. Nampak tak sapa akan jadi chef sepanjang masa? Hehehehe

Cantik langit biru di sana. Harap berterusan hingga ke hari terakhir kami.

Sambil menunggu Bro Shardy dan Kak Fadz datang amik kami kat airport, kami meninjau la dulu kat luar. Sejuk sangat walaupun matahari terik memancar. Mujur aku bawak segala kelengkapan musim sejuk yg aku ada. Biarlah beg berat, janji aku sentiasa hangat. 

Lama jugak menunggu diorang sampai, sambil-sambil ber-whatsapp dgn Pah, jadi datang ke tidak. Sbb perjalanan kami bergantung kepada Pah. Kami tak tahu nak buat keputusan. Menanti dengan sabar. 

Sepatutnya, kami ambil kereta dan terus ke Danish Patisserie, utk sarapan dan membeli bekalan, tetapi sbb Bro Shardy datang sekali, maka, teruslah bergerak ke rumahnya. Segan juga nak mintak hantar pergi ke Danish Patisserie, lain kali la pergi. Dari Airport ke Elward Way, Balga dalam 10 minit je. 


Tak masuk rumah lagi, bergambar dulu, tak cukup korum lagi, tunggu keputusan Pah

Dah alang-alang sampai homestay (link: http://kehelan.blogspot.my/2016/09/perth-kitakan-pengembara-bro-shardy.html), kita terus mandi dan sarapan pagi dulu la. Kan td Kak Fadz dah masak nasi goreng. Nyam nyam nyam. Siap semua, terus packing makanan kita naik kereta terus jalan.


Perjalanan kita bermula di sini!


Aku bertugas sebagai co-pilot dan jurugambar pada hari ini

Bukan mudah memandu di Australia. Semua kena ketatkan tali pinggang keledar, kena memandu ikut halaju ditetapkan. Kena senantiasa peka dgn halaju yg ditetapkan. Memula 110kmj, kendian plak terus menjunam 70kmj, sapa tak stress oi? Kena saman, bayo la sendiri ye. Eh, sama la undang-undang kat Malaysia! kih kih kih. Kenapa kat negara orang kita taat je patuh, kat negara sendiri, alaaaaaa, takkan la itu pun tak boleh? Dan aku bukanlah co-pilot yg baik, sorry ye Kak Fadz. Hahaha... 


Wilbinga namanya

Destinasi pertama kami, The Pinnacles Desert yg terletak kira-kira 200km dr Perth CBD. Kami sebenarnya dah lewat, tapi terpaksa jugak bergerak, sbb tak tau lg keputusan Pah cemana. 


Woodridge

Nak cerita kami memandu ikut jalan mana tak dapat cerita details la sbb titik permulaan kita mungkin berbeza. Dari Elward Way Balga, kami menuju ke Wanneroo Rd, dan masuk ke Indian Ocean Dr dan terus ke Nambung National Park.

Nak dekat dah ni, Cervantes, tunggu kami!


Nama tempat ni Gabbadah

Sepanjang 3 jam perjalanan, kami dihidangkan dengan pemandangan yg indah dan menarik. Tetapi, sangat kurang kereta. Macam jalan itu, kami yang punya. Siang-siang hari, ok je. Kiri kanan ada ladang lembu la, biri-biri la, kendian jumpa kangaru kena lenyek pun ada. Rugi la pejam mata pendek kata.

Kami berhenti sebentar di Hentian Rehat di Nilgen. Ada yg ingin menyahut panggilan alam.


Sini sinun toilet


Kita bergambo dulu belakang toilet hehehe

Waaahh! Teringinnya nak sewa

Papan tanda ni di Wedge Island

Lautan Hindi luas terbentang saujana mata memandang, di kawasan Wanagarren Nature Reserve, tapi tak singgah pun



Selepas 3 jam lebih kurang di dalam Estima, kami sampai juga ke Nambung National Park.

Kadar bayaran masuk, bendahari keluarkan duit

Nak ke mana dulu ni?

Dah panjang la plak, nanti la sambung lagi, insyaAllah

p/s: sebahagian gambar adalah sumbangan sahabat-sahabat pengembaraan

:::Hidup ini indah jika segalanya kerana Yang Maha Esa:::

No comments: